Pusat Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba

Pusat Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba PTE SMK Ghafar Baba
MENAWARKAN ALIRAN SAINS
PENGAJIAN AM
MATHEMATICS T
CHEMISTRY
BIOLOGI/FIZIK
+SENI

24/04/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„ ๐“๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Ÿ” (๐’๐„๐Œ๐„๐’๐“๐„๐‘ ๐Ÿ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”)
Keputusan Kemasukan Murid ke Tingkatan 6 di Kolej Tingkatan 6/Pusat Tingkatan 6 KPM Tahun 2026

๐Ÿ“… 24 April 2026 (Jumaat) hingga 8 Mei 2026 (Jumaat)
โฐ Bermula 10.00 pagi

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2026 boleh dibuat ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” melalui pautan:
๐Ÿ”— https://sst6.moe.gov.my/


24/04/2026

ApaKhabarโœ‹ |
RakanWisma๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ

ยฐ Tahniah, Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ | Malaysia dipilih sebagai Ahli Majlis Pentadbiran Pusat Asia dan Pasifik bagi Pemindahan Teknologi (APCTT) untuk penggal 2026โ€“2029.

___________________________________

ยฐ Congratulations, Malaysia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ | Malaysia elected for membership in the Governing Council of the Asian and Pacific Centre for Transfer of Technology (APCTT) for the term 2026โ€“2029.

Datoโ€™ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Luka Nis Man

Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK GHAFAR BABA mengalu-alukan kehadiran bakal pelajar semester 1 ambilan 2026.
24/04/2026

Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK GHAFAR BABA mengalu-alukan kehadiran bakal pelajar semester 1 ambilan 2026.

317 Followers, 5 Following, 21 Posts

Jom Alumni dan mantan guru-guru sama-sama hadir memeriahkan lagi majlis sambil menyumbang untuk dana pendidikan digital ...
16/01/2026

Jom Alumni dan mantan guru-guru sama-sama hadir memeriahkan lagi majlis sambil menyumbang untuk dana pendidikan digital sekolah untuk pembangunan pelajar.
Semoga Allah memberkati segala usaha dan kebaikan semua.

6 & 7 NOVEMBER 2025โœจALHAMDULILLAH.Perkampungan Ilmu: Program Gilapan Mutiara Tingkatan 6 di D'Nelayan Beach Resort berja...
19/11/2025

6 & 7 NOVEMBER 2025โœจ

ALHAMDULILLAH.

Perkampungan Ilmu: Program Gilapan Mutiara Tingkatan 6 di D'Nelayan Beach Resort berjaya dilaksanakan!
Terima kasih SMK Ghafar Baba & SMK Dato' Dol Said atas kerjasama mantap. Semoga ilmu terus bersinar di jiwa anak-anak Tingkatan 6.

Alhamdulillah Terima kasih Wisma Putra โค๏ธ
19/11/2025

Alhamdulillah Terima kasih Wisma Putra โค๏ธ

28 likes, 2 comments. โ€œ โœ‹ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ Lawatan Akademik dari SMK Ghafar Baba, Melaka ke Wisma Putra. Semoga perkongsian kami memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang hadir. Selamat maju jaya!โ€

๐Ÿ“… 25 SEPTEMBER 2025๐Ÿ“ Hari Inovasi Negeri Melaka โ€“ UniKL MICETAlhamdulillah ๐ŸŽ‰Pelajar Tingkatan Enam PTE SMK Ghafar Baba t...
26/09/2025

๐Ÿ“… 25 SEPTEMBER 2025
๐Ÿ“ Hari Inovasi Negeri Melaka โ€“ UniKL MICET

Alhamdulillah ๐ŸŽ‰
Pelajar Tingkatan Enam PTE SMK Ghafar Baba telah menyertai Bengkel Pemindahan Teknologi Biosorben sempena Hari Inovasi Negeri Melaka.

Paling membanggakan ๐Ÿ’กโœจ, kumpulan pelajar kita telah dinobatkan sebagai SAINTIS MUDA dalam bengkel tersebut! ๐Ÿ†๐Ÿ”ฌ

Tahniah diucapkan kepada semua anak-anak Tingkatan Enam PTE SMK Ghafar Baba ๐Ÿ‘
Semoga terus bersemangat menimba ilmu & mencipta kejayaan di masa hadapan! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“ธ Sekitar Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif Perpaduan Tingkatan Enam Peringkat Negeri Mel...
25/09/2025

๐Ÿ“ธ Sekitar Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Kreatif Perpaduan Tingkatan Enam Peringkat Negeri Melaka Sempena Hari Malaysia 2025 anjuran PTE SMK Ghafar Baba telah berlangsung dengan penuh meriah.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Melaka, Puan Intan Suhana binti Yusuff.

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Unit Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba, khususnya Guru Penyelaras Program dan penasihat Kelab Rukun Negara serta semua pelajar Tingkatan Enam PTE SMK Ghafar Baba yang telah berganding bahu menjayakan pertandingan ini.

Tahniah kepada semua pemenang ๐Ÿ† dan syabas kepada semua peserta yang telah menampilkan semangat perpaduan, kreativiti dan kebitaraan melalui penghasilan karya video masing-masing. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

โœจ Lawatan Akademik SMK Ghafar Baba ke Universiti Putra Malaysia (UPM) โœจMenimba ilmu di menara gading: - Terima kasih UPM...
07/09/2025

โœจ Lawatan Akademik SMK Ghafar Baba ke Universiti Putra Malaysia (UPM) โœจ

Menimba ilmu di menara gading: - Terima kasih UPM!

Pada 4 September 2025, seramai 13 orang pelajar Semester 1 dan Semester 3 Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba telah berpeluang mengikuti Lawatan Akademik ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Lawatan ini diketuai oleh Pn. Normahizam Ariffin (GPK Tingkatan Enam), di bawah kelolaan Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba dengan bimbingan Pn. Atekah Amdan (Ketua Guru Penasihat Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam). Turut serta mengiringi pelajar dalam lawatan ini ialah Pn. Mahnun Mohamad dan Pn. Noor Anita binti Ali.

Sepanjang program, para pelajar telah mengikuti sesi perkongsian bermanfaat bersama Pn. Nor Baizura Binti Mohd Arshad (Marketing Officer) yang menyampaikan ucapan aluan, serta dibawa menelusuri kampus UPM oleh Encik Raja Ahmad Daniel bin Raja Ahmad Azmeer (Marketing Officer). Melalui sesi interaktif ini, pelajar mendapat pencerahan tentang peranan UPM sebagai universiti penyelidikan bertaraf dunia, peluang pengajian yang ditawarkan, serta kepelbagaian bidang yang mampu membentuk modal insan berkualiti tinggi.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada warga Universiti Putra Malaysia atas sambutan mesra, layanan profesional, dan kesudian berkongsi ilmu bersama warga Pra Universiti SMK Ghafar Baba. Pengalaman ini pastinya memberi nilai tambah yang besar kepada pelajar dalam memperkukuh semangat menuntut ilmu dan membina wawasan sebagai generasi pemimpin masa hadapan. ๐ŸŒฑ๐ŸŽ“



โœจ Lawatan Akademik SMK Ghafar Baba ke Kementerian Luar Negeri Malaysia โœจMenimba ilmu diplomasi di pentas antarabangsa: -...
05/09/2025

โœจ Lawatan Akademik SMK Ghafar Baba ke Kementerian Luar Negeri Malaysia โœจ

Menimba ilmu diplomasi di pentas antarabangsa: - Terima kasih Wisma Putra!

Pada 3 September 2025, seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Semester 1 dan Semester 3 Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba telah berpeluang mengikuti Lawatan Akademik ke Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra). Lawatan ini diketuai oleh Pn. Normahizam Ariffin (GPK Tingkatan Enam), dibawah kelolaan Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba dengan bimbingan Pn. Atekah Amdan (Ketua Guru Penasihat Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam) Turut serta mengiringi pelajar dalam lawatan ini ialah Pn. Mahnun Mohamad dan Pn. Noor Anita binti Ali.

Sepanjang program, para pelajar telah mengikuti sesi perkongsian bermanfaat bersama pegawai kanan Kementerian Luar Negeri iaitu Encik Muhammad Nur Anuar bin Nordin (Penolong Setiausaha, Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam โ€“ BKDA) serta Encik Joseph Emmanuel Krishnan (Pengarah, Bahagian Komuniti Ekonomi ASEAN, Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia). Melalui sesi soal jawab yang dijalankan, pelajar mendapat pencerahan tentang peranan Malaysia dalam diplomasi antarabangsa dan kerjasama ASEAN.

Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Pn. Tina Rohayu (Pegawai Perhubungan Awam Kanan) serta seluruh warga Kementerian Luar Negeri atas sambutan mesra, layanan profesional, dan kesudian berkongsi ilmu bersama warga Pra Universiti SMK Ghafar Baba. Pengalaman ini pastinya memberi nilai tambah yang besar kepada pelajar dalam memperkukuh pengetahuan global dan membina jati diri sebagai bakal pemimpin masa hadapan negara. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ



Alhamdulillah Selesai Program Lawatan Akademik ke Kementerian Luar Negeri dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Se...
04/09/2025

Alhamdulillah Selesai Program Lawatan Akademik ke Kementerian Luar Negeri dan Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang Selangor anjuran Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba Masjid Tanah Melaka

PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN TINGKATAN ENAM SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH ANJURAN: PTE SMK GHAFAR BABA ...
02/08/2024

PERTANDINGAN KUIZ KENEGARAAN TINGKATAN ENAM SECARA ATAS TALIAN PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH

ANJURAN:
PTE SMK GHAFAR BABA MASJID TANAH MELAKA

KATEGORI:

1) Tingkatan Enam Atas.

2) Tingkatan Enam Bawah.

๐Ÿ“… Tarikh: 7 Ogos 2024
Hari : Rabu
โฐMasa : 2:30-3:30 petang
๐Ÿ“Œ Tempat: Sekolah atau kediaman masing-masing
๐Ÿ’ปPeralatan: Komputer Riba atau Peranti Mudah Alih.

Link Pendaftaran Pertandingan.
https://docs.google.com/forms/d/1ftTMy127O7BqccaxpefveLO2ueNTdzzFCLXEBGTkGRI/viewform?edit_requested=true

Link Channel Pertandingan:
https://t.me/+nc4sp1Ho4CUyNmE9

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Saudara Arif :01126821744
Saudari Dini : 0135983879
Puan Atekah binti Amdan: 0133296709

Address

Masjid Tanah Melaka
Masjid Tanah
78300

Telephone

+6063841257

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tingkatan Enam SMK Ghafar Baba posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category