Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan Membakut

Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan Membakut SCHOOL

Antara Keistimewaan sekolah ini;
�Mengutamakan Al-Quran, Bahasa Arab dan Jawi disamping mata pelajaran Kurikulum KSSR di bawah KPM yang dijalankan secara integrasi.

�Subjek daripada Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia [KSSR KPM], Sekolah Agama Negeri [SAN JHEAINS], KAFA dan Tahfiz. Sesi Pembelajaran pagi hingga ke petang.

�Berpeluang menghafaz al-Q

uran melalui Teknik hafazan yang betul.

�Sekolah bertempat di Jalan Rancangan Mawao Membakut.

�Maklumat lanjut sila hubungi:
�087-886140

�Borang permohonan boleh di dapatkan di https://goo.gl/UylqjD

17 OGOS 2026 | ISNINUJIAN PERCUBAAN SRU, UPKK DAN MPT4SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERCUBAAN SRU, UPKK & MPT4! Warga SRIHAKK ...
17/08/2026

17 OGOS 2026 | ISNIN
UJIAN PERCUBAAN SRU, UPKK DAN MPT4

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PERCUBAAN SRU, UPKK & MPT4!

Warga SRIHAKK mengucapkan selamat menduduki Ujian Percubaan SRU, UPKK dan MPT4 kepada semua murid yang akan menduduki peperiksaan pada minggu ini.

📝 MPT4 – Tahun 4
📅 Rabu & Khamis | 19–20 Ogos 2026

📝 UPKK – Tahun 5
📅 Isnin hingga Rabu | 17–19 Ogos 2026

📝 SRU – Tahun 6
📅 Isnin hingga Jumaat | 17–21 Ogos 2026

Buat yang terbaik, baca doa sebelum menjawab, fokus, tenang dan yakin dengan usaha yang telah dilakukan. Jangan lupa semak semula jawapan sebelum menghantar kertas peperiksaan.

Doa • Usaha • Tawakal • Kejayaan milik kita!

Semoga semua murid dipermudahkan urusan, diberi ketenangan dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.

Selamat menduduki ujian! Semoga berjaya!





14 OGOS 2026 | JUMAATLADAP GERAK MADANI 2026Alhamdulillah, LADAP GERAK MADANI 2026 telah berjaya dilaksanakan pada hari ...
15/08/2026

14 OGOS 2026 | JUMAAT
LADAP GERAK MADANI 2026

Alhamdulillah, LADAP GERAK MADANI 2026 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat SRIHAKK dengan penglibatan warga pendidik dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) sekolah.

Program ini menjadi ruang untuk warga sekolah memperkukuh kefahaman tentang Malaysia MADANI, khususnya berkaitan nilai teras, kenegaraan serta penerapannya dalam tugas dan tanggungjawab sebagai warga pendidikan.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan secara interaktif termasuk penghayatan elemen kenegaraan, tayangan bahan berkaitan Malaysia MADANI, penerangan, perbincangan kumpulan, perkongsian idea, pembentangan serta refleksi.

Semoga pengisian LADAP ini bukan sekadar difahami, tetapi dapat diterjemahkan dalam amalan seharian melalui budaya kerja yang berintegriti, saling menghormati, berdaya cipta, prihatin, yakin dan mengutamakan kesejahteraan.

Terima kasih kepada semua warga SRIHAKK atas komitmen dan penglibatan yang diberikan. Semoga kita terus melangkah bersama membina budaya kerja MADANI dan pendidikan yang berkualiti.

“Berilmu, Beriman, Beramal – Melangkah Bersama MADANI.”






14 OGOS 2026 | JUMAATSESI PERHIMPUNAN MINGGUAN SRIHAKK Alhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Mingguan SRIHAKK pad...
14/08/2026

14 OGOS 2026 | JUMAAT
SESI PERHIMPUNAN MINGGUAN SRIHAKK

Alhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Mingguan SRIHAKK pada hari ini dalam suasana yang tertib dan lancar. Seperti biasa, perhimpunan minggu ini turut dikendalikan sepenuhnya oleh murid sebagai salah satu usaha memupuk keyakinan diri, kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi.

🎤 Pengacara Majlis: Muhammad Alif Akmal bin Mohd Ramlee
🇲🇾 Bacaan Ikrar: Muhammad Zharif bin Zulkhaime
🤲 Bacaan Doa: Muhammad Ammar bin Mohd Najmi

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan dan ringkasan laporan mingguan yang disampaikan oleh guru bertugas. Kemudian, agenda diteruskan dengan ucapan dan amanat daripada PK Pentadbiran 1, Ustaz Herwan bin Harun.

Dalam amanat beliau, beberapa perkara penting telah disampaikan kepada murid-murid, antaranya:

📚 Kehadiran ke sekolah
Tahniah diucapkan kepada semua murid kerana kadar kehadiran minggu ini adalah memuaskan, iaitu mencapai 90%. Murid-murid diingatkan bahawa kehadiran direkodkan dalam sistem KPM dan kehadiran ke sekolah amat penting bagi memastikan pembelajaran tidak tercicir.

🌱 Membentuk peribadi yang baik
Murid-murid dinasihatkan agar tidak membiasakan diri bercakap bohong, sebaliknya sentiasa bercakap benar dan berusaha menjadi insan yang baik. Mereka juga diingatkan supaya mendengar nasihat ibu bapa di rumah dan mematuhi arahan guru ketika berada di sekolah.

🤝 Menjadi teladan yang baik
Murid-murid Tahap 2 turut diingatkan agar menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid Tahap 1, khususnya dari segi disiplin, adab dan tingkah laku.

⚠️ Disiplin murid
Murid yang berulang kali melakukan kesalahan disiplin akan diberi perhatian dan ibu bapa akan dipanggil ke sekolah sekiranya kesalahan tersebut berterusan.

💪 Jaga diri, kesihatan dan pembelajaran
Semua murid diseru agar terus memperbaiki disiplin, belajar dengan bersungguh-sungguh dan menjaga kesihatan, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

🏫 Hadir ke sekolah dan siapkan tugasan
Murid-murid diingatkan supaya sentiasa hadir ke sekolah, tidak lupa menyiapkan kerja rumah serta tidak mengganggu rakan-rakan lain ketika sesi pembelajaran berlangsung.

Turut berlangsung pada hari ini ialah Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan SRIHAKK 2026 yang telah disempurnakan oleh Ustaz Herwan bin Harun.

Majlis pelancaran dimeriahkan dengan gimik pelancaran, nyanyian lagu-lagu patriotik serta kibaran Jalur Gemilang oleh warga SRIHAKK sebagai tanda semangat cinta akan negara dan menyemarakkan jiwa patriotisme dalam kalangan murid.

Semoga pengisian perhimpunan pada hari ini menjadi peringatan dan panduan kepada semua murid untuk terus membina disiplin, menjaga adab, menghargai pendidikan serta menjadi insan yang baik dan bertanggungjawab.

Ayuh semarakkan Bulan Kebangsaan!
Kibarkan Jalur Gemilang, suburkan semangat patriotisme!








14 OGOS 2026 | JUMAATSETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHSekalung tahniah dan ucapan selamat atas pelantikan YBrs. Tuan Haji A...
13/08/2026

14 OGOS 2026 | JUMAAT
SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

Sekalung tahniah dan ucapan selamat atas pelantikan YBrs. Tuan Haji Abidin bin Haji Marjan sebagai Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, berkuat kuasa pada 17 Ogos 2026.

Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, YBrs. Tuan Haji terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam menerajui pendidikan Negeri Sabah ke arah yang lebih cemerlang, inklusif dan berimpak tinggi.

Seluruh warga Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan (SRIHAKK) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mendoakan agar YBrs. Tuan Haji terus sukses dalam melaksanakan amanah demi kecemerlangan pendidikan dan masa depan anak-anak Sabah.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah!






13 OGOS 2026 | KHAMISKARNIVAL STEM PPD BEAUFORT 2026STEM TALENT SHOWAlhamdulillah, selesai sudah STEM Talent Show sempen...
13/08/2026

13 OGOS 2026 | KHAMIS
KARNIVAL STEM PPD BEAUFORT 2026
STEM TALENT SHOW

Alhamdulillah, selesai sudah STEM Talent Show sempena Karnival STEM PPD Beaufort Tahun 2026 yang telah berlangsung pada hari ini di Dewan SMK St. Patrick.

Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan (SRIHAKK) berbesar hati diberi amanah sebagai pengelola pertandingan STEM Talent Show pada kali ini.

Seramai 13 pasukan duo berpasangan telah mengambil bahagian dengan menampilkan kreativiti, bakat dan idea yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan persembahan terbaik serta menunjukkan semangat dan kreativiti dalam bidang STEM.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini.

Tahniah semua!
STEM mencetuskan idea, kreativiti membina masa depan!






12 OGOS 2026 | RABUPERBINCANGAN PERSIAPAN MIISRA KONTINJEN BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2026Alhamduli...
13/08/2026

12 OGOS 2026 | RABU
PERBINCANGAN PERSIAPAN MIISRA KONTINJEN BAHAGIAN PEDALAMAN BAWAH PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Perbincangan Persiapan Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) secara rakaman bagi Kontinjen Bahagian Pedalaman Bawah, Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 pada:

📅 12 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ 9.15 pagi
📍 Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan (SRIHAKK)

Perbincangan ini melibatkan Ketua-Ketua Zon, Urus Setia yang dilantik serta Guru-Guru Pengiring bagi membincangkan persiapan, penyelarasan tugasan dan kelancaran pengurusan kontinjen Bahagian Pedalaman Bawah menjelang MIISRA Peringkat Negeri Sabah.

Lebih bermakna, Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan (SRIHAKK) telah dipilih sebagai lokasi rakaman bagi semua acara yang dipertandingkan sempena MIISRA Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026.

Pemilihan SRIHAKK sebagai lokasi rakaman ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang besar. Seluruh warga sekolah amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada usaha menjayakan pelaksanaan MIISRA secara rakaman di peringkat negeri.

Perbincangan telah dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Nasry bin Masih, Penyelia KAFA Daerah Membakut & Bongawan, dan turut dihadiri oleh Guru Besar Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan, Ustaz Musli bin Mail@Ismail, bersama para Ketua Zon, Urus Setia dan Guru Pengiring yang terlibat.

Semoga segala perancangan, persiapan dan kerjasama yang digerakkan bersama dipermudahkan serta dapat memastikan proses rakaman setiap acara berjalan dengan lancar dan teratur.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan amanah ini.

SRIHAKK — Melangkah Bersama, Menggalas Amanah, Menyemarakkan Kecemerlangan.








06 OGOS 2026 | KHAMISMAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN KRIKETMAJLIS SUKAN SEKOLAH SABAH 2026🏏 TAHNIAH PASUKAN MSSD BEAUFORT! 🥈S...
07/08/2026

06 OGOS 2026 | KHAMIS
MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN KRIKET
MAJLIS SUKAN SEKOLAH SABAH 2026

🏏 TAHNIAH PASUKAN MSSD BEAUFORT! 🥈

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Kriket MSSD Beaufort atas kejayaan muncul sebagai Naib Juara Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS Sabah) 2026.

Lebih membanggakan, tiga orang murid Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan (SRIHAKK) telah diberi kepercayaan mewakili Pasukan MSSD Beaufort dalam kejohanan berprestij ini, iaitu:

🏏 Ahmad Firdaus Zhafran bin K. Faizal
🏏 Muhammad Aisy Solihin bin Sambrih
🏏 Muhammad Zikri bin Mohd. Johari

Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada Ahmad Firdaus Zhafran bin K. Faizal yang telah dinobatkan sebagai Player of the Match dalam perlawanan menentang MSSD Sandakan. Pengiktirafan ini membuktikan kehebatan, kesungguhan dan bakat yang dimiliki.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga SRIHAKK untuk terus berusaha, berdisiplin dan berani mencipta kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.

Warga SRIHAKK amat berbangga dengan pencapaian anda semua. Teruskan melakar kejayaan demi agama, bangsa dan negara.

Tahniah, MSSD Beaufort! Tahniah, anak-anak SRIHAKK! 💚🤍








07 OGOS 2026 | JUMAATSESI PERHIMPUNAN MINGGUANAlhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Mingguan Sekolah Rendah Integ...
07/08/2026

07 OGOS 2026 | JUMAAT
SESI PERHIMPUNAN MINGGUAN

Alhamdulillah, telah berlangsung Perhimpunan Mingguan Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan (SRIHAKK) pada hari ini dalam suasana yang penuh tertib, teratur dan lancar.

Istimewanya, majlis perhimpunan minggu ini dikendalikan sepenuhnya oleh murid, sekali gus memberi peluang kepada mereka mengasah bakat kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak.

🎤 Pengerusi Majlis: Husnul Iftikhar bin Herwan
🇲🇾 Bacaan Ikrar: Iffah Aleesya binti Muhammad Jumat
🤲 Bacaan Doa: Ahmad Azhar Fateh bin Afzainizam

Perhimpunan dimulakan dengan ucapan guru bertugas sebelum diteruskan dengan amanat daripada Guru Besar, Ustaz Musli bin Mail@Ismail.

Dalam amanat beliau, Guru Besar mengingatkan murid-murid supaya membuat persediaan rapi menghadapi ujian dan peperiksaan khususnya Ujian Amali Solat dan PCHI untuk UPKK yang berlangsung ketika ini dan Ujian Sijil Rendah Ugama (SRU) serta Matrik Pembelajaran dengan sentiasa mengulang kaji pelajaran serta mengurus masa dengan baik.

Beliau turut menekankan kepentingan Matrik Pembelajaran sebagai panduan untuk murid mengenal pasti tahap penguasaan, memperbaiki kelemahan dan meningkatkan prestasi akademik secara berterusan.

Di samping itu, Guru Besar menyeru semua murid agar sentiasa fokus ketika berada di dalam kelas, memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran guru serta memanfaatkan setiap masa pembelajaran dengan sebaik-baiknya.

Turut berlangsung dalam perhimpunan ialah Majlis Penyampaian Hadiah kepada murid-murid SRIHAKK yang telah mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan dan kejohanan di peringkat daerah serta bahagian. Tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian yang membanggakan:

🏏 Kejohanan Kriket MSS Sabah 2026 (MSSD Beaufort)
🥈 Naib Juara

🏆 Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah (MIISRA) Peringkat Bahagian Pedalaman Bawah 2026
🥇 Juara Keseluruhan

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh murid SRIHAKK untuk terus berusaha, berdisiplin dan berani mencabar diri dalam pelbagai bidang. Semoga budaya kecemerlangan ini terus subur dan mengharumkan nama sekolah pada masa hadapan.

“Fokus Hari Ini, Kejayaan Esok.”








03 OGOS 2026 | ISNINKEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH SABAH (MSSS) 2026🏏 SELAMAT BERJUANG & SELAMAT MAJU JAYA 🏏Warga...
03/08/2026

03 OGOS 2026 | ISNIN
KEJOHANAN KRIKET MAJLIS SUKAN SEKOLAH SABAH (MSSS) 2026

🏏 SELAMAT BERJUANG & SELAMAT MAJU JAYA 🏏

Warga SRIHAKK merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Berjuang dan Selamat Maju Jaya kepada tiga orang murid yang telah diberi kepercayaan untuk mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort dalam Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2026.

🏏 Barisan pemain:
• Ahmad Firdaus Zhafran bin K. Faizal
• Muhammad Aisy Solihin bin Sambrih
• Muhammad Zikri bin Mohd Johari

📍 Maklumat Kejohanan:
📅 Tarikh: 3 hingga 6 Ogos 2026
📍 Tempat: SJKC Pei Yin, Membakut
🏏 Kejohanan: Kejohanan Kriket Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2026
👥 Mewakili: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort

Semoga anak-anak ini diberikan kekuatan, kesihatan yang baik, ketenangan dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Beraksi dengan penuh disiplin, keyakinan dan semangat kesukanan yang tinggi demi mengharumkan nama PPD Beaufort, sekolah serta keluarga.

Seluruh warga sekolah mendoakan agar kalian dipermudahkan segala urusan, diberikan kejayaan yang cemerlang serta memperoleh pengalaman berharga di pentas kejohanan negeri.

Teruskan berjuang, berikan yang terbaik dan bawa pulang kejayaan!

Selamat Berjuang! Selamat Maju Jaya!

01 OGOS 2026 | SABTUTEMUDUGA TERBUKA SRIHAKK BAGI KEMASUKAN MURID BAHARU SESI 2027Alhamdulillah, Temuduga Kemasukan Muri...
01/08/2026

01 OGOS 2026 | SABTU
TEMUDUGA TERBUKA SRIHAKK BAGI KEMASUKAN MURID BAHARU SESI 2027

Alhamdulillah, Temuduga Kemasukan Murid Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan (SRIHAKK) bagi Sesi Persekolahan 2027 telah berlangsung dengan lancar pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah hadir membawa anak-anak untuk mengikuti proses pemilihan kemasukan bagi Murid Tahun 1 serta murid Tahun 2 hingga Tahun 6.

Sepanjang sesi temuduga, para calon telah melalui beberapa penilaian yang merangkumi:
📝 Ujian Bertulis
📖 Bacaan Jawi
📚 Hafazan
📗 Ujian Membaca

Penilaian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti tahap penguasaan asas murid serta membantu pihak sekolah merancang pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan setiap murid.

Tahniah kepada semua calon yang telah menunjukkan keyakinan dan kesungguhan sepanjang sesi berlangsung. Semoga anak-anak terus cemerlang dalam menuntut ilmu dan menjadi generasi yang berilmu, beriman serta beramal.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada semua guru, jawatankuasa pelaksana serta ibu bapa yang telah memberikan kerjasama bagi memastikan perjalanan program ini berjalan dengan teratur dan lancar.

“Berilmu, Beriman, Beramal”

Address

Jalan Rancangan Mawao
Membakut
89728

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30

Telephone

+6087886140

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan Membakut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Integrasi Haji Khalia Khan Membakut:

Shortcuts

Share