16/05/2026
Assalamualaikum dan selamat petang .
Di kesempatan ini, 3PK Kedah ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia. Hari yang penuh bermakna ini menjadi satu titik peringatan kepada kita dalam mengingati usaha dan kesungguhan guru-guru dalam mendidik anak bangsa termasuklah anak-anak MBPK kita.
Semoga semua warga pendidik di Malaysia ini diberi keberkatan dan kemudahan dalam mengurus, mendidik seterusnya memberi makna kehidupan kepada anak-anak kita.
Selamat Hari Guru
Guru Bitara Nadi Negara.
Ikhlas daripada,
3PK Kedah