SK Bruan Mapal , Matu

SK Bruan Mapal , Matu Sekolah Kebangsaan Bruan Mapal
96250 Matu , Sarawak

Terima kasih diucapkan kepada YB Ahmad Johnie bin Haji Zawawi atas pemberian duit raya serta sumbangan bagi pembinaan De...
13/08/2026

Terima kasih diucapkan kepada YB Ahmad Johnie bin Haji Zawawi atas pemberian duit raya serta sumbangan bagi pembinaan Dewan Terbuka untuk warga SKBM. Semoga segala jasa, keprihatinan dan sumbangan YB menjadi manfaat kepada seluruh warga sekolah

AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN SEPANJANG BULAN KEMERDEKAANPelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi menyemarakkan se...
13/08/2026

AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN SEPANJANG BULAN KEMERDEKAAN

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme, memupuk perpaduan serta menyemai rasa cinta akan negara dalam kalangan murid.

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN.Sekitar kemeriahan Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan yang ...
12/08/2026

🎨 PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN.

Sekitar kemeriahan Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan yang telah berlangsung pada 12 Ogos 2026, jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah mengambil bahagian! πŸ‘πŸŒŸ Kreativiti, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan.

Semoga aktiviti seperti ini dapat menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk rasa cinta akan negara dalam kalangan pelajar.

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah SK Bruan 2026 telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2026. Majlis ini dia...
12/08/2026

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah SK Bruan 2026 telah dilaksanakan pada 11 Ogos 2026. Majlis ini diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan warga sekolah sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Warga SK Bruan Mapal dengan penuh rasa hormat dan sukacita mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baharu, Encik Hakiman Bin...
21/07/2026

Warga SK Bruan Mapal dengan penuh rasa hormat dan sukacita mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baharu, Encik Hakiman Bin Sahari.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian meneruskan amanah kepimpinan di sekolah ini. Semoga dengan pengalaman, kebijaksanaan dan komitmen yang dibawa, SK Bruan Mapal akan terus melakar kejayaan serta mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Kami warga sekolah amat mengalu-alukan kepimpinan tuan dan berharap agar kita dapat berganding bahu membina sebuah komuniti pendidikan yang lebih cemerlang, harmoni dan berdaya saing.

We wish you great success in leading SK Bruan Mapal to greater heights.πŸ’ͺ🏻πŸ”₯


Hari: KhamisTarikh: 16 Julai 2026Tempat: Dewan Sk Bruan MapalPengagihan Duit Kwamp Sk Bruan Mapal 2026
17/07/2026

Hari: Khamis
Tarikh: 16 Julai 2026
Tempat: Dewan Sk Bruan Mapal
Pengagihan Duit Kwamp Sk Bruan Mapal 2026

TAHNIAH DAN SYABAS!πŸ†Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid Prasekolah SK Bruan Mapal atas pencapaian cemer...
15/07/2026

TAHNIAH DAN SYABAS!πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada murid-murid Prasekolah SK Bruan Mapal atas pencapaian cemerlang dalam Karnival Prasekolah Peringkat Zon Tanjung Jol 2026 yang telah berlangsung pada 16 Jun 2026 di SK Orang Kaya Selair, Matu.

Murid yang telah mengharumkan nama sekolah ialah:

🏐 Bola Jaring
🌟 Ainul Mardhiah Ismaily Binti Ramli

⚽ Futsal
🌟 Muhammad Afif Harris Bin Mohd. Saufie
🌟 Muhammad Mikail Bin Abdullah
🌟 Mikhail Darwish Bin Mohamad Basri
🌟 Iqmal Haizul Bin Faizal

Bagi kedua-dua acara sukan ini, murid-murid Prasekolah SK Bruan Mapal telah bergabung bersama murid-murid Prasekolah SK Kuala Matu bagi membentuk pasukan yang mewakili zon.

Alhamdulillah, pasukan bola jaring dan futsal berjaya memperoleh Naib Johan dalam pertandingan yang dipertandingkan.

Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid atas semangat juang, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan. Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada guru-guru pembimbing serta ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sukan.

Tahniah dan syabas!πŸŒŸπŸ‘


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada adik NUR SYAZANI BINTI ZULKERNAIN NURUL ZAARA AMIERAH BINTI RANI ata...
15/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada adik

NUR SYAZANI BINTI ZULKERNAIN
NURUL ZAARA AMIERAH BINTI RANI

atas penghormatan mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Jaring Bawah 12 Tahun (12TKB) Peringkat Bahagian Mukah 2026 yang telah berlangsung pada 24–25 Jun 2026 di Stadium Perpaduan Dalat.

Bukan sekadar mengejar kemenangan, tetapi membina keberanian, mengukir pengalaman dan membawa nama sekolah dengan penuh kebanggaan. Setiap usaha, setiap peluh dan setiap pengorbanan adalah langkah menuju kejayaan yang lebih gemilang.

Semoga terus bersemangat, kekal berdisiplin dan melangkah lebih jauh dalam arena sukan. Teruskan bersinar dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain πŸ’ͺ🏻πŸ”₯


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mohammad Rafiq Sazirin bin Mahmud atas kejayaan mewakili sekolah dalam Kejohana...
15/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Mohammad Rafiq Sazirin bin Mahmud atas kejayaan mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Sepak MSSB Mukah 2026 yang telah berlangsung di SK DPM Oya pada 1–2 Julai 2026.

Penyertaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti hasil usaha, disiplin serta semangat juang yang tinggi. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Seluruh warga sekolah mengucapkan syabas dan tahniah. Teruskan berusaha, kekalkan semangat, dan jadilah inspirasi kepada rakan-rakan yang lain πŸ’ͺ🏻πŸ”₯.


Address

SK Bruan Mapal
Matu
96250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Bruan Mapal , Matu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category