Kelab setem & filateli - kesef smk merbok

Kelab setem & filateli - kesef smk merbok Kelab Setem & Filateli (KESEF) SMK Merbok merupakan kelab berdaftar sbg unit kokurikulum Kementerian

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera waega maya,Saya Cg Hanizah Samad, guru penasihat Kelab KESEF SMK Merbok ingin memoh...
06/07/2024

Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera waega maya,

Saya Cg Hanizah Samad, guru penasihat Kelab KESEF SMK Merbok ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan utk membaikpulih sebuah bilik stor yang akan dijadikan Galeri KESEF.
Perkara utama yang diperlukan ialah menukar cermin tingkap lama jenis nako kepada cermin kaca kerana burung kerap masuk melalui tingkap yang tidak boleh ditutup rapat. Selain itu dana juga diperlukan untuk membeli alat penyaman udara, papan pameran, almari, rak, meja, kerusi dan sebagainya.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun PIBG SMK Merbok spt berikut:

BANK RAKYAT: 2200965269
PIBG SEK MEN KEB MERBOK (PIBGSMKM)

Sila catatkan *KESEF* pada ruangan maklumat transaksi.

Bulan Ogos ini KESEF SMK Merbok akan menjadi tuan rumah Jelajah KESEF Zon Utara melibatkan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Sehubungan dengan itu, dana segera diperlukan untuk melengkapkan Galeri tersebut.
Sumbangan tuan/puan saya dahului ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
Cg Hanizah Samad
Guru Penasihat
Kelab Setem dan Filateli (KESEF)
SMK Merbok
(Juga merupakan Jurulatih Utama KESEF Kebangsaan)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 013-4921262 atau email [email protected]

Alhamdulillah.. Dalam kesibukan SPM dan minggu akhir persekolahan, pihak sekolah sempat juga mengadakan perhimpunan tera...
15/02/2024

Alhamdulillah.. Dalam kesibukan SPM dan minggu akhir persekolahan, pihak sekolah sempat juga mengadakan perhimpunan terakhir utk sesi akademik 2023/2024 dan Kelab KESEF mengambil kesempatan utk mengadakan acara penyampaian Sijil & hadiah utk pemenang Pertandingan KESEF Peringkat Kebangsaan.

Keputusan Pertandingan KESEF Peringkat Kebangsaan 2023 - pencapaian SMK Merbok

Pertandingan Menulis Surat Terbanyak Kategori Sekolah Menengah
SMK Merbok - JOHAN

Penulisan One-Page Exhibit
Nur Asma Hayati (3A1) - tempat ke-5

Penulisan Folio Setem
Haziq Danish bin Azuan (3A3) - tempat ke-4

Rekabentuk Doodle (PPKI)
Muhammad Arif bin Aizam Azmi - Johan
Muhammad Asrol bin Faisal - Naib Johan
Muhamad Sufi Haziq bin Sazali - Tempat ke-4
Muhammad Fitri Aqil bin Mahadzir - Tempat ke-5

Tahniah & Syabas

Terima kasih team Pos Malaysia Alor Setar sudi hadir buka booth Setemku sempena Hari Terbuka & Karnival Keusahawanan SMK...
13/12/2023

Terima kasih team Pos Malaysia Alor Setar sudi hadir buka booth Setemku sempena Hari Terbuka & Karnival Keusahawanan SMK Merbok hari ini.
Yang tak sempat tempah Setemku tadi boleh pm tepi kita boleh atoq lain...

AJK Tertinggi KESEF SMK Merbok sesi 2023/2024Selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab
07/05/2023

AJK Tertinggi KESEF SMK Merbok sesi 2023/2024
Selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab

Address

Merbok
08400

Telephone

+60134921262

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab setem & filateli - kesef smk merbok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Kelab setem & filateli - kesef smk merbok:

Shortcuts

Share

Category