23/05/2026
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM 2026
đź“… 20 Mei 2026
📍 Tanjong Puteri Golf & Resort, Pasir Gudang
Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya di daerah Pasir Gudang sebagai tuan rumah kejohanan melibatkan atlet pendidikan khas dari seluruh negara. Pada sebelah pagi, pasukan media dan teknikal telah melaksanakan sesi live streaming kejohanan menggunakan teknologi drone bagi menghasilkan visual yang lebih kreatif, dinamik dan berkualiti tinggi. Siaran langsung turut diserikan dengan ulasan daripada pengulas kejohanan termasuk penggunaan bahasa isyarat bagi memastikan penyampaian maklumat lebih inklusif dan mudah diakses oleh semua penonton.
Pada sebelah petang, pasukan media meneruskan satu lagi sesi live streaming sempena majlis penutupan yang telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Zainal bin Abas, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan Malaysia. Majlis diserikan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang serta penghargaan kepada semua kontinjen, pegawai dan jawatankuasa yang telah memberikan komitmen tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.
Tahniah dan syabas turut diucapkan kepada Tuan Haji Razali Bin Tamadi, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang selaku Ketua Kontinjen Merentas Desa Pendidikan Khas Johor atas kejayaan kontinjen Johor meraih Naib Johan Keseluruhan MSSM Kali Ke-5 Tahun 2026. Pencapaian ini membuktikan komitmen, semangat kerja berpasukan dan dedikasi tinggi seluruh kontinjen Johor sepanjang kejohanan berlangsung.
Pelaksanaan siaran langsung dan penghasilan kandungan digital ini selaras dengan Dasar Pendidikan Digital KPM khususnya Teras 4: Pengupayaan Infrastruktur dan Infostruktur serta Teras 5: Kandungan Digital Berkualiti dalam memperkukuh penggunaan teknologi digital dalam pendidikan. Peranan PKG sebagai Centre of Excellence (CoE) turut terserlah melalui penyediaan kepakaran teknikal, penggunaan teknologi drone serta sokongan media digital dalam memperkasa transformasi pendidikan digital secara lebih kreatif, inovatif dan berimpak tinggi.