Nadi PJPK Johor

Nadi PJPK Johor Laman bagi mata pelajaran PJPK KSSR & KSSM

Assalamualaikum dan selamat sejahteraDukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Sarozi Bin Abu Bakar, PTPS Olahraga MSSD Pasir Gu...
11/11/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Sarozi Bin Abu Bakar, PTPS Olahraga MSSD Pasir Gudang & Jurulatih Utama PJPK SR PPD Pasir Gudang yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Cahaya Baru telah meninggal dunia pada 11 November 2025.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

AlFatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ
ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Terima kasih

05/07/2025

Team Nadi PJPK💚💛💙🩵

SEMINAR ADVOKASI SOSIAL NEGERI JOHOR 2025 : PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DAN PEMBANGUNAN INSANIAH...
05/07/2025

SEMINAR ADVOKASI SOSIAL NEGERI JOHOR 2025 : PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DAN PEMBANGUNAN INSANIAH

📆Tarikh : 1 Julai 2025 (Selasa)
🏢Tempat : Dewan Seminar, Aras 6, JPN Johor

Kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) dalam kurikulum adalah sangat signifikan dalam membentuk generasi yang berpengetahuan, bertanggungjawab dan berakhlak. PEERS membantu murid memahami perubahan diri secara fizikal, emosi dan sosial, serta membimbing mereka membuat keputusan yang bijak berkaitan kesihatan reproduktif, hubungan sosial dan nilai murni. Melalui penerapan PEERS dalam kurikulum, murid dilengkapi dengan ilmu untuk menjaga keselamatan diri, menghormati orang lain, membina hubungan yang sihat dan mengelakkan risiko tingkah laku berisiko tinggi, sekali gus menyumbang kepada pembangunan insan yang seimbang dan harmoni.

Program anjuran bersama NUTP ini turut melibatkan kerjasama strategik daripada:
1️⃣Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negeri (LPPKN),
2️⃣Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT),
3️⃣Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) serta
4️⃣Universiti Teknolgi Malaysia (UTM)

Dirasmikan oleh En Zulkurnain bin Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Johor.

🚦Slot Khas : Cerita Perjuangan Guru bersama Tn Hj Aminuddin bin Awang, B.S.K - Presiden National Union of the Teaching Profession (NUTP) / KESATUAN PERKHIDMATAN KEGURUAN KEBANGSAAN SEMENANJUNG MALAYSIA & TIMBALAN PRESIDEN CUEPECS KEBANGSAAN.



05/07/2025

Seminar Advokasi Sosial Negeri Johor 2025 : Pendidikan Kesihatan Diri Reproduktif Sosial & Pembangunan Insaniah yang berlangsung pada 1 Julai 2025 yang lepas bertujuan memperkukuh kesedaran dan kefahaman warga Pendidik terhadap Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) serta peranannya dalam pembangunan insan. Program Hepili di bawah Kementerian Kesihatan juga menjadi intipati dalam gerak kerja warga masyarakat yang sihat sejahtera melalui senaman X-BREAK.

Sasaran utama peserta ialah kalangan SISC+ Sains Sosial, Guru Pendidikan Moral, Guru Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan serta Guru Prasekolah.

Program anjuran bersama NUTP ini turut melibatkan kerjasama strategik daripada:
1️⃣Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negeri (LPPKN),
2️⃣Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT),
3️⃣Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) serta
4️⃣Universiti Teknolgi Malaysia (UTM)



06/06/2025

📢 Info Hari Ini.

🌟 CAKNA PEERS 🌟

Tahukah anda? Kementerian Pendidikan (KPM) telah memperkenalkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) — sebuah pendekatan pendidikan yang holistik dan menyeluruh, bukan sekadar tentang isu seksual semata-mata.

💡 Apa itu PEERS?
PEERS merangkumi aspek:
✅ Biologi
✅ Sosiobudaya
✅ Psikologi
✅ Kerohanian

Matlamatnya? 👉 Untuk membentuk tingkah laku sihat, seimbang dan beretika dalam kalangan murid — demi kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.

🎒 Dengan PEERS, murid bukan sahaja mendapat ilmu, tetapi juga kefahaman mendalam untuk membuat keputusan bijak dan bertanggungjawab dalam hidup.

📚 Jom muat turun Buku Panduan PEERS secara PERCUMA sekarang!
Klik di sini: 🔗 https://repositori.bpk.moe-dl.edu.my/

🟧BENGKEL KERJA PENYELARASAN PROGRAM JASMANI HEBAT PRESTASI MANTAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIH...
30/04/2025

🟧BENGKEL KERJA PENYELARASAN PROGRAM JASMANI HEBAT PRESTASI MANTAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN NEGERI JOHOR🟪

📆Tarikh : 30 April 2025 (Rabu)
🏢Tempat : SM Sains Sultan Iskandar, Mersing

Bengkel Kerja ini dianjurkan bagi memperkukuh pelaksanaan kurikulum Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) di Negeri Johor. Ia merupakan platform pertemuan profesional bagi wakil Jurulatih Utama Daerah mengikut zon di negeri Johor. Sesi pertemuan ini adalah menjadi medan bagi wakil Jurulatih Utama untuk menyelaras, merancang serta menambah baik pendekatan pengajaran, strategi pelaksanaan dan penilaian program PJPK secara menyeluruh dan berkesan.

🔸Selain itu, bengkel ini juga diadakan bagi :
1. Menyelaraskan pelaksanaan Program Jasmani Hebat Prestasi Mantap di semua sekolah seluruh Johor.
2. Meningkatkan kefahaman guru terhadap kurikulum dan pendekatan pengajaran PJPK terkini.
3. Merancang aktiviti dan strategi pelaksanaan PJPK yang lebih sistematik dan berimpak tinggi.
4. Mewujudkan jaringan kerjasama profesional dalam kalangan pendidik PJPK.

Ayuh Johor ! Nantikan projek kami 2025 ya !




Panduan guru PJPK & semua..Ilmu Pendidikan Kesihatan
24/11/2024

Panduan guru PJPK & semua..
Ilmu Pendidikan Kesihatan

🟦BENGKEL KERJA PEMERKASAAN KSSR DAN KSSM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN NEGERI JOHOR : PEMUGAR...
07/09/2024

🟦BENGKEL KERJA PEMERKASAAN KSSR DAN KSSM MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN NEGERI JOHOR : PEMUGARAN KOMPONEN PENDIDIKAN KESIHATAN (PEERS, PEMAKANAN & PERTOLONGAN CEMAS)🟥

Bengkel kerja yang diadakan bertujuan bagi memperkasa komponen Pendidikan Kesihatan yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) mata pelajaran Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS), Pemakanan dan Pertolongan Cemas adalah antara bidang utama yang akan terus diperkasa dengan memulai langkah pemugaran kepada guru- guru di daerah.

Kehidupan yang aktif dari segi fizikal adalah penting untuk meningkatkan taraf kesihatan individu. Amalan senaman yang berkala akan meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan seterusnya boleh menjauhkan seseorang individu daripada penyakit selain membudayakan amalan gaya hidup sihat.

Bengkel ini telah diadakan pada 3 & 4 September 2024 bertempat di SMK Ungku Hussein & SMK Seri Mersing sebagai lokasi pemudahcara bagi menghayati nilai rekreasi dan riadah dalam keperluan hidup manusia untuk memenuhi fisiologi fitrah kehidupan. Kehadiran Jurulatih Utama sebagai panel perwakilan daripada setiap daerah dalam menggerakkan kerja buat fungsi bagi mata pelajaran PJPK Negeri Johor.




BENGKEL KERJA PEMERKASAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) MATA P...
20/07/2024

BENGKEL KERJA PEMERKASAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN KESIHATAN NEGERI JOHOR BIL 2/2024

📆Tarikh: 15 Julai 2024 (Isnin)
⌚️Masa : 8.30 Pagi
🏢Tempat : SK Seri Puteri, Batu Pahat

Kesinambungan daripada bengkel bilangan 1 secara dalam talian, barisan jurulatih utama duduk bersama- sama dalam satu sesi untuk membincangkan isu semasa serta pelan tindakan masing - masing dalam bersama membantu rakan - rakan guru PJPK seluruh negeri Johor khususnya.

Semoga siri yang seterusnya sentiasa menjadi NADI di hati barisan Jurulatih Utama Negeri Johor. Sertai kami di masa akan datang untuk ikuti maklumat terkini serta terus memperkasa Kurikulum PJPK Negeri Johor 💥💥💥



Address

KM 4 JALAN JEMALUANG
Mersing
86800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nadi PJPK Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share