30/04/2026
“Huruf ‘GS’ di dada awak ini bukan sekadar posisi, ia adalah kepercayaan cikgu dan kawan-kawan kepada awak. Jangan nangis, cikgu tahu awak boleh”
Zaman sekarang ni kalau kita nak kejar ilmu, terlalu banyak medium yang kita boleh dapatkan.
Ada yang kita boleh dapat melalui pembacaan, pendengaran mahupun penglihatan. Aplikasi pun macam-macam ada.
Di sini kita akan nampak peranan guru.
Tugas seorang guru bukan sekadar mengajarkan ilmu, ada elemen bimbingan lain yang diperoleh bila duduk depan-depan dan bertalaki bersama.
Ada bimbingan guru berfungsi untuk mencungkil bakat. Kalau diluar tu kita panggil “coach itu…, coach ini… “ . Apatah lagi buat anak-anak yang berumur 4-6 tahun ini. Sangatlah penting melentur buluh dari rebungnya.
Ada bimbingan guru berfungsi dalam memberi kata-kata yang mempunyai kuasa ‘magis’. Sampaikan bila anak berada dirumah, kerap sekali perkataan yang keluar “Cikgu Faa kata kena buat macam ni”. Nampak anak lebih percaya guru daripada kita.
Mendidik generasi muda sekarang ni bukan sekadar tentang pemindahan ilmu pengetahuan, tetapi tentang pembentukan sahsiah dan daya tahan
Di sinilah peranan guru menjadi sangat kritikal:
1. Membentuk Kecerdasan Emosi (EQ)
2. Menanam Nilai Rabbani
3. Melahirkan Pemimpin Yang Berani
16 Mei nanti kita akan buat Sambutan Hari Guru kepada institusi pendidikan dalam PAS iaitu PASTI, SRITI dan SMITI. Temui anda di sana.
Kredit Gambar: PASTI Kawasan Iskandar Puteri