SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab

SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab BUKAN OFFICIAL PAGE SMKA SHOAW Pada peringkat ini, hanya aliran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diwujudkan.

SMK A SHEIKH HAJI OTHMAN ABDUL WAHAB (SHOAW)
Sekolah ini dimulakan pada tahun 1976 yang ketika itu menumpang di Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Kuching No. 2 di Bintawa. Pada Januari 3, 1977, sekolah ini telah dipindakan ke tapaknya yang tersendiri di Batu 14 Jalan Matang, Kuching. Pada waktu tersebut, nama sekolah ini telah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Matang. Setahun kemudian, ia

itu pada tarikh 29 Mei 1978, nama sekolah telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kerajaan Agama Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Proses untuk memulakan pengajian aliran agama bermula sebelum nama sekolah ini ditukar daripada SMK Matang kepada SMK Sheikh Haji Othman. Pada waktu itu, iaitu pada tahun 1977, selepas mendiami tapak kekalnya, dua buah kelas aliran agama tingkatan satu telah dibuka secara rasmi oleh Yang berhormat Tuan haji Salleh Jafarudin, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Pembukaan kelas aliran agam telah membolehkan sekolah ini mewujudkan tiga aliran iaitu aliran Bahasa Melayu, aliran Bahasa Inggeris dan aliran agama. Bersesuaian dengan penubuhan kelas agama tersebut, nam sekolah telah ditukar kepada SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab. Pembukaan rasmi tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar, Menteri Pelajaran ketika itu. Perubahan nama tersebut membawa pengertian yang besar kerana buat pertama kalinya negeri Sarawak mendapat sebuah sekolah aliran agama. Kewujudan sekolah ini, pada waktu tersebut, memberi kesempatan penduduk seluruh Sarawak menghantar anak-anak mereka mendalami pengajian agama islam. Pembukaan tersebut membuka lembaran baru kerana SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab akan memberi laluan kepada penubhan lebih banyak sekolah agama di Sarawak dan sekaligus meningkatkan proses penyebaran agama islam di Sarawak. NamaSheikh Haji Othman dipilih sebagai penghormatan kerana beliau menjadi ulama Sarawak yang berketrampilan. Beliau bukan sahaja mendapat pendidikan asas di Masjidil Haram, Makkah, seterusnya menjadi tenaga pengajar di masjid tersebut; penghargaan yang bukan kecil bagi seorang melayu dari rantau Asia Tenggara. Peranan beliau juga adalah begitu besar dalam tranformasi sosial di alam melayu apabila mampu melahirkan ramai tokoh ulama terkenal seperti Dr. Abdul Karim Amrullah (Buya HAMKA) dan Abdullah Fahim (Datuk kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi). Pertambahan kelas aliran agama semakin nyata pada tahun-tahun berikutnya. Pada tahun 1979, enam buah kelas tingkatan satu diadakan. Pelajar-pelajar aliran agama ini telah menduduki peperiksaan SRP pada tahun 1979 dan SPM pada tahun 1981. pada tahun 1987 kumpulan pertama pelajar sekolah ini telah mengikuti pelajaran mereka ke peringkat universiti dan telah menampakkan hasilnya pada tahun 1987. Pada peringkat awalnya, kemudahan asas di sekolah ini amat berkurangan. Kemudahan asas seperti air dan letrik tidak dibekalkan dan sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan asrama lelaki dan sebuah lagi untuk perempuan. Semua pelajar ketika itu diberi biasiswa tempatan dan buku teks secara percuma, malah bayaran untuk makanan dan yuran sekolah juga tidak dikenakan.

01/11/2020

Assalamualaikum. Moga semua dalam lindungan Allah selalu. Moga dijauhkan dari wabak penyakit Covid. Amiin

Dimaklumkan page ini bukan page Official SMKA SHOAW yang baru. Pagi ini dilahirkan oleh pelajar SHOAW ataupun Alumni semasa menuntut di SMKA SHOAW dahulu. Dan masih dikekalkan kerana banyak momen dan kenangan di tapak SMKA SHOAW yang lama.

Buat makluman semua, untuk urusan rasmi berkaitan sekolah boleh terus ke page rasmi. Page rasmi SMKA SHOAW sekarang adalah SMKA SHEIKH HJ OTHMAN ABDUL WAHAB TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB.

04/11/2017

Assalamu'alaikum.

Makluman awal untuk ibubapa serta murid2 yang memohon *online* kemasukan ke SMKA Sheikh Hj Othman Abdul Wahab

Sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Saringan Hafazan (USH) / Interview kemasukan ke SMKA SHOAW (TMUA) akan diadakan pada :

Tarikh :

1⃣ *11 / Nov 2017* (Calon2 dari Daerah Kuching/ Bau/ Lundu/ Serian/ Samarahan/ Simunjan)

2⃣ *17/ Nov 2017*
(Calon2 dari Daerah Sri Aman/ Saratok/ Sarikei/ Sibu/ Mukah/ Miri/ Bintulu/ Limbang/ Lawas)

3⃣ *18/ Nov 2017 (masa -- 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari sahaja)*
(Calon2 Walk-In ~ jika ada)

Tempat : *SMKA Sheikh Hj Othman Abd Wahab, Taman Matang Jaya, Matang Jaya, Kuching.*

*Tentatif ~*

⏩ 07:30 pagi : Pendaftaran

⏩ Ujian Bertulis Jawi

⏩ Ujian Saringan Hafazan *(Tilawah dan Hafazan Ayat2 dari mana2 juzuk yg akan ditentukan oleh Panel. Calon akan diminta untuk menghafaz ayat2 dalam tempoh 10 minit sebelum memperdengarkan hafazan calon kepada panel)*

*semua murid yang m engisi online dikehendaki (wajib) hadir sesi temuduga. Sesi2 temuduga/USH akan ditentukan semasa pendaftaran*.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi pihak SMKA SHOAW di talian 082648053 atau Ustazah Ramona (Sektor Pendidikan Islam, JPNS) di talian 082473755.

Terima kasih atas perhatian dan tindakan tuan/puan.

Ulangtahun 40 tahun SHOAW 3RD GRAND REUNION Alumni  SHOAW ( AL Shaikh ) pada :Tarikh : 2 disember 2017Tempat : Balai Mer...
16/10/2017

Ulangtahun 40 tahun SHOAW
3RD GRAND REUNION
Alumni SHOAW ( AL Shaikh ) pada :

Tarikh : 2 disember 2017
Tempat : Balai Merdeka
Merdeka Palace .
Jam : 7.30 malam
Harga tiket : rm100 seorang / rm1000 semeja.

Sila whatsapp :
0138010993 ( Awg Putra )
01119387183 ( Suhardi Edward )
0198864799 ( Taib Hj Kipli )

Al fatihah Buat sesiapa yang mengenali Mohd Syaiful Bin Sabo, pelajar tingkatan 6 Atas Al Ghazali SMKA SHOAW (2016). Bel...
20/08/2016

Al fatihah Buat sesiapa yang mengenali Mohd Syaiful Bin Sabo, pelajar tingkatan 6 Atas Al Ghazali SMKA SHOAW (2016).
Beliau telah kembali kerahmatullah pada petang semalam (Jumaat, 19 Ogos 2016) akibat kemalangan jalan raya.
Moga Allah tempatkan beliau bersama orang yang beriman, dan ahli syurga. Beliau antara salah seorang pelajar yang sangat ceria & peramah dengan guru guru.
Moga ditempatkan bersama yg soleh inshaaAllah.

Mohd Syaiful bin Sabo. 1997-2016

Kenangan Bumi SHOAW Photo Dari: Ustaz Akram Zaki
29/07/2016

Kenangan Bumi SHOAW

Photo Dari: Ustaz Akram Zaki

Always ♥️
28/07/2016

Always ♥️

Allahu. Ayuh muhasabah diri. Moga Allah terima setiap amalan kita
21/07/2016

Allahu. Ayuh muhasabah diri. Moga Allah terima setiap amalan kita

Assalamualaikum. Dimaklumkan bekas pelajar SMKA SHOAW (2007-2011) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi akibat sakit...
13/07/2016

Assalamualaikum. Dimaklumkan bekas pelajar SMKA SHOAW (2007-2011) telah kembali kerahmatullah sebentar tadi akibat sakit jantung. Semoga Ditempatkan bersama org soleh inshaaAllah

Al Fatihah Mohd Firdhaus Bin Morni 1994-2016

22/06/2016

Al fatihah. Mendapat khabar berita ayahanda salah seorang bekas pelajar SMKA SHOAW (mohd syakirin) meninggal dunia jam 1 pagi tadi. Al fatihah. Moga rohnya d cucuri rahmat dan semoga ahli keluarga tabah dalam menjalani ujian dari Allah swt. Al fatihah

15/06/2016

Terfikirkah kita. Kadang2, doa kedua ibu bapa lama2 atas sejadah, bukan untuk diri mereka. Tapi untuk diri kita. Pernah kah kita fikir? Pernah? Masa yg ada bersama mak ayah, jangan sia siakan.

15/06/2016

Ibu & Ayah mana yg tak gembira hantar anak anak ke sekolah agama. Tapi, cuba fikir balik. Apa anak anak buat disekolah? Adakah sama seperti apa yang mereka harapkan? Sedih. Sedih. Allah. Dah akhir baligh. Umur dah 20+. Tapi ada lagi yang benci mak. Ada lagi yang benci ayah. Pernah ke fikir? Cuba bayangkan muka mak ayah sekarang. Muka mak ayah yang sangat letih. SANGAT LETIH. Allah. Walaupun letih, mak ayah tetap masih mampu beri senyuman manis buat anak2. Masih ingin berusaha untuk sara anak anak. Pernah fikir? Lawan mak ayah lagi?. Dahlah mak ayah mengandungkan adik2 9 BULAN. 9 BULAN!! Masih melawan mak ayah? Masih derhaka? Muhasabah diri. Mak ayah tak pernah tolak permintaan kita. TAK PERNAH! Sebab apa? Sebab SAYANG! Pernah ke fikir? Allah. Tapi sayang. Masih ada anak anak yg BENCI mak ayah! Masih melawan! Masih malas buat kerja rumah! 24 jam dengan HANDPHONE! Sedih. Pernahkah fikir kerinduan mak ayah kita terhadap kita yang belajar jauh dari kita? Anak2 yang belajar di asrama? Pernah fikir? Muhasabah diri. Moga jadi anak soleh. Sayang mak ayah. Maaf andai ada salah silap 😘

Dari fb: mohammed Aiman loy

Address

Matang
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category