16/06/2026
๐Hari Sukan ALABEST 2026๐
Telah berlangsungnya Hari Sukan ALABEST 2026 pada Sabtu, 13 Jun 2026 dengan penuh meriah dan semangat kesukanan. Membawa tema "ALABEST Aktif, Sukan Untuk Semua", program ini berjaya menyatukan seluruh warga sekolah dalam suasana yang ceria dan penuh semangat.
Sepanjang minggu berlangsungnya acara sukantara, padang sekolah riuh dengan sorakan dan sokongan tanpa henti daripada ahli rumah sukan masing-masing. Pada waktu malam p**a, latihan perbarisan rumah sukan dijalankan bagi memastikan setiap pasukan tampil dengan persembahan terbaik dalam usaha meraih kemenangan.
Hari Sukan ALABEST kali ini diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan perbarisan rumah sukan, acara sukaneka, serta perlawanan akhir bola tampar dan pickleball yang menyaksikan persaingan sengit antara para peserta.
Semangat juang yang tinggi dipamerkan oleh murid-murid daripada setiap rumah sukan. Guru-guru juga tidak ketinggalan menyertai pelbagai acara dan turut menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing. Kehadiran ibu bapa yang memberikan sokongan padu telah menambahkan lagi kemeriahan suasana sepanjang program berlangsung.
Walaupun acara ini dilaksanakan di kawasan sekolah, kemeriahannya tetap dapat dirasai oleh seluruh warga ALABEST. Semoga Hari Sukan ALABEST 2026 menjadi kenangan manis yang akan terus terpahat dalam ingatan murid, guru dan ibu bapa.
Tahniah kepada semua peserta, guru, ibu bapa serta jawatankuasa yang telah menjayakan Hari Sukan ALABEST 2026. Jumpa lagi pada Hari Sukan ALABEST tahun hadapan! ๐โจ
๐โค๏ธ๐