S.M.K BUKIT CERMIN

S.M.K BUKIT CERMIN ilmu penjana wawasan

05/08/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH WARGA SMK BUKIT CERMIN! ๐ŸŒฟ๐Ÿ’š

Assalamualaikum dan Salam SeMBuC Move Forward.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Eco School, Team Eco Warriors serta seluruh warga SMK Bukit Cermin atas komitmen, kerjasama dan usaha yang tidak pernah mengenal erti penat sehingga berjaya memperoleh Green Flag bagi Program Eco-Schools.

Kejayaan ini merupakan hasil dedikasi, semangat berpasukan dan sokongan padu daripada semua pihak. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus memupuk budaya kelestarian alam sekitar serta melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, murid serta warga sekolah yang telah menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan kejayaan ini.

SeMBuC memang terbaik! ๐Ÿ’š๐ŸŒ
Teruskan melangkah, terus mencipta kecemerlangan! ๐Ÿ’ชโœจ

Karnival Kokurikulum Sukan & kesenian Pend. Khas Peringkat Negeri Pahang 2026 melabuhkan Tirai Sebentar tadi.Tahniah & S...
22/07/2026

Karnival Kokurikulum Sukan & kesenian Pend. Khas Peringkat Negeri Pahang 2026 melabuhkan Tirai Sebentar tadi.

Tahniah & Syabas kepada pemenang serta terima kasih kepada seluruh warga Pend. Khas Daerah Temerloh ats sokongan dan doa semua

๐ŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SMK Bukit Cermin atas ...
16/07/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH & SYABAS! ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Pasukan Bola Baling SMK Bukit Cermin atas kejayaan cemerlang muncul sebagai JUARA KESELURUHAN MSSD Bola Baling Tahun 2026.

Kejayaan ini turut diserikan dengan pencapaian membanggakan: ๐Ÿ† Bola Baling Perempuan โ€“ JOHAN ๐Ÿฅ‰ Bola Baling Lelaki โ€“ Tempat Ketiga

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, kerjasama berpasukan serta komitmen padu para pemain, jurulatih, guru-guru dan semua pihak yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan serta mengharumkan nama SMK Bukit Cermin di peringkat yang lebih tinggi.

Syabas dan tahniah! Teruskan melakar kejayaan!
๐Ÿ†๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas! ๐ŸŽ‰Seluruh warga SMK Bukit Cermin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah m...
14/07/2026

๐ŸŽ‰ Tahniah dan syabas! ๐ŸŽ‰

Seluruh warga SMK Bukit Cermin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang telah mengharumkan nama sekolah. Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada guru-guru.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha, mencipta lebih banyak kejayaan dan mengharumkan nama PPKI SMK Bukit Cermin pada masa akan datang.

Teruskan melakar kecemerlangan! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐ŸŒŸ PROGRAM SANTUNI CALON SPM BAGI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 ๐ŸŒŸ6 Julai 2026SMK Bukit Cermin telah menganjurkan Program...
06/07/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM SANTUNI CALON SPM BAGI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2026 ๐ŸŒŸ
6 Julai 2026

SMK Bukit Cermin telah menganjurkan Program Santuni Calon SPM 2026 sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat kepada semua calon yang bakal menduduki Peperiksaan Percubaan SPM.

Program ini telah disempurnakan dengan kehadiran Encik Samsir bin Nordin, Timbalan PPD Sektor Pembelajaran, PPD Temerloh, yang telah berkongsi kata-kata motivasi, memberikan dorongan serta menyantuni para calon agar terus berusaha dengan penuh yakin dan bersungguh-sungguh dalam menghadapi peperiksaan.

Semoga program ini menjadi suntikan inspirasi kepada semua calon SPM SMK Bukit Cermin untuk terus bersemangat, berdisiplin dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Samsir bin Nordin atas kesudian meluangkan masa bersama warga SeMBuC.

Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2026! Teruskan usaha, iringi dengan doa dan tawakal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐ŸŒนAlhamdulillah, selesai sudah program pemilihan atlet olahraga pendidikan khas perin...
25/06/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera ๐ŸŒน

Alhamdulillah, selesai sudah program pemilihan atlet olahraga pendidikan khas peringkat daerah Temerloh pada hari ini.

Tahniah diucapkan atas kerja buat cemerlang semua team jurulatih olahraga PPKI, juga usaha gigih atlet2 sehingga membawa pulang medal serta sokongan dan doa daripada semua guru,PPM dan ibu bapa MBPK PPKI SMKBC.

InsyaAllah doakan atlet yang berjaya ini untuk terus sukses pada peringkat seterusnya. InsyaAllah pada tahun hadapan, kita akan kerja keras lebih awal bg melakar kecemerlangan.

SALAM MAAL HIJRAH 1448H ๐ŸŒ™Selamat menyambut Tahun Baru Islam kepada seluruh warga sekolah, murid serta ibu bapa. Semoga k...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H ๐ŸŒ™

Selamat menyambut Tahun Baru Islam kepada seluruh warga sekolah, murid serta ibu bapa. Semoga kedatangan tahun baharu ini membawa sinar hijrah yang lebih baik, meningkatkan keimanan, serta menguatkan azam untuk terus maju dalam kehidupan dan pendidikan.

โœจ โ€œHijrah Mencipta Perubahan, Membina Masa Depan Berlandaskan Iman dan Ilmu.โ€

๐Ÿ“Œ Dimaklumkan bahawa cuti sempena Awal Muharram adalah pada 17 Jun 2026 (Rabu) dan sesi persekolahan akan bersambung semula pada 18 Jun 2026 (Khamis).

Terima kasih. ๐Ÿค

Selamat Kembali ke Sekolah! Cuti telah berakhir, semangat baharu bermula. Selamat kembali ke sekolah buat seluruh warga ...
07/06/2026

Selamat Kembali ke Sekolah!
Cuti telah berakhir, semangat baharu bermula.
Selamat kembali ke sekolah buat seluruh warga SMK Bukit Cermin. Semoga sesi pembelajaran berjalan lancar, penuh semangat dan dipermudahkan.
Kepada calon SPM 2026, teruskan fokus dan berusaha mencapai kejayaan.

โœจ Selamat Bercuti & Salam Aidiladha โœจSempena Hari Hol Negeri Pahang dan Cuti Pertengahan Tahun, kami mengucapkan selamat...
22/05/2026

โœจ Selamat Bercuti & Salam Aidiladha โœจ

Sempena Hari Hol Negeri Pahang dan Cuti Pertengahan Tahun, kami mengucapkan selamat bercuti buat seluruh warga SMK Bukit Cermin ๐ŸŒธ

Gunakan waktu cuti ini untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga serta mencipta kenangan indah bersama insan tersayang โค๏ธ

๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H
Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita ๐Ÿ„โœจ

๐Ÿ“š Khusus buat murid-murid Tingkatan 5, cuti bukan bermakna berhenti berusaha. Jangan lupa hadir ke Kelas Intensif SPM yang telah dijadualkan dan teruskan ulang kaji demi masa depan yang cemerlang ๐Ÿ’ช

โ€œRehat secukupnya, nikmati cuti seadanya, dan kembali nanti dengan semangat luar biasa.โ€ โœจ

22/05/2026

Alhamdulillah, sambutan Hari Guru pada hari semalam telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah, ceria dan girang ๐ŸŒธโœจ
Terima kasih kepada semua guru, murid serta warga sekolah yang bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini. Semoga ukhwah yang terjalin dan kenangan indah sepanjang sambutan ini menjadi inspirasi untuk terus mendidik dengan penuh dedikasi dan kasih sayang โค๏ธ๐Ÿ“š
โœจ โ€œGuru Bitara, Nadi Negaraโ€ โœจ

Address

SMK BUKIT CERMIN
Mentakab
28400

Opening Hours

Monday 07:00 - 14:45
Tuesday 07:00 - 14:45
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 14:00
Friday 07:00 - 12:15

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when S.M.K BUKIT CERMIN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category