Politeknik Merlimau - PMM

Call Directions Website

Politeknik Merlimau - PMM Politeknik Merlimau Melaka (PMM) adalah politeknik ke-14 di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

Alamat :
Politeknik Merlimau Melaka
KM 2.5, Jalan Merlimau-Jasin,
77300 Merlimau,
Melaka

Layari www.pmm.edu.my untuk maklumat lanjut. Penafian: Politeknik Merlimau tidak bertanggungjawab atas segala maklumat dari laman fb lain yan menggunakan nama dan logo Politeknik Merlimau. Kampus PMM berkeluasan 100 ekar terletak dalam daerah Jasin iaitu 2 km dari Pekan Merlimau, dan 24 km dari Bandaraya Melaka Bersejarah. PMM menawarkan program pada peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan awam, hospitaliti dan perdagangan bagi merealisasikan dasar-dasar Pendidikan Negara terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi.

25/09/2026

BREAKING NEWS! 🚨

PMM MELONJAK KE KEDUDUKAN KE-196 DUNIA DALAM UI GREENMETRIC WORLD UNIVERSITY RANKING 2026!

POLYCCSUSTAWARD 2026 KINI KEMBALI MENGGEGARKAN ARENA POLYCC! 🌱Bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi pengiktirafan buat m...
25/09/2026

POLYCCSUSTAWARD 2026 KINI KEMBALI MENGGEGARKAN ARENA POLYCC! 🌱

Bukan sekadar sebuah anugerah, tetapi pengiktirafan buat mereka yang mencetuskan perubahan, menggerakkan inovasi dan memacu kelestarian dalam ekosistem Politeknik dan Kolej Komuniti.

Kini, detik yang dinanti semakin hampir! πŸ”₯

πŸ† PolyCCSustAward 2026 bakal menghimpunkan para juara kemampanan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam sebuah malam penuh prestij, inspirasi dan pengiktirafan.

πŸ“… 30 September 2026 (Rabu)
πŸ•— 8.00 – 11.00 malam
πŸ“ Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka
🎀 Disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi

🌏 β€œMemacu Kecemerlangan Teknikal, Menjulang Kelestarian Sejagat”

Bersedia untuk menyaksikan detik-detik kejayaan, kisah inspirasi dan langkah besar ke arah masa depan yang lebih lestari.

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka





MAJLIS MERAKAM WAKTU KELUAR (CLOCK OUT) TERAKHIR ENCIK SIMMATHIRI A/L APPLANAIDU, PPPT DH14Tanggal 23 September 2026 men...
24/09/2026

MAJLIS MERAKAM WAKTU KELUAR (CLOCK OUT) TERAKHIR ENCIK SIMMATHIRI A/L APPLANAIDU, PPPT DH14

Tanggal 23 September 2026 menjadi satu detik istimewa buat En. Simmathiri A/L Applanaidu, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi DH14 apabila beliau diraikan dalam Majlis Merakam Waktu Keluar (Clock Out) Terakhir bersempena persaraan beliau daripada perkhidmatan di Politeknik Merlimau Melaka.

Bermula dengan majlis di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), warga PMM hadir memberikan penghormatan dan penghargaan atas segala jasa, ilmu serta bakti yang telah dicurahkan. Acara diteruskan dengan penyampaian selempang persaraan, ucapan ringkas serta sesi bersalaman bersama rakan-rakan pensyarah dan para pelajar.

Lebih bermakna, perjalanan terakhir beliau menuju ke Lobi Pentadbiran PMM diiringi konvoi motosikal para pensyarah sebagai simbolik sebuah perjalanan penuh kenangan sebelum tibanya saat Clock Out yang terakhir.

Selamat bersara, En. Simmathiri A/L Applanaidu. Semoga lembaran baharu kehidupan dipenuhi ketenangan, kebahagiaan, kesihatan dan kenangan indah bersama insan tersayang.

Terima kasih atas segala jasa. Selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Jasamu tetap dalam ingatan.

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka





THriA XI 2026: PLATFORM INOVASI DAN KREATIVITI PELAJAR JPH PMMMERLIMAU, 22 September 2026 – Program β€˜Tourism and Hospita...
23/09/2026

THriA XI 2026: PLATFORM INOVASI DAN KREATIVITI PELAJAR JPH PMM

MERLIMAU, 22 September 2026 – Program β€˜Tourism and Hospitality Research Innovation Award (THriA) ke-11, 2026’ telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dengan menghimpunkan lebih 520 orang pelajar PMM.

Program pada sesi ini dianjurkan oleh Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (DHF), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) dan menjadi platform bagi mengetengahkan hasil projek akhir, inovasi serta kreativiti pelajar daripada empat program pengajian, iaitu Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal (DHF), Diploma Seni Kulinari (DCC), Diploma Pengurusan Hotel (DHM) dan Diploma Pengurusan Pelancongan (DUP) dengan sebanyak 59 buah kumpulan projek telah mengambil bahagian.

Antara kategori anugerah yang dipertandingkan ialah β€˜Anugerah Projek Terbaik’ bagi setiap program, β€˜Anugerah Reruai Terbaik’, β€˜Anugerah Poster Terbaik’ dan β€˜Anugerah Brilliance Innovation Ideas’.

Majlis Perasmian Penutupan THriA XI 2026 telah disempurnakan oleh Ts. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Politeknik Merlimau Melaka.

Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Zaidi bin Sarip, Ketua JPH; Puan Nurul Aqilah Hawaliana, Ketua Program DHF; Puan Rafiza binti Hassan, Penyelaras Projek PMM; Puan Zuliana binti Aliman, Penyelaras Projek Jabatan, serta barisan pensyarah JPH PMM.

Turut memeriahkan program ialah penyertaan pempamer industri daripada ADABI, Keria Bangsawan, Muiz Hot Chicken dan Farm Fresh, sekali gus mewujudkan suasana program yang lebih interaktif serta mengeratkan hubungan antara institusi dan industri.

Program ini turut mendapat sokongan dan sumbangan daripada Mamee, ADABI, Keria Bangsawan, Muiz Hot Chicken, MaxxLiva dan Makhzanul Ghina selaku penaja yang bersama-sama menyokong usaha memperkasakan pembangunan bakat, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar TVET.

Penganjuran THRiA XI 2026 menjadi wadah penting dalam membudayakan inovasi, kreativiti dan kecemerlangan dalam kalangan pelajar JPH.

🌱 PERKAYA LESTARI 2026 ! 🌱IDEA LESTARI ANDA, KONGSIKAN DALAM 2 MINIT!πŸ“’ BERITA BAIK! TEMPOH PENYERTAAN DILANJUTKAN Tempoh...
23/09/2026

🌱 PERKAYA LESTARI 2026 ! 🌱
IDEA LESTARI ANDA, KONGSIKAN DALAM 2 MINIT!

πŸ“’ BERITA BAIK! TEMPOH PENYERTAAN DILANJUTKAN

Tempoh penyertaan Video Inovasi PERKAYA LESTARI 2026 kini DILANJUTKAN sehingga 30 SEPTEMBER 2026!

Ada idea inovasi yang kreatif dan menyokong kelestarian? Jangan simpan sahaja idea tu!
πŸŽ₯ Hanya 2 minit!

Kongsikan inovasi anda, tunjukkan bagaimana ia berfungsi dan bagaimana idea tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat serta masa depan yang lebih lestari.
Terbuka kepada pelajar TVET dari Politeknik, Kolej Komuniti, ILKA dan institusi berkaitan.

πŸ“… Tarikh akhir baharu: 30 September 2026
πŸŽ₯ Video maksimum: 2 minit
🌐 Penyertaan secara dalam talian

Idea dah ada? Video dah hampir siap? Inilah peluang anda!

Jom wakili institusi anda dan tampilkan inovasi terbaik di PERKAYA LESTARI 2026!

πŸ“² Imbas QR pada poster dan hantar penyertaan anda sekarang!

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka





PORT SERENOUX & HAUNTED CLUB 2.0✨ 3 Hari β€’ Pelbagai Aktiviti β€’ Satu Pengalaman Yang Tidak Patut Dilepaskan ✨Sukacita dim...
23/09/2026

PORT SERENOUX & HAUNTED CLUB 2.0

✨ 3 Hari β€’ Pelbagai Aktiviti β€’ Satu Pengalaman Yang Tidak Patut Dilepaskan ✨

Sukacita dimaklumkan bahawa PORT SERENOUX & HAUNTED CLUB 2.0 bakal berlangsung selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung.

πŸ” PORT SERENOUX
Nikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman di Bazaar Jualan Makanan dan Minuman, sambil meluangkan masa bersama rakan-rakan serta menyokong perniagaan tempatan.

🎀 AKTIVITI MENARIK
β€’ Busking
β€’ Open Mic
β€’ Bergambar bersama Hantu
β€’ Open Slot Promotion
β€’ Balloon Drop

🩸 HAUNTED CLUB 2.0
WHERE THE NIGHTMARE COMES ALIVE.

Bersiap sedia untuk pengalaman yang mendebarkan dengan suasana dan kejutan yang menanti di dalam Haunted Club 2.0. Adakah anda bersedia untuk menghadapinya?

🎟️ TIKET: RM10 / ORANG

πŸ“… 23 – 25 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Dataran Millennium, Politeknik Merlimau Melaka
πŸ” Bazaar: 10.00 AM – 11.00 PM
πŸ‘» Haunted Club: 8.00 PM – 11.00 PM

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka





PMM PERKUKUH KUALITI PROGRAM KEJURUTERAAN MELALUI PENILAIAN AKREDITASI ETAC 2026MERLIMAU, 22 SEPTEMBER 2026 - Politeknik...
23/09/2026

PMM PERKUKUH KUALITI PROGRAM KEJURUTERAAN MELALUI PENILAIAN AKREDITASI ETAC 2026

MERLIMAU, 22 SEPTEMBER 2026 - Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah selesai melaksanakan Lawatan Penilaian Akreditasi ETAC (Interim & Perlanjutan) bagi Program-Program Diploma Kejuruteraan.

Sepanjang sesi penilaian, barisan panel Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), Lembaga Jurutera Malaysia telah melaksanakan:

πŸ”Ή Semakan dokumen kurikulum, pentaksiran dan hasil kerja pelajar
πŸ”Ή Penilaian proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
πŸ”Ή Lawatan ke makmal dan bengkel kejuruteraan JKE & JKM
πŸ”Ή Pemeriksaan fasiliti, aspek keselamatan dan pencegahan kebakaran
πŸ”Ή Penilaian fasiliti sokongan termasuk Perpustakaan PMM

Penilaian melibatkan empat program Diploma Kejuruteraan merangkumi bidang Elektrik, Elektronik (Komputer & Komunikasi), Mekanikal & Pembuatan serta Mekatronik.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan panel penilai ETAC, pengurusan, ketua jabatan, pensyarah, staf sokongan dan pelajar PMM atas komitmen serta kerjasama yang diberikan.

Bersama memperkukuh standard, memacu kecemerlangan dan melahirkan graduan kejuruteraan berkualiti tinggi. πŸ’ͺπŸŽ“

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka





BENGKEL SEMAKAN DAN PENILAIAN KERTAS KAJIAN PENULISAN HIJAU SEMPENA POLYCC SUSTAWARD 2026Unit Penyelidikan ,Inovasi Dan ...
21/09/2026

BENGKEL SEMAKAN DAN PENILAIAN KERTAS KAJIAN PENULISAN HIJAU SEMPENA POLYCC SUSTAWARD 2026

Unit Penyelidikan ,Inovasi Dan Komersial (UPIK), Politeknik Merlimau (PMM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Semakan dan Penilaian Kertas Kajian Penulisan Hijau pada 18 September 2026 bagi Pertandingan Penulisan Hijau bersempena anjuran POLYCC SUSTAWARD 2026.

Bengkel yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyemak dan menilai kertas-kertas kajian Penulisan Hijau yang meliputi 7 bidang tujahan utama di dalam Smart Green.

Barisan panel penyemak yang terdiri daripada pakar bidang POLYCC dan IPTA telah diberikan mandat untuk menilai kertas kajian yang telah melepasi saringan awal proses semakan.

Rubrik penilaian kertas kajian ini memfokuskan kepada elemen komprehensif penulisan penyelidikan merangkumi kaitan bidang tujahan, metodologi kajian, inovasi, impak kelestarian serta kualiti penulisan akademik bagi mengangkat penyelidik yang juga penulis naskah penulisan terbaik sebagai pemenang Kertas Kajian Terbaik bagi Penulisan Hijau.

Bengkel yang telah diselaraskan oleh Ts. Dr. Normazlina binti Mat Isa, Dr. Zareena binti Rosli dan Sr. Dr. Hjh Ayati binti Parmen juga dipengerusikan oleh Ketua Unit Penyelidikan ,Inovasi Dan Komersial (UPIK) ,PMM : Dr.Aspalilla Binti Main. seterusnya sesi penutup bengkel telah disempurnakan dengan ucapan penutup dan penyampaian sijil penghargaan kepada panel penilai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, PMM Ts. Zan Aizuwan Bin Zainal Abidin.

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka





MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5 TAHUN 2026: SATU PERHIMPUNAN, SERIBU KENANGANMajlis Perhimpunan Bulanan Bil. 5 Tahun 2...
21/09/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 5 TAHUN 2026: SATU PERHIMPUNAN, SERIBU KENANGAN

Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 5 Tahun 2026 Politeknik Merlimau Melaka (PMM) telah berlangsung pada hari Jumaat, 18 September 2026.

Turut diadakan adalah sesi amanat terakhir bersama YBrs. Tuan Norizam bin Sekak, mantan Pengarah PMM ke-7.

Majlis menyaksikan sesi penyampaian hadiah daripada semua Jabatan, Koperasi PMM, PUSPANITA, Pejabat Timbalan Pengarah, Unit dan Jawatankuasa sebagai simbolik penghargaan atas segala jasa dan bakti beliau.

Turut berlangsung penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah daripada Mantan Pengarah PMM ke-7 kepada Timbalan Pengarah Akademik, Puan Faridatuljana binti Mohd Noor.

Kemuncak acara menyaksikan Yang Di-Pertua JPP, Saudara Firdaus Ameer menyarungkan tengkolok kepada Tuan Norizam bin Sekak sebagai simbolik sebuah legasi yang telah tersemat dalam jiwa dan menjadi obor semangat warga PMM sejak aspirasi ini diperkenalkan pada 2022 oleh beliau.

Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan kenangan yang ditinggalkan oleh Tuan Norizam bin Sekak, Mantan Pengarah PMM ke-7. Semoga legasi yang dihadiahkan ini terus mekar dan kekal hidup dalam kalangan warga Politeknik Merlimau Melaka.

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka




MalaysiaMADANI
TVETForAll

AYUH MERIAHKAN FESTIVAL OF IDEAS – FINAL YEAR PROJECT THriA Jom bersama-sama memeriahkan Festival of Ideas – Final Year ...
18/09/2026

AYUH MERIAHKAN FESTIVAL OF IDEAS – FINAL YEAR PROJECT THriA

Jom bersama-sama memeriahkan Festival of Ideas – Final Year Project: Tourism and Hospitality Research Innovation Award (THriA XI), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Merlimau Melaka!

Saksikan kreativiti, inovasi dan idea-idea bernilai tinggi daripada para pelajar dalam mengetengahkan projek tahun akhir yang mencerminkan aspirasi serta potensi masa hadapan bidang Pelancongan dan Hospitaliti.

Tourism and Hospitality Research Innovation Award (THriA XI)
πŸ“… 22 September 2026 (Selasa)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Dewan Platinum, Politeknik Merlimau Melaka

Bukan sekadar pameran idea! Pelbagai booth jualan turut disediakan bagi memeriahkan lagi suasana, antaranya:

πŸ— Adabi
πŸ— Muiz Hot Chicken
πŸ₯› Farm Fresh
πŸ₯¨ Keria Bangsawan
β˜• Kopi Teori Seduh
🍽️ Polycuisine

Ayuh hadir beramai-ramai, berikan sokongan kepada para pelajar serta terokai idea, inovasi dan hasil kreativiti para pelajar PMM!

βΈ»

Jom LIKE, FOLLOW dan SHARE! ✨

Facebook: politeknikmerlimaumelaka
Instagram: politeknikmerlimaumelaka
TikTok: politeknikmerlimaumelaka
YouTube: politeknikmerlimaumelaka





Address

Politeknik Merlimau Melaka, KM 2. 5, Jalan Merlimau-Jasin, Melaka
Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062636687

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Merlimau - PMM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share