SMK MATU

SMK MATU Namamu Kujunjung

16.08.2026Kuala LumpurYang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan, meraikan kedatang...
17/08/2026

16.08.2026
Kuala Lumpur

Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Johnie bin Haji Zawawi, Ahli Parlimen P.207 Igan, meraikan kedatangan seramai 22 pelajar SMK Matu yang mengadakan lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur dalam satu majlis jamuan makan malam di Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Kuala Lumpur. Rombongan tersebut turut diiringi tujuh orang guru termasuk Pengetua SMK Matu, Tuan Haji Shariff bin Umar.

Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSVYqTcRK/




Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang telah mewakili sekolah dalam Karnival ASAT Peringkat Negeri Sarawa...
17/08/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang telah mewakili sekolah dalam Karnival ASAT Peringkat Negeri Sarawak yang telah berlangsung di Sibu, Sarawak pada 3 hingga 5 Ogos 2026 dalam pertandingan Badminton, melibatkan seramai 2 orang peserta dengan bimbingan Cikgu Freda.
Keberanian anda untuk melangkah ke peringkat negeri, kesungguhan sepanjang pertandingan dan pengalaman yang diperoleh merupakan satu pencapaian yang amat bermakna. Terima kasih atas usaha, komitmen, disiplin dan semangat juang yang telah ditunjukkan oleh para pelajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada guru jurulatih, Cikgu Freda, atas segala bimbingan, tunjuk ajar, masa dan tenaga dalam mempersiapkan para peserta. Terima kasih kepada pihak sekolah atas sokongan dan peluang yang diberikan serta kepada ibu bapa atas doa, dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi.
Teruskan berlatih, teruskan berusaha dan jangan pernah berputus asa. Setiap pengalaman adalah langkah menuju kejayaan. Hari ini mungkin penyertaan, tetapi dengan usaha dan semangat yang berterusan, kejayaan yang lebih besar pasti menanti. Teruskan semangat dan usaha yang luar biasa!

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PESERTA KARNIVAL SEMARAK BAHASA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026Setinggi-tinggi tahniah dan syabas ...
17/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PESERTA KARNIVAL SEMARAK BAHASA PERINGKAT NEGERI TAHUN 2026
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang pelajar SMK Matu yang telah mengambil bahagian dalam Karnival Semarak Bahasa Peringkat Negeri Tahun 2026 yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada 3 hingga 7 Ogos 2026.
Pelajar telah menyertai tiga pertandingan, iaitu Scrabble, Dare to Spell dan Public Speaking. Penyertaan ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna serta membuktikan keberanian, keyakinan dan kesungguhan pelajar dalam mengembangkan potensi diri.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pelajar atas usaha, komitmen dan semangat yang telah dicurahkan sepanjang menyertai pertandingan. Keberanian untuk mencuba dan membawa nama sekolah ke peringkat negeri merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada barisan jurulatih, Miss Stella, Miss Farhana dan Sir Marco, atas segala bimbingan, tunjuk ajar, masa dan komitmen dalam mempersiapkan para pelajar menghadapi pertandingan.
Penghargaan juga diberikan kepada pihak sekolah atas sokongan yang berterusan dalam menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat serta menyerlahkan potensi masing-masing. Tidak dilupakan, setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa atas sokongan, doa dan dorongan yang sentiasa menjadi sumber kekuatan kepada anak-anak.
Setiap langkah, cabaran dan pengalaman yang dilalui merupakan sebahagian daripada proses membina keyakinan, kemahiran dan jati diri.
Teruskan semangat dan usaha yang luar biasa! Jangan pernah takut untuk mencuba, jangan mudah berputus asa dan terus percaya kepada kemampuan diri. Jadikan pengalaman ini sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
ANDA MUNGKIN BELUM MENANG HARI INI, NAMUN ANDA TELAH MENANG DALAM KEBERANIAN UNTUK MENCUBA.
Teruskan melangkah, teruskan berusaha dan teruskan mengharumkan nama SMK Matu!
Syabas dan tahniah kepada semua!

🔥TAHNIAH & SYABAS🔥~Usaha tangga kejayaan~Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, kom...
31/07/2026

🔥TAHNIAH & SYABAS🔥

~Usaha tangga kejayaan~

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, komitmen serta kerjasama erat antara para pemain dan semua yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi! Teruskan melakar kejayaan.

🔥TAHNIAH & SYABAS🔥KARNIVAL SENI DAN SUKAN ASRAMA SEKOLAHHARIAN KPM PERINGKAT DAERAH DAROKejayaan ini merupakan hasil dar...
26/07/2026

🔥TAHNIAH & SYABAS🔥

KARNIVAL SENI DAN SUKAN ASRAMA SEKOLAH
HARIAN KPM PERINGKAT DAERAH DARO

Kejayaan ini merupakan hasil daripada semangat juang yang tinggi, disiplin, komitmen serta kerjasama erat antara para pemain dan semua yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi! Teruskan melakar kejayaan.

🔥Tahniah & Syabas!🔥KARNIVAL BAHASA MELAYU TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH DAROKejayaan ini adalah bukti kepada usaha keras, ...
24/07/2026

🔥Tahniah & Syabas!🔥

KARNIVAL BAHASA MELAYU TAHUN 2026 PERINGKAT DAERAH DARO

Kejayaan ini adalah bukti kepada usaha keras, keyakinan diri, serta latihan berterusan yang telah diberikan oleh semua yang terlibat. Kami berbangga dengan pencapaian cemerlang semua.

Terima kasih juga diucapkan kepada barisan jurulatih/guru pembimbing, ibu bapa dan pihak sekolah atas sokongan, didikan, serta dorongan yang tidak berbelah bahagi sehingga kejayaan ini menjadi milik mereka.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju, cemerlang di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH DARO 2026TARIKH: 21 JULAI 2026TEMPAT: SMK SEMOPTahniah diucapkan kepada semua ...
22/07/2026

KARNIVAL BAHASA INGGERIS
PERINGKAT DAERAH DARO 2026
TARIKH: 21 JULAI 2026
TEMPAT: SMK SEMOP

Tahniah diucapkan kepada semua peserta!

Terima kasih kepada jurulatih/guru pembimbing yang tidak pernah penat melatin dan memberi tunjuk ajar kepada wakil sekolah sehingga mencipta kejayaan ini.
Terima kasih juga kepada pihak sekolah yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan sepanjang karnival ini.

📢 MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2025 & KARNIVAL KERJAYA SPM 🗓️ 31 MAC 2026/SELASA⏰ 0900AM-1200 PM📍DEWAN AULA INSP...
29/03/2026

📢 MAJLIS PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SPM 2025 & KARNIVAL KERJAYA SPM

🗓️ 31 MAC 2026/SELASA
⏰ 0900AM-1200 PM
📍DEWAN AULA INSPIRASI,SMK MATU

🌙 PROGRAM BAKUL KASIH RAMADAN – SMK MATU 🌙  Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sempena bulan Ramadan yang penuh keberka...
12/03/2026

🌙 PROGRAM BAKUL KASIH RAMADAN – SMK MATU 🌙

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, pihak sekolah akan mengadakan Program Bakul Kasih Ramadan bagi berkongsi rezeki melalui agihan juadah berbuka (Bubur Lambuk) kepada komuniti setempat.

đź“… Tarikh: 22 Ramadan 1447 / 12 Mac 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2:30 petang – 3:30 petang
📍 Tempat: Pintu Masuk Sekolah SMK Matu

Semoga program ini dapat memupuk semangat berkongsi rezeki, kasih sayang dan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat.

Semua dijemput hadir.
Jumpa anda di sana! 🤝✨

Kejohanan Merentas Desa MSSB MukahTarikh: 06.12.2025 (Sabtu)Tempat : SMK Three Rivers MukahPencapaian:➡️ L14TKB1. Mohd S...
08/12/2025

Kejohanan Merentas Desa MSSB Mukah
Tarikh: 06.12.2025 (Sabtu)
Tempat : SMK Three Rivers Mukah

Pencapaian:

➡️ L14TKB

1. Mohd Syamir Bin Osman
Tempat ke - 2

2. Muhammad Dhani Bin Anton
Tempat Ke - 5

3. 🏆 Tempat ke- 2 berkumpulan L14



➡️ L16TKB

1. Alif Izuddin bin Ismail
Tempat ke - 3

2. Mohammad Haikal Bin Mudawari
Tempat ke - 12

➡️ P16TKB

1. Nurlela Anton Bin Abdullah
Tempat ke - 4

🎉Tahniah kepada 4 orang atlet SMK Matu yang bakal mewakili MSSB Mukah ke peringkat Negeri Sarawak.

1.Mohd Syamir Bin Osman
2.Muhammad Dhani Bin Anton
3.Alif Izuddin bin Ismail
4.Nurlela Anton Bin Abdullah

Pihak sekolah turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan kejohanan ini. Sokongan anda semua menjadi pendorong utama kejayaan pasukan.

Address

Kpg. Sekaan
Matu
96250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK MATU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK MATU:

Shortcuts

Share

Category