29/11/2025
Kami warga Sekolah Agama Bukit Timbalan ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, serta Kerajaan Negeri Johor atas pembentangan Belanjawan Johor 2026 yang terus memberi keutamaan kepada pembangunan pendidikan Islam di negeri Johor.
Kami amat menghargai sokongan berterusan terhadap sistem sekolah agama, khususnya dalam memperkukuh kualiti pendidikan demi manfaat murid-murid dan masyarakat.
Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan kepada seluruh umat.