HURES UITM KEDAH

Directions Website Contact the school

HURES UITM KEDAH hures uitm kedah

Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku. 🇲🇾✨🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA🇲🇾Majlis Tertinggi & E...
16/09/2026

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku. 🇲🇾✨

🇲🇾SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA🇲🇾

Majlis Tertinggi & Exco Human Resources Society (HURES), UITM Cawangan Kedah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh warga UiTM dan rakyat Malaysia.

Hari Malaysia merupakan satu simbol penting yang mencerminkan semangat perpaduan, keharmonian dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, budaya dan latar belakang.

Marilah kita bersama-sama menghargai kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara serta terus memupuk semangat saling menghormati, bekerjasama dan bersatu hati demi membina Malaysia yang lebih harmoni dan sejahtera. 🤝🏻❤️

✨Berbeza budaya, bersatu jiwa.
🇲🇾Malaysia milik kita bersama.

Semoga semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air terus subur dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Selamat Hari Malaysia! 🇲🇾 🎉

Sekian, terima kasih.

💛UNITY IS THE BEST POLICY🖤

Majlis Tertinggi & Exco
Human Resources Society (HURES)
UITM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

Assalamualaikum W.B.T.,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.🎓 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN 🎓Majlis Tertinggi ...
04/09/2026

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🎓 TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DALAM PEPERIKSAAN 🎓

Majlis Tertinggi & Exco Human Resources Society (HURES), UiTM Cawangan Kedah ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh pelajar atas kejayaan dan pencapaian yang telah diperoleh dalam peperiksaan.

Sesungguhnya, setiap kejayaan merupakan hasil daripada usaha, ketekunan, disiplin dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang semester. Segala penat lelah dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan. ✨

Semoga pencapaian ini menjadi sumber motivasi untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Bagi yang belum mencapai keputusan seperti yang diharapkan, teruskan berusaha dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk melangkah dengan lebih baik. 🌟

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pelajar. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

💛 UNITY IS THE BEST POLICY 🖤

Majlis Tertinggi & Exco
Human Resources Society (HURES)
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

Assalamualaikum W.B.T.,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾Deng...
31/08/2026

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69! 🇲🇾

Dengan penuh rasa bangga dan cinta akan tanah air, Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Human Resources Society (HURES) ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-69 kepada seluruh warga HURES UiTM Kedah! ❤️💛

✨Kemerdekaan bukan sekadar sebuah perayaan, tetapi lambang kesatuan dan kekuatan sebuah bangsa. Marilah kita menyemarakkan semangat cinta akan negara dengan menghargai kepelbagaian, memupuk keharmonian serta mengutamakan perpaduan dalam kehidupan seharian.

❤️💛 Hargailah setiap pengorbanan dan jasa para pejuang terdahulu yang telah membuka jalan menuju sebuah negara yang merdeka. 💙🤍

Sekian, terima kasih. 🇲🇾

🖤 UNITY IS THE BEST POLICY 💛

Majlis Tertinggi Human Resources Society,
UiTM Cawangan Kedah,
Sesi 2025/2026.

Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.🕌SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W.🕌Sempena memperinga...
25/08/2026

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🕌SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL S.A.W.🕌

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., barisan Majlis Tertinggi dan Exco Human Resources Society (HURES), UITM Cawangan Kedah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. 🤍

🌿Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta menghayati perjuangan, akhlak mulia dan sunnah Baginda sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

✨Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat menyemai dan memperkukuhkan rasa cinta kita kepada Rasulullah S.A.W., di samping mendorong kita untuk terus
mencontohi akhlak dan keperibadian Baginda dalam setiap aspek kehidupan.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آل مُحَمَّدٍ

Sekian, terima kasih.

💛UNITY IS THE BEST POLICY🖤

Majlis Tertinggi & Exco
Human Resources Society (HURES)
UITM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

Assalamualaikum W.B.T.,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.📚 HAPPY STUDY WEEK! ✏️Barisan Majlis Tertinggi dan Exco Huma...
10/07/2026

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

📚 HAPPY STUDY WEEK! ✏️

Barisan Majlis Tertinggi dan Exco Human Resources Society (HURES) ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Minggu Ulang Kaji kepada seluruh warga UiTM Cawangan Kedah.

📖 Gunakanlah peluang ini sebaiknya untuk mengulang kaji pelajaran, mengurus masa dengan bijak serta membuat persediaan rapi bagi menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

💡 Jadikan setiap sesi ulang kaji lebih bermakna dengan mengekalkan fokus, berdisiplin, konsisten dan mengamalkan gaya pembelajaran yang berkesan.

✨ Ingatlah bahawa kejayaan bukan hadir secara kebetulan, tetapi merupakan hasil daripada usaha yang berterusan, disiplin yang tinggi serta doa yang tidak pernah putus.

🤲 Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan ketenangan dan kesihatan yang baik sepanjang minggu ulang kaji, serta memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Semoga berjaya dan semoga segala usaha membuahkan hasil yang membanggakan.

Sekian, terima kasih.

🖤 UNITY IS THE BEST POLICY 💛

Majlis Tertinggi
Human Resources Society (HURES)
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

✨BACAAN YASSIN FOR FINAL✨Assalamualaikum W.B.T.,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.📌Pihak Majlis Tertinggi dan Exco Hu...
24/06/2026

✨BACAAN YASSIN FOR FINAL✨

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

📌Pihak Majlis Tertinggi dan Exco Human Resource Society (HURES) dengan ini menjemput seluruh pelajar Semester 1 hingga Semester 5 untuk menyertai Program Bacaan Yasin For Final sebagai persediaan rohani menjelang peperiksaan akhir semester.

📆Tarikh: 25 Jun 2026
🕘Masa: 9.00 malam - 10.25 malam
📍Platform: Google Meet

Program ini dianjurkan bagi memohon keberkatan, ketenangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi peperiksaan Semester Mac 2026 hingga Ogos 2026.

✅Kehadiran adalah diwajibkan
✅E-Merit akan diberikan kepada semua peserta

Semoga program ini dapat memberi manfaat serta menjadi
asbab kejayaan kepada semua pelajar.
Sekian, terima kasih.

💛 UNITY IS THE BEST POLICY🖤

Majlis Tertinggi
Human Resource Society (HURES)
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.🌙SALAM MAAL HIJRAH 1448H🌙Barisan Majlis Tertinggi dan Exco ...
17/06/2026

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🌙SALAM MAAL HIJRAH 1448H🌙

Barisan Majlis Tertinggi dan Exco Human Resources Society (HURES), UiTM Cawangan Kedah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh warga UiTM Kedah dan umat Islam yang meraikannya.

✨Awal Muharram merupakan permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam yang mengingatkan kita tentang erti penghijrahan, pengorbanan, keazaman dan pembaharuan diri ke arah yang lebih baik.

🤲🏻Semoga kehadiran tahun baharu ini menjadi titik
permulaan untuk memperkukuhkan keimanan, meningkatkan amal kebajikan serta memperbaharui azam dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.

🌟Marilah kita bersama-sama mengambil peluang daripada keberkatan bulan Muharram untuk terus memperbaiki diri, memupuk nilai-nilai murni serta menyumbang kepada masyarakat dengan penuh integriti dan tanggungjawab.

💚Semoga tahun 1448H membawa rahmat, keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan yang berterusan buat kita semua.

Sekian, terima kasih.

🌙SALAM MAAL HIJRAH 1448H🌙

"_Hijrah Membina Ummah, Membentuk Masa Depan_"

💛UNITY IS THE BEST POLICY🖤

Majlis Tertinggi Human Resources Society (HURES), UITM Cawangan Kedah,
Sesi 2025/2026.

✨JEMPUTAN KE PERJUMPAAN BERSAMAPENASIHAT AKHIR SEMESTER✨Assalamualaikum W.B.T.,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.Deng...
17/06/2026

✨JEMPUTAN KE PERJUMPAAN BERSAMA
PENASIHAT AKHIR SEMESTER✨

Assalamualaikum W.B.T.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

Dengan sukacitanya, Human Resources Society (HURES) UITM Cawangan Kedah menjemput semua pelajar untuk menghadiri Perjumpaan Bersama Penasihat Akhir Semester yang akan diadakan bagi meraikan penghujung semester serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan para pensyarah.

Majlis ini merupakan platform untuk berkumpul, berkongsi pengalaman sepanjang semester, serta menghargai segala usaha dan kenangan yang telah dicipta bersama. Kehadiran anda pastinya akan memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna ini.

📆Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
⏰Masa: 7.45 malam - 11.00 malam
📍Tempat: Dewan Seri Merbok

✅Makanan disediakan
✅E-Merit disediakan

🎓Marilah sama-sama kita mengakhiri semester ini dengan penuh kegembiraan, penghargaan dan semangat perpaduan.

📌Kehadiran semua pelajar adalah DIWAJIBKAN.

Sebarang pertanyaan:
Ayuni: 011-31553826
Nazrina: 019-7371091

Sekian, terima kasih.

💛UNITY IS THE BEST POLICYC🖤

Majlis Tertinggi Human Resources Society (HURES)
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

🎉 HURES FUN DAY FIESTA: BOND & WIN 🎉Assalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera, Salam UiTM Di Hatiku.🥇MARI SERTAI HURES FUN D...
14/06/2026

🎉 HURES FUN DAY FIESTA: BOND & WIN 🎉

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🥇MARI SERTAI HURES FUN DAY FIESTA: BOND & WIN 🥇

sebuah program yang dianjurkan bagi mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerjasama serta mewujudkan kenangan manis bersama warga HURES melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

🗓 Tarikh: 19 Jun 2026
⏰ Masa: 8.30 Pagi – 12.30 Tengah Hari
📍Tempat: Padang Ragbi, UiTM Cawangan Kedah

✨ Menarik untuk anda:
✅ E-Merit disediakan
✅ Makanan disediakan
✅ Pelbagai aktiviti dan permainan menarik
✅ Kehadiran diwajibkan bagi pelajar Part 1 hingga Part 5

PERHATIAN‼️ Sila bawa kain batik bersama.

Jangan lepaskan peluang untuk berhibur, berkenalan dan mengeratkan hubungan sesama HURESTERS dalam suasana yang penuh ceria dan santai.

🖤 UNITY IS THE BEST POLICY 💛

Sekian, terima kasih.

Majlis Tertinggi Human Resource Society (HURES),
UiTM Cawangan Kedah,
Sesi 2025/2026.

Assalamualaikum W.B.T,Salam Sejahtera,Salam UiTM Di Hatiku.🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙Barisan Majlis Tertinggi dan Exco ...
26/05/2026

Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

🌙✨ SALAM AIDILADHA 1447H ✨🌙

Barisan Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Human Resources Society (HURES) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UiTM serta semua umat Islam yang menyambutnya. Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan ketenangan buat semua di samping insan tersayang. 🤍

🐑 Aidiladha mengajar kita tentang nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesabaran dalam menempuh setiap ujian kehidupan. Semoga semangat ini terus menjadi kekuatan untuk kita memperbaiki diri serta mengeratkan hubungan sesama insan.

✨ Dalam kemeriahan menyambut hari yang mulia ini, marilah kita sama-sama mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan dan terus menyebarkan kasih sayang, kebaikan serta semangat perpaduan kepada semua.

🤲 Semoga setiap pengorbanan dan usaha yang dilakukan akan dipermudahkan serta diberikan ganjaran yang terbaik di sisi-Nya. Semoga Aidiladha ini juga menjadi titik permulaan untuk kita melangkah dengan lebih tabah dan penuh harapan.

Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin daripada kami warga HURES. 🌙💛

Sekian, terima kasih.

🖤 UNITY IS THE BEST POLICY 💛

Majlis Tertinggi Human Resources Society (HURES)
UiTM Cawangan Kedah
Sesi 2025/2026

Address

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah Kampus Sungai Petani
Merbok
08400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HURES UITM KEDAH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to HURES UITM KEDAH:

Shortcuts

Share

Category