SMK Sungai Udang,Melaka

SMK Sungai Udang,Melaka Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

Dengan pertumbuhan taman-taman perumahan serta kem tentera di sekitar Sungai Udang , Sebuah sekolah menengah dirasakan perlu ditubuhkan memandangkan sekolah yang berhampirang tidak dapat memenuhi keperluan pelajar yang semakin bertambah dari setahun ke setahun. Pada April 1981 terdirilah sebuah sekolah yang dinamaknan Sekolah Menengah Sungai Udang sempena nama kawasan itu sendiri . Kedudukannya ya

ng strategik iaitu terletak dipersimpangan Jalan Sungai Udang Bertama Ulu dan laluan ke Masjid Tanah memudahkan penduduk disekitar kawasan itu untuk menghantar anak mereka ke sekolah ini . Pengetua pertama sekolah ini ialah Tn.Hj.Joned bin Mohd Said. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya mempunya 4 buah kelas iaitu 2 Kelas Peralihan dan 2 Kelas Tingkatan satu dengan Jumlah 93 murid , guru seramai 9 orang dan pekerja 5o rang . Tetapi pada hari ini Jumlah kelas telah bertambah kepada 30 buah kelas dengan 716 orang murid , 62 orang guru dan 10 orang kakitangan bukan guru . Antara perubahan yang berlaku pada hari ni ialah wujudnya kelas MPV Dadanan Rambut dan Rekacipta tanda , Kelas Pendidikan Khas dan juga kelas Sains Tulia Serta Sains Sukan. Buat pertama kalinya pada tahun 1982 pelajar-pelajar sekolah ini telah memduduki peperiksaan SRP dengan keputusan terbaik ialah pada tahun 1988 dengan 80.2 peratus . Sementara peperiksaan PMR dengan keputusan terbaik pada tahun 2007 iaitu 55.5 peratus . Sebuah Makmal Komputer telah didirikan apabila kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan sebanyak 20 buah komputer pada tahun 1996 . Ini merupakan dasa baru dalam pendidikan dan pembelajaran berasaskan koputer dijalankan di sekolah ini . Sehingga tahun 2007 pelbagan kejayaan telah berjaya dicapai oleh Badan Beruniform , permainan mahupun persatuan sekolah ini baik di peringkat kawasan , negeri mahupun kebangsaan .

Syabas dan tahniah buat warga SMK Sungai Udang (SMKSU) kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat...
22/07/2026

Syabas dan tahniah buat warga SMK Sungai Udang (SMKSU) kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dalam Kejohanan Petanque ANGKASA Koperasi Negeri Melaka 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan pentadbir, semua guru penasihat, jurulatih, ibu bapa serta semua yang sentiasa memberi sokongan dan mendoakan kejayaan pasukan Boules (Petanque) SMKSU.

Pencapaian pasukan:
πŸ₯ˆ Naib Johan Kategori Lelaki
πŸ₯‰ Tempat Ketiga Kategori Perempuan
πŸŽ–οΈ Tempat Kelapan Kategori Perempuan

Alhamdulillah, ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan kepada semua atlet dan murid untuk terus berusaha serta mengharumkan nama sekolah, negeri dan negara pada masa akan datang.

20–21 Julai 2026

Pada 2/7/2026 telah berlangsung Pertandingan Bola Baling Peringkat MSS Daerah Alor Gajah bertempat di SMK Durian Tunggal...
03/07/2026

Pada 2/7/2026 telah berlangsung Pertandingan Bola Baling Peringkat MSS Daerah Alor Gajah bertempat di SMK Durian Tunggal.

Dengan semangat juang yang tinggi Alhamdullilah pasukan perempuan berjaya mendapat Johan dalam pertandingan bola baling.

Warga SMK SUNGAI UDANG mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kejayaan tersebut.

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga **SMK Sungai Udang** merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah C...
03/06/2026

Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga **SMK Sungai Udang** merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Cikgu Ku Nor Nasirah Binti Ku Ariffin atas pemergian beliau pada pagi ini akibat kanser.

Sesungguhnya pemergian seorang pendidik yang berdedikasi merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, rakan-rakan guru, murid-murid serta seluruh warga sekolah. Jasa, pengorbanan dan ilmu yang telah dicurahkan oleh Allahyarhamah akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa beliau, menerima segala amal kebajikan yang telah dilakukan serta menempatkan Allahyarhamah dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Semoga keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

**Al-Fatihah.**

*"Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali."* (Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un)

" Program Road to Success " telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk memberi perkongsian i...
22/05/2026

" Program Road to Success " telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk memberi perkongsian ilmu dan pengalaman oleh Alumni SMKSU yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM 2025 kepada murid tingkatan 4 dan 5. Program ini juga diadakan bagi menyuntik semangat dan motivasi murid untuk terus berjaya.

Pertandingan tarian peringkat negeri melaka Alhamdulillah kedudukan pertandingan tarian peringkat negeri melakaTrio - te...
20/05/2026

Pertandingan tarian peringkat negeri melaka

Alhamdulillah kedudukan pertandingan tarian peringkat negeri melaka

Trio - tempat ke 11 daripada 15 kumpulan

Rampaian - tempat ke 7 daripada 18 kumpulan

KARNIVAL EXTRAVAGANZA PERTANDINGAN STEM &TVET 2026 Tarikh: 20 Mei 20261.NEXT GEN INNOVATION SHOWCASE (KATEGORI MURID)-Te...
20/05/2026

KARNIVAL EXTRAVAGANZA PERTANDINGAN STEM &TVET 2026

Tarikh: 20 Mei 2026

1.NEXT GEN INNOVATION SHOWCASE (KATEGORI MURID)
-Tempat ke-3

2.PEN 3D TECHCRAFT CHALLENGE
-Tempat ke-3

3.TOOTHPICK CHALLENGE
-Tempat ke -5

Alhamdulillah, Nur Balqishah bt Badrulhisham (5 Sains) telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan public s...
19/05/2026

Alhamdulillah, Nur Balqishah bt Badrulhisham (5 Sains) telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan public speaking peringkat daerah alor gajahπŸ‘πŸ‘πŸ‘

Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang kali ke 43 tahun 2026
14/05/2026

Mesyuarat Agung PIBG SMK Sungai Udang kali ke 43 tahun 2026

πŸ“’ [PENGUMUMAN RASMI] KEPUTUSAN PERINGKAT KELAYAKAN MYRC 2026 πŸ“’Pihak penganjur My Robotic Challenge (MYRC) 2026 dengan in...
14/05/2026

πŸ“’ [PENGUMUMAN RASMI] KEPUTUSAN PERINGKAT KELAYAKAN MYRC 2026 πŸ“’

Pihak penganjur My Robotic Challenge (MYRC) 2026 dengan ini mengumumkan keputusan rasmi bagi Peringkat Kelayakan bagi kesemua lapan (8) kategori yang dipertandingkan:

πŸ€– Reka Edukit
β€’ Sekolah Rendah
β€’ Sekolah Menengah
β€’ Sekolah Rendah MBPK
β€’ Sekolah Menengah MBPK

πŸ•ΉοΈ Mikrobotik
β€’ Sekolah Rendah
β€’ Sekolah Menengah

🧠 AiRobotik
β€’ Sekolah Rendah
β€’ Sekolah Menengah

πŸ† TAHNIAH & SYABAS

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Teruskan usaha anda di Peringkat Akhir MYRC 2026.

Kepada pasukan yang belum berjaya, hargai pengalaman yang ditimba dan teruskan usaha dalam bidang robotik di masa hadapan. Setiap langkah adalah satu kemajuan ke arah kejayaan dan jangan berputus asa.

πŸ” SEMAKAN KEPUTUSAN

Sila semak keputusan penuh melalui pautan rasmi di bawah:
🌐 Laman Rasmi MYRC 2026: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/myrc2026
πŸ“² Facebook STEMinMe: https://www.facebook.com/steminme/

Tahniah diucapkan kepada pasukan sofbol SMKSU yang telah berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori lelaki dan perempuan ...
14/05/2026

Tahniah diucapkan kepada pasukan sofbol SMKSU yang telah berjaya mendapat Naib Johan bagi kategori lelaki dan perempuan di Kejohanan Sofbol peringkat negeri Melaka tahun 2026.

Address

Masjid Tanah
75460

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063512132

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Sungai Udang,Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Sungai Udang,Melaka:

Shortcuts

Share

Category