10/11/2023
Kelebihan berselawat ke atas Rasul s.a.w
๐ ๐๐ก๐จ๐ฆ๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ ๐๐๐๐จ๐๐จ๐๐๐ก๐ก๐ฌ๐ ๐๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐ฅ๐๐ฆ๐จ๐๐จ๐๐๐๐ ๏ทบ
Rasulullah ๏ทบ bersabda :
ุฃูููุซูุฑููุง ุนูููููู ู
ููู ุงูุตููููุงุฉู ููู ููููู ููููู
ู ุฌูู
ุนูุฉูุ ููุฅูููู ุตูููุงุฉู ุฃูู
ููุชูู ุชูุนูุฑูุถู ุนูููููู ููู ููููู ููููู
ู ุฌูู
ุนูุฉูุ ููู
ููู ููุงูู ุฃูููุซูุฑู ููู
ู ุนูููููู ุตูููุงุฉู ููุงูู ุฃูููุฑูุจูููู
ู ู
ููููู ู
ููุฒูููุฉู.
Maksudnya: "Perbanyakkan berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat umatku dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Sesiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dialah orang yang paling hampir kedudukannya denganku." [HR. al-Baihaqi]
Hari Jumaat atau penghulu segala hari merupakan hari yang mulia bagi umat Islam dan mempunyai banyak kelebihan. Umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan pada hari istimewa ini seperti berselawat ke atas Nabi Muhammad ๏ทบ.
Menurut al-Imam Ibn al-Jauzi, amalan memperbanyakkan selawat berupaya menerangkan hati, mengampunkan dosa, melapangkan dada dan dipermudahkan urusan. Ini kerana selawat yang bersungguh adalah manifestasi kecintaan seseorang kepada Rasulullah ๏ทบ dan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ membawa kepada kecintaan manusia kepada Allah.
Oleh yang demikian, ambillah kesempatan ini untuk berselawat kepada baginda sebanyak yang mungkin, nescaya kedudukan kita akan dekat dengan Rasulullah. Lebih mudahlah kita mendapat syafaatnya insya-Allah!
Ikuti perkembangan terkini melalui Channel Rasmi Telegram Kolej Islam As Sofa:
https://linktr.ee/kolejislamassofa