PIBG SR Arab JAIM Merlimau Pasir

Directions

PIBG SR Arab JAIM Merlimau Pasir Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PIBG SR Arab JAIM Merlimau Pasir, Education, SR Arab JAIM Merlimau Pasir, KM 26, Jalan Batu Gajah, Merlimau.

Assalamualaikum w.b.t*PER: WAKAF & INFAK PEMBINAAN DEWAN TERBUKA SRAMP*PIBG dan pihak pentadbiran SR Arab JAIM Merlimau ...
06/08/2026

Assalamualaikum w.b.t

*PER: WAKAF & INFAK PEMBINAAN DEWAN TERBUKA SRAMP*

PIBG dan pihak pentadbiran SR Arab JAIM Merlimau Pasir dengan rendah hati mengajak seluruh ibu bapa, alumni dan masyarakat untuk bersama-sama menyumbang bagi Pembinaan Dewan Terbuka SR Arab JAIM Merlimau Pasir.

Setiap sumbangan yang dihulurkan, walau sekecil mana sekalipun, merupakan pelaburan akhirat dan saham jariah yang berterusan demi menyediakan kemudahan yang lebih selesa untuk generasi akan datang.

Sumbangan boleh disalurkan melalui Kod QR DuitNow atau nombor akaun Bank Islam yang tertera pada poster.

Semoga segala infak dan keprihatinan tuan/puan dikurniakan ganjaran berlipat ganda serta menjadi amal soleh yang berpanjangan.

“Sedikit daripada kita, besar manfaatnya untuk generasi akan datang.”
Jom Berinfak, Jom Berwakaf. 🤲🏻✨

📢 *PERINGATAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA* 📢Assalamualaikum w.b.t. Untuk memastikan keselamatan murid serta kelancaran lal...
11/01/2026

📢 *PERINGATAN KEPADA IBU BAPA / PENJAGA* 📢

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk memastikan keselamatan murid serta kelancaran lalu lintas di kawasan sekolah, pihak sekolah ingin mengingatkan ibu bapa dan penjaga agar menurunkan anak di pintu pagar sekolah sahaja dengan tempoh tidak melebihi 10 saat.

⏱ Cepat & pantas
🚗 Elakkan kesesakan
🛑 Jangan berhenti terlalu lama
✅ Utamakan keselamatan semua

Sehubungan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk:
• Menyelesaikan segala urusan salam-salaman di rumah atau di dalam kereta.
• Memastikan duit saku anak diberi siap-siap dari rumah.
• Anak bersedia untuk turun sebaik kenderaan berhenti.

🤝 Bersama kita jaga keselamatan dan lalu lintas yang lancar di kawasan sekolah.

Terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan semua.

📢 *SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH* 📢Assalamualaikum w.b.t.Pihak sekolah dan PIBG dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran...
11/01/2026

📢 *SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH* 📢

Assalamualaikum w.b.t.

Pihak sekolah dan PIBG dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran semua murid bagi sesi persekolahan yang baharu.

Semoga tahun ini dipenuhi semangat positif, pembelajaran yang menyeronokkan dan pembentukan sahsiah terpuji.

🗓 Tarikh: 12 Januari 2025
📆 Hari: Isnin
👔 Pakaian: Uniform sekolah lengkap

📚 Selamat Belajar | 😊 Have Fun Learning
✨ Murid Mumtaz, Akhlak Imtiyaz

Terima kasih

15/04/2025

*PERTANDINGAN VLOG RAYA KELUARGA 2025*

Raya tak lengkap tanpa momen indah bersama keluarga dan sahabat!
Jom sertai Pertandingan Vlog Raya 2025 dan kongsikan detik raya paling bermakna anda!

Tema:“Raya Paling Meriah”
Tarikh penyertaan: *14 hingga 25 April 2025*

🌙Hadiah menarik menanti pemenang!
🌙 *10 buah video* terbaik akan *diumumkan* sebagai pemenang pada sambutan hari raya di SR Arab Jaim Merlimau Pasir pada :
*28 April 2025 (Jam 12.00 tengah hari)*

📌Cara penyertaan:
1. Rakam vlog Raya anda (maksimum 2 minit).
2. Muat naik di Facebook dengan hashtag #[namaanaktahunberapa]

dan tag page ini 👇🏻

https://www.facebook.com/share/1KJHJMfJCv/?mibextid=wwXIfr
(JANGAN LUPA LIKE PAGE PIBG SRAMP)

Atau muat turun di tiktok dan #[namaanaktahunberapa]

3. Pastikan akaun anda di public untuk kami menilai penyertaan.

Jangan lepaskan peluang—rakamlah kenangan, kongsikan keceriaan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera ✨✨ Sekolah merupakan tempat di mana murid-murid mendalam ilmu dan tempat guru menyeb...
10/11/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera ✨

✨ Sekolah merupakan tempat di mana murid-murid mendalam ilmu dan tempat guru menyebarkan ilmu…Ilmu mudah tersebar luas dalam penggunaan internet terutama di sekolah.

✨Surau Al -Mukhlisin, makmal sains,bilik RBT,pra sekolah, dewan dan bilik2 khas lain berfungsi sebagai tempat murid-murid bagi mendapatkan ilmu. Namun bilik2 khas ini tidak mempunyai rangkaian internet ..

✨Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dengan rasa rendah diri memohon sumbangan ikhlas daripada pihak korporat, orang perseorangan dan mana-mana pihak yang sudi menghulurkan sumbangan bagi membolehkan pihak sekolah memasang peralatan rangkaian internet seluruh kawasan sekolah agar proses pembelajaran menjadi mudah dan pantas selaras dengan kemajuan ICT negera di fasa sekolah TS25…

✨Hal ini juga bertujuan untuk memberi kemudahan guru-guru untuk mengakses pelbagai bahan mengajar dengan pantas….

✨Sumbangan didahului dengan terima kasih…Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:

PIBG Sekolah Ren. Arab Merlimau Pasir
5540 5310 0217
MAYBANK

REFF: SUMBANGAN INTERNET SEKOLAH

✨Sebarang pertanyaan juga boleh berhubung:
📞 013-5333757 (Cikgu Arif GPK Hem)
📞 014-8261157 (Cikgu Azima Bendahari PIBG)

🌸Segala sumbangan yang diberikan amatlah kami hargai. Terima kasih 🌸

🔴Jika tidak dapat membantu sekolah,harap dapat bantu menyebarluaskan maklumat ini kepada orang lain,kemungkinan ada pihak swasta akan membantu kita.

🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉Assalam….untuk makluman awal para guru, staff sekolah, ibu bapa/penjaga dan semua murid2 SRAMP… 🥳 *SAMBUTAN ...
12/08/2023

🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉

Assalam….untuk makluman awal para guru, staff sekolah, ibu bapa/penjaga dan semua murid2 SRAMP…

🥳 *SAMBUTAN HARI KANAK2 & HARI KANTIN SRAMP TAHUN 2023* 🥳

akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

🗓️ *Tarikh- 25 Oktober 2023 (Rabu)*
⏰ *Masa- 8 pagi hingga 2 petang*
🏬 *Tempat- SR Arab (JAIM) Merlimau Pasir*

Program ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid SRAMP.
🎪 Pelbagai pengisian aktiviti telah disusun untuk memeriahkan program ini.
📍Semua murid boleh membuat pembelian kupon melalui guru kelas masing2.
📍Murid2 boleh membeli kupon secara beransur2 bermula *14 OGOS 2023 (Isnin)* sehingga ke hari program berlangsung.
📍Guru2 kelas akan merekodkan bayaran2 kupon yang dibeli oleh murid2 dan hanya akan menyerahkan kupon tersebut 2 hari sebelum program berlangsung.
☺️Sokongan semua warga SRAMP adalah diharapkan bagi menjayakan program yang telah dirancang insyaAllah.
📝Bersama ini disertakan poster2 berkaitan program untuk makluman dan perhatian semua warga SRAMP.

“Murid Mumtaz, Akhlak Imtiyaz”
“Hal Ehwal Murid Terpelihara, SRAMP Sejahtera”



🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉🎈🎉

25/07/2023

Salam 8 Muharram 1445 Hijrah

24/07/2023
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19SR ARAB (JAIM) MERLIMAU PASIRTarikh : 14 Julai 2023Hari : JumaatMasa : 2.30 ptgTempat : D...
24/07/2023

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19
SR ARAB (JAIM) MERLIMAU PASIR

Tarikh : 14 Julai 2023
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan As-Syafie, SRAJMP

"Murid Mumtaz, Akhlak Imtiyaz"

Address

SR Arab JAIM Merlimau Pasir, KM 26, Jalan Batu Gajah
Merlimau
77300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SR Arab JAIM Merlimau Pasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category