SR Arab JAIM Merlimau Pasir

Call Directions

SR Arab JAIM Merlimau Pasir Sebagai salah satu platform menghubungkan komuniti sekolah dengan komuniti luar.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT 🀲🀲Tahniah diucapkan kepada Kelab Alam Sekitar SRAMP atas kejayaan menjadi Johan...
28/09/2026

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT 🀲🀲

Tahniah diucapkan kepada Kelab Alam Sekitar SRAMP atas kejayaan menjadi Johan Kipmall Eco Junior Challenge 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SRAMP atas pengiktirafan Anugerah Khas (Sekolah Harapan) - Sekolah Les...
28/09/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga SRAMP atas pengiktirafan Anugerah Khas (Sekolah Harapan) - Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Peringkat Kebangsaan... Pengiktirafan ini sebagai tanda penghargaan atas segala usaha dan komitmen warga SRAMP dalam menjadikan amalan kelestarian alam sekitar sebagai budaya sekolah.

Tahniah diucapkan kpd Team Alpha Queen (Senamrobik) atas kejayaan mereka mendapat tempat ke 3 dalam *PERTANDINGAN MERIAH...
28/09/2026

Tahniah diucapkan kpd Team Alpha Queen (Senamrobik) atas kejayaan mereka mendapat tempat ke 3 dalam *PERTANDINGAN MERIAH KOKURIA SENAMROBIK PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2026*.

Terima kasih kepada guru pembimbing iaitu Cg Arfah dan Cg Alia kerana melatih dan menguruskan team Alpha QueenπŸ†

TAHNIAH SRAMP FC U11!Tahniah dan syabas buat SRAMP FC U11 atas kejayaan muncul Johan Divisyen 2 dalam Liga Pembangunan B...
28/09/2026

TAHNIAH SRAMP FC U11!

Tahniah dan syabas buat SRAMP FC U11 atas kejayaan muncul Johan Divisyen 2 dalam Liga Pembangunan Bola Sepak di SK Sungai Rambai! βš½πŸ†

Terima kasih kepada para pentadbir SRAMP, Cikgu Azima selaku pengurus pasukan bola , Cikgu Naim, guru-guru bola sepak, Coach En. Afiq bin Mamat serta semua ibu bapa atas sokongan, bimbingan dan dorongan buat anak-anak SRAMP FC..

Syabas anak-anak! Teruskan berjuang dan terus melakar kejayaan!

🌸 TAHNIAH & SYABAS! 🌸Seluruh warga SR Arab JAIM Merlimau Pasir mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang gu...
28/09/2026

🌸 TAHNIAH & SYABAS! 🌸

Seluruh warga SR Arab JAIM Merlimau Pasir mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat orang guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi Tahun 2025. πŸ†πŸ‘

⭐️Muhammad Zharfan bin Abdullah Sanusi
⭐️Fatin Ain Nabila binti Normi
⭐️Siti Najeeha binti Mohd Aelis
⭐️Nur Siti Aishah binti Mohd Shah

Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi dan mencurahkan bakti buat anak-anak didik. ❀️

Tahniah dan terus cemerlang! 🌷✨

22/09/2026

Perkara:Bengkel Pantun Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan
Anjuran: Pusat Sumber Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir

Terima kasih, Cikgu Hafizzi!

Terima kasih Cikgu Hafizzi atas kesudian meluangkan masa dan berkongsi ilmu tentang seni pantun bersama kami dalam Bengkel Pantun sempena Bulan Bahasa Kebangsaan hari ini.

Ilmu, pengalaman dan perkongsian cikgu amat bermakna buat kami. Walaupun masa agak singkat, banyak yang dapat kami pelajari.

Terima kasih kerana sudi berkongsi, mencurahkan ilmu dan sama-sama menyemarakkan kecintaan terhadap bahasa dan seni warisan kita. 🌸

Semoga ada kesempatan untuk kita belajar dan berpantun bersama lagi selepas ini. 🀍

https://youtu.be/iYTWpCthb4k?si=H4fF-yAnsSmyQDz4 πŸŽ₯ Saksikan video promosi daripada SRAMP dan jangan lupa:❀️ Like πŸ’¬ Komen...
21/09/2026

https://youtu.be/iYTWpCthb4k?si=H4fF-yAnsSmyQDz4
πŸŽ₯ Saksikan video promosi daripada SRAMP dan jangan lupa:

❀️ Like πŸ’¬ Komen πŸ”„ Share
πŸ“² Hebahkan kepada keluarga, rakan-rakan dan komuniti!

🎬 JOM SAKSIKAN VIDEO PROMOSI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026 DI PAUTAN BERIKUT :

YOUTUBE PPD JASIN
https://youtu.be/56GMfgpqVHw

TIKTOK PPD JASIN
https://vt.tiktok.com/ZSqDFsvHT

FACEBOOK PPD JASIN
https://www.facebook.com/share/v/1BxUMZNkka

πŸŽ‰ KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026 πŸŽ‰
🏫 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH JASIN

🌟 KOMUNITI MADANI, PENDIDIKAN BESTARI
✨ SEHARI BERSAMA RAKYAT ✨

πŸ“… 12 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
⏰ 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
πŸ“ SEKOLAH KEBANGSAAN AYER MERBAU, DAERAH JASIN

🎯 10 PERTANDINGAN
πŸ“š 9 PAMERAN & AKTIVITI
🎀 5 SESI BUAL BICARA

Antara pengisian menarik:

πŸ† PERTANDINGAN
β€’ Aerobik Terbuka
β€’ Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah
β€’ Pertandingan Nyanyian Solo Gema Patriotik
β€’ Pertandingan Stacking Cup
β€’ Bola Jaring 3 on 3
β€’ Video Promosi Karnival Pendidikan Madani
β€’ Pameran Pendidikan Digital & Pusat Sumber
β€’ Mewarna Prasekolah
β€’ Fiesta Sukan Rakyat
β€’ Futsal

πŸ’‘ PAMERAN & AKTIVITI
β€’ Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035
β€’ Kurikulum Persekolahan 2027
β€’ Pendidikan Prasekolah & Pendidikan Khas
β€’ My Digital ID
β€’ Pameran STEM
β€’ Showcase Kemenjadian Murid – Jasin Got Talent
β€’ Serta pelbagai aktiviti menarik yang lain!

🎀 SESI BUAL BICARA
Pelbagai topik berkaitan pendidikan, pembelajaran dan masa depan pendidikan Malaysia bersama panel jemputan.

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ TERBUKA KEPADA SELURUH KOMUNITI!

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan program pendidikan yang menggabungkan PENDIDIKAN β€’ KOMUNITI β€’ INOVASI β€’ MADANI.

πŸ’™ KOMUNITI MADANI, PENDIDIKAN BESTARI
πŸ’› SEHARI BERSAMA RAKYAT

πŸ“² JOM HADIR & MERIAHKAN KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026!






πŸŽ₯ Saksikan video promosi daripada SRAMP dan jangan lupa:❀️ Like πŸ’¬...

TAHNIAH SR ARAB JAIM MERLIMAU PASIR!Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat warga Sekolah Rendah Arab JAIM...
21/09/2026

TAHNIAH SR ARAB JAIM MERLIMAU PASIR!

Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat warga Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir apabila menerima Anugerah Khas (Sekolah Harapan) dalam Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2025/2026 Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Sekolah Rendah.πŸ†πŸŒ±

Pengiktirafan ini menjadi bukti komitmen dan usaha berterusan seluruh warga sekolah dalam membudayakan kelestarian alam sekitar.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang tenaga, idea dan komitmen terutama sekali kepada Cikgu Arif Pencinta Alam dan JK Kelab Alam Sekitar SRAMP

Bersama kita teruskan langkah, demi sekolah yang lestari dan masa depan yang lebih hijau. 🌏🌿





πŸ†βœ¨ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG! βœ¨πŸ†Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga pasukan guru SR Arab JAIM Merlima...
14/09/2026

πŸ†βœ¨ TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG! βœ¨πŸ†

Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada tiga pasukan guru SR Arab JAIM Merlimau Pasir atas kejayaan meraih ANUGERAH EMAS & PERAK sempena PedaTEd Zon Selatan 2026.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta menjadi bukti komitmen, usaha, kreativiti dan kesungguhan dalam bidang pendidikan dan inovasi.

Semoga kejayaan ini terus menjadi pemangkin untuk melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas! Teruskan mencipta kecemerlangan! πŸ‘πŸ†βœ¨

🌸 TAHNIAH DIUCAPKAN 🌸Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Siti Balqis Mariam binti Abd Rahman Shah atas kenaika...
13/09/2026

🌸 TAHNIAH DIUCAPKAN 🌸

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Siti Balqis Mariam binti Abd Rahman Shah atas kenaikan pangkat sebagai GPK Kokurikulum di Sekolah Rendah Arab JAIM Merlimau Pasir. πŸŽ‰πŸ‘πŸ»

Semoga amanah dan tanggungjawab baharu ini dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, istiqamah dan kecemerlangan. Semoga terus menjadi pemangkin semangat kepada warga sekolah dalam membentuk murid yang cemerlang, berakhlak dan aktif dalam kokurikulum. 🌷✨

Selamat melangkah ke fasa baharu.
Terus melangkah, terus cemerlang! πŸ’™πŸ’›

Ikhlas daripada
Unit HEM SRAMP
🌸 Murid Mumtaz, Akhlak Imtiyaz
🌸 Hal Ehwal Murid Terpelihara, SRAMP Sejahtera

Address

Merlimau Pasir
Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 07:30 - 17:00

Telephone

062634891

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SR Arab JAIM Merlimau Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share