09/08/2026
Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SK Kg Pergau 2026
π
Tarikh: 7 β 9 Ogos 2026 (Jumaat β Ahad)
π Tempat: Rangkesao, Matu
Seramai 44 orang murid telah menyertai perkhemahan ini dengan penuh semangat. Aktiviti yang dijalankan termasuklah ikatan dan simpulan, pembinaan gajet, latihan kawad kaki, larian berhalangan serta persembahan malam kebudayaan yang penuh warna-warni.
Majlis penutupan telah diserikan dengan kehadiran:
- YB Tuan Hj Ahmad Johnie bin Hj Zawawi (Ahli Parlimen P207 Igan)
- En Dahlan bin Pamuda (Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Daro)
- En Rody bin Bujang (Penolong Pegawai PPD, Sektor Pengurusan Sekolah, Unit Swasta)
- En Ramzi bin Junai (Guru Besar SK Orang Kaya Muda Pakeri Paloh)
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Sri Haji Wahab bin Hj Dolah atas tajaan dan sumbangan yang membolehkan program perkhemahan ini dilaksanakan dengan jayanya.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ahli Exco PIBG, ahli PIBG serta semua warga sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan perkhemahan ini.
Tahniah kepada semua peserta dan guru, guru KAFA serta AKP yang terlibat! πΏπͺβ¨