PIBG SMTAQ Al-Abqari

PIBG SMTAQ Al-Abqari Persatuan Ibubapa dan guru Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari, Tg. Bidara, Melaka.

Perginya sebutir Permata ABQARI..Semoga Allah mengampuni segala dosa Almarhum Cikgu Azmi bin Ismail..Didoakan semoga All...
10/04/2026

Perginya sebutir Permata ABQARI..Semoga Allah mengampuni segala dosa Almarhum Cikgu Azmi bin Ismail..Didoakan semoga Allah merahmati dan menempatkan Almarhum dalam kalangan mereka yang beriman.. PIBG ABQARI kehilangan seorang AJK yang sangat komited dalam menjalankan tugas..Takziah buat ahli keluarga. Alfatihah

Assalamualaikum

Dukacita dimaklumkan, Cikgu Azmi bin Ismail tenaga pengajar SMTAQ (JAIM) AL-ABQARI telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi tadi.

Mohon sedekahkan Al-Fatihah dan Doakan beliau.

اللهم اغفرله و ارحمه و عافه واعف عنه

Alhamdulillah!!!! Kebanggaan Ibu & Ayah..Permata ABQARI.. anak-anak pelajar Tingkatan 5...Usaha berbalas akhirnya..KALIA...
31/03/2026

Alhamdulillah!!!! Kebanggaan Ibu & Ayah..Permata ABQARI.. anak-anak pelajar Tingkatan 5...Usaha berbalas akhirnya..KALIAN HEBAT!!!! Moga terus bersinar di masa depan anak-anak.. TAHNIAH BATCH SPM 2025!!!!

TAHNIAH & SYABAS!

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya, Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari telah mencapai kecemerlangan dalam keputusan SPM 2025. Gred Purata Sekolah (GPS) telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara, iaitu pada Kadar 2.03, berbanding catatan pada tahun sebelumnya, 2.67

Sekalung tahniah dan penghargaan buat seluruh calon SPM 2025 atas usaha gigih, kesungguhan dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Kejayaan ini adalah bukti bahawa usaha yang disertai doa dan tawakkal pasti membuahkan hasil yang membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus melakar kecemerlangan di masa hadapan serta menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Kejayaan adalah milik mereka yang berusaha, bersabar dan tidak pernah berhenti berharap kepada Allah.”






Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
Bahagian Pendidikan JAIM

20/03/2026

UCAPAN SALAM AIDILFITRI DARIPADA YANG DIPERTUA PERSATUAN IBUBAPA & GURU SMTAQ (JAIM) AL-ABQARI, YBRS PUAN MARLINA BINTI OMAR.

تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال كل عام وانتم بالخير

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin atas segala salah dan silap.
Semoga hari raya ini dipenuhi dengan kegembiraan, kasih sayang dan kenangan indah bersama keluarga tercinta

Salam Aidilfitri buat semua warga ABQARI

IKHLAS DARIPADA SELURUH AJK PIBG ABQARI


20/03/2026
𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗜𝗕𝗚 𝗔𝗕𝗤𝗔𝗥𝗜 : 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗣𝗔𝗜𝗧𝗔𝗛 2026PIBG Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-A...
20/03/2026

𝗟𝗘𝗡𝗦𝗔 𝗣𝗜𝗕𝗚 𝗔𝗕𝗤𝗔𝗥𝗜 : 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 & 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗠𝗜𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗣𝗔𝗜𝗧𝗔𝗛 2026

PIBG Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah dibawah seliaan Unit PAITAH atas penganjuran Majlis Khatam Tadarus Al-Quran Ramadan Abqari, Penutup Minggu PAITAH dan Sumbangan Aidilfitri bagi sesi 1447H/2026M.

Sesungguhnya program yang penuh keberkatan ini bukan sahaja menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan pelajar, malah menjadi medan menyuburkan kecintaan terhadap Al-Quran serta memupuk nilai kebersamaan, kasih sayang dan keprihatinan melalui sumbangan kepada para pelajar.

PIBG turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Pengarah JAIM serta Yang Dipertua PIBG atas kesudian menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar, yang pastinya menceriakan mereka dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

PIBG amat menyokong usaha murni seperti ini dan berharap agar program seumpamanya dapat diteruskan serta diperkasakan lagi pada masa akan datang demi melahirkan generasi huffaz yang cemerlang, berakhlak mulia dan seimbang dari segi rohani serta jasmani.

Semoga segala usaha yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala berlipat ganda dan keberkatan daripada Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

PIBG ABQARI 2026




𝕃𝔼ℕ𝕊𝔸 ℙ𝕀𝔹𝔾 𝔸𝔹ℚ𝔸ℝ𝕀 : 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑰𝒇𝒕𝒂𝒓 𝑱𝒂𝒎𝒂𝒊𝒆 𝑷𝒆𝒓𝒅𝒂𝒏𝒂 𝑰𝒉𝒚𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒉𝒂𝒏Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Pihak Persatuan ...
20/03/2026

𝕃𝔼ℕ𝕊𝔸 ℙ𝕀𝔹𝔾 𝔸𝔹ℚ𝔸ℝ𝕀 : 𝑴𝒂𝒋𝒍𝒊𝒔 𝑰𝒇𝒕𝒂𝒓 𝑱𝒂𝒎𝒂𝒊𝒆 𝑷𝒆𝒓𝒅𝒂𝒏𝒂 𝑰𝒉𝒚𝒂 𝑹𝒂𝒎𝒂𝒅𝒉𝒂𝒏

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah, Unit PAITAH serta seluruh warga kerja Komplek Falak Al-Khawarizmi atas penganjuran Majlis Iftar Jamaie Perdana Ihya Ramadhan yang penuh bermakna ini.

Aktiviti - aktiviti yang dijalankan :

1. Tazkirah Ramadhan
2. Bacaan Yaasin & Tahlil arwah
3. Iftar jamaie

Sesungguhnya program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan bulan Ramadhan, malah menjadi medium terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah antara ibu bapa, guru serta semua pihak yang terlibat. Keindahan kebersamaan ini amat berharga dalam membentuk suasana harmoni dan penuh keberkatan dalam komuniti pendidikan kita.
PIBG juga amat menghargai segala usaha, komitmen dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan majlis ini dengan begitu teratur dan lancar.

Semoga segala amal kebajikan ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan serta keampunan buat kita semua.
Didoakan agar program-program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi huffaz yang cemerlang, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

"Ramadhan Kareem, Moga Beroleh Rahmat dan Maghfirah"





MEMOHON SUMBANGAN SEINDAH KASIH RAMADAN BAGI TABUNG IHYA’ RAMADAN, PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KEBAJIKA...
12/03/2026

MEMOHON SUMBANGAN SEINDAH KASIH RAMADAN BAGI TABUNG IHYA’ RAMADAN, PERSEDIAAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN KEBAJIKAN PELAJAR BAGI TAHUN 2026/1447H ANJURAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN (JAIM) AL-ABQARI

Assalamualaikum wbt,

Kepada
Muslimin & muslimat yang dirahmati oleh Allah SWT sekalian.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMTAQ (JAIM) Al-Abqari bersama-sama pihak sekolah telah merancang untuk mengadakan Sumbangan Seindah Kasih Ramadan bagi mengumpul dana *“Tabung Ihya’ Ramadan, Persediaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Kebajikan Pelajar”.*

Sehubungan dengan itu, Sumbangan Seindah Kasih Ramadan ini bolehlah disalurkan atas nama seperti butiran di bawah sebelum 20 Mac 2026:

Nama :PIBG SEK MEN TAHFIZ AL-QURAN AL-ABQARI
No. Akaun :04-0240-100-46536 (Kod QR disediakan - Poster)
Nama Bank :Bank Islam Malaysia Berhad
Perincian : Sumbangan Seindah Kasih Ramadan – Tahun 2026/1447H

Semoga dengan sumbangan ini menjadi amal jariah yang berpanjangan buat tuan/puan sekalian. Keprihatinan serta kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

"Marhaban Ya Ramadan"

PIBG ABQARI
12 MAC 2026

📸LENSA PIBG ABQARI📷𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝙏𝘼𝙆𝙇𝙄𝙈𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙉𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙈𝙐𝙍𝙄𝘿 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙎𝘼𝙏𝙐𝙎𝙀𝙎𝙄 𝙋𝙀𝙍𝙎𝙀𝙆𝙊𝙇𝘼𝙃𝘼𝙉 𝟮𝟬𝟮𝟲📅 12 Januari 2026Berikut an...
12/01/2026

📸LENSA PIBG ABQARI📷

𝙈𝘼𝙅𝙇𝙄𝙎 𝙏𝘼𝙆𝙇𝙄𝙈𝘼𝙏 𝘿𝘼𝙉 𝙋𝙀𝙉𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙈𝙐𝙍𝙄𝘿 𝙏𝙄𝙉𝙂𝙆𝘼𝙏𝘼𝙉 𝙎𝘼𝙏𝙐

𝙎𝙀𝙎𝙄 𝙋𝙀𝙍𝙎𝙀𝙆𝙊𝙇𝘼𝙃𝘼𝙉 𝟮𝟬𝟮𝟲

📅 12 Januari 2026

Berikut antara gambar-gambar sekitar suasana Majlis Taklimat dan Pendaftaran Kemasukan Murid Tingkatan Satu bagi Sesi Persekolahan 2026.
Taklimat ini diadakan bagi memberi penerangan awal kepada ibu bapa/penjaga dan murid berkaitan pengurusan sekolah, peraturan serta hala tuju persekolahan.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua PIBG sebagai tetamu jemputan, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama antara pihak sekolah dan komuniti ibu bapa.
Proses pendaftaran murid Tingkatan Satu telah dilaksanakan sejurus selepas sesi taklimat dan berjalan dengan lancar serta teratur hasil kerjasama padu semua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada ibu bapa/penjaga dan murid atas komitmen serta kerjasama yang diberikan.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal yang baik dalam membina azam baharu serta kejayaan anak-anak bagi sesi persekolahan 2026.






📷 🄻🄴🄽🅂🄰 🄿🄸🄱🄶 🄰🄱🅀🄰🅁🄸 📸🄿🄴🄽🄳🄰🄵🅃🄰🅁🄰🄽 🄼🅄🅁🄸🄳 🅃🄰🄷🅄🄽 2026~Selamat kembali ke sekolah~Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merakamk...
12/01/2026

📷 🄻🄴🄽🅂🄰 🄿🄸🄱🄶 🄰🄱🅀🄰🅁🄸 📸

🄿🄴🄽🄳🄰🄵🅃🄰🅁🄰🄽 🄼🅄🅁🄸🄳 🅃🄰🄷🅄🄽 2026

~Selamat kembali ke sekolah~

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merakamkan ucapan tahniah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan sekolah atas kelancaran proses pendaftaran murid bagi sesi persekolahan 2026 yang telah dilaksanakan dengan teratur, sistematik dan penuh dedikasi.
PIBG amat menghargai komitmen, perancangan rapi serta kerjasama padu daripada pihak pentadbir, guru-guru dan seluruh warga sekolah yang telah memastikan urusan pendaftaran berjalan dengan lancar serta memudahkan ibu bapa dan murid.

Usaha ini jelas mencerminkan kecekapan pengurusan sekolah dan keprihatinan terhadap kebajikan warga sekolah, sekaligus mewujudkan permulaan yang positif bagi sesi persekolahan tahun ini.

Syabas dan terima kasih diucapkan.
Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan menjadi asas kepada kecemerlangan berterusan sekolah pada tahun 2026. 🌟

#𝕄𝕖𝕕𝕚𝕒ℙ𝕀𝔹𝔾


09/01/2026

🎒 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑫𝑨𝑻𝑨𝑵𝑮 𝑴𝑼𝑹𝑰𝑫 𝑻𝑰𝑵𝑮𝑲𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑺𝑨𝑻𝑼 ❗ 🌟

Selamat datang ke Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (JAIM) Al-Abqari kepada semua murid Tingkatan Satu bagi Sesi Persekolahan 2026.

Hari ini adalah langkah pertama dalam perjalanan baharu yang penuh cabaran, peluang dan pembelajaran.
Semoga dengan azam baharu, kalian berani mencuba, berdisiplin dalam tindakan serta tekun menuntut ilmu. Jadikan sekolah ini tempat untuk membentuk jati diri, sahsiah dan kejayaan masa hadapan.

Selamat melangkah ke fasa baharu, anak-anak Tingkatan Satu Abqari! 💪📚






Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
Bahagian Pendidikan JAIM

09/01/2026

🎒 𝑺𝑬𝑳𝑨𝑴𝑨𝑻 𝑲𝑬𝑴𝑩𝑨𝑳𝑰 𝑲𝑬 𝑺𝑬𝑲𝑶𝑳𝑨𝑯❗ 📚

Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid bagi Sesi Persekolahan 2026.

Semoga tahun ini menjadi permulaan yang lebih baik untuk terus berusaha, memperbaiki diri dan mengejar impian.
Ayuh kita bina azam baharu, tingkatkan disiplin, suburkan semangat belajar dan melakar kejayaan bersama.
Selamat maju jaya, warga Abqari 2026! 🌟







Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
Bahagian Pendidikan JAIM

Address

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Melaka
Masjid Tanah
78300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SMTAQ Al-Abqari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category