SK Taman Rinting 3

SK Taman Rinting 3 Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3

📢 MAKLUMAN CUTI UMUMDimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena Hari Keputeraan Nabi Muha...
24/08/2026

📢 MAKLUMAN CUTI UMUM

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 25 Ogos 2026 (Selasa) sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul), 12 Rabiulawal 1448H.

Murid akan kembali bersekolah seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

Unit Pentadbiran
SK Taman Rinting 3

Program  Quran Day📌Tarikh : 24 Ogos 2026 (Isnin)📌Masa : 7.20 pagi - 1.10 tengahari📌Tempat : Bilik Mesyuarat📌Penglibatan ...
24/08/2026

Program Quran Day

📌Tarikh : 24 Ogos 2026 (Isnin)
📌Masa : 7.20 pagi - 1.10 tengahari
📌Tempat : Bilik Mesyuarat
📌Penglibatan : 23 orang murid Pecutan Khatam Tahun 6
📌Guru yang terlibat :
1. Ustazah Asma’
2. Ustazah Syahida
3. Ustazah Hanis

Terima kasih atas kebersamaan semua😇

_PANITIA PENDIDIKAN ISLAM_

Tahniah, pengakap! Alhamdulillah, seramai 20 orang murid Pengakap telah selesai menyertai Perkhemahan Kem Keris Perak da...
24/08/2026

Tahniah, pengakap!

Alhamdulillah, seramai 20 orang murid Pengakap telah selesai menyertai Perkhemahan Kem Keris Perak dan Emas peringkat daerah Pasir Gudang 🏕️✨

Syukur, hasil usaha, latihan dan kerjasama murid-murid, kita berjaya memperoleh beberapa pencapaian:

🏆 Pertandingan Masak Sarapan (Sandwich) – Johan (No. 1)
🥈 Pertandingan Malam Kebudayaan – Naib Johan (No. 2)
🥉 Pertandingan Buih Terbanyak – Tempat Ke-3
👏 Pertandingan Susunan Logo – Tempat Ke-5

Tahniah dan syabas kepada semua murid atas komitmen, semangat dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhemahan. 💪🏻

Terima kasih juga kepada pihak pentadbir atas sokongan, kepercayaan dan ruang yang diberikan kepada kami untuk menguruskan persiapan serta penyertaan murid dalam perkhemahan ini.

Tidak dilupakan, terima kasih kepada guru-guru subjek yang sudi melepaskan murid-murid untuk menjalani latihan dan membuat persiapan perkhemahan. Terima kasih atas toleransi dan kerjasama yang diberikan. ❤️

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat semua guru Pengakap yang bertungkus-lumus melatih, membimbing dan memberikan sokongan kepada murid-murid. Pencapaian ini pastinya hasil usaha dan kerjasama semua pihak.

Terima kasih semua atas sokongan dan pengorbanan 🌹

Tahniah, PPIM!Tempat Kelima Tatacara Perjumpaan dan Penutup Kategori Sekolah Rendah.22 Ogos 2026DI SK Taman Molek
24/08/2026

Tahniah, PPIM!
Tempat Kelima Tatacara Perjumpaan dan Penutup Kategori Sekolah Rendah.
22 Ogos 2026
DI SK Taman Molek

Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Perak dan Keris Emas21 - 23 Ogos 2026Taman Bukit Layang-Layang
21/08/2026

Perkhemahan Pengakap Lencana Keris Perak dan Keris Emas
21 - 23 Ogos 2026
Taman Bukit Layang-Layang

🫟 *Pertandingan Kelas Sudut Merdeka* 📝 *Penglibatan semua kelas*  *Syarat Pertandingan* 📌Mengikut kreativiti 📌Ada mengan...
21/08/2026

🫟 *Pertandingan Kelas Sudut Merdeka*

📝 *Penglibatan semua kelas*

*Syarat Pertandingan*
📌Mengikut kreativiti
📌Ada mengandungi bahan atau maklumat/info berkaitan kemerdekaan dipamerkan.
📌Kemas dan menarik

⏳️ Bermula 18 Ogos hingga 11 September.

📝 Penilaian Akhir
11 September 2026

Terima kasih💐💐
KP Pendidikan Seni Visual
SKRIN 3

🥻 Pertandingan Pertandingan Silang Budaya 📝 Penglibatan semua kelas  Syarat Pertandingan📌 Setiap kelas perlu menghantar ...
21/08/2026

🥻 Pertandingan Pertandingan Silang Budaya

📝 Penglibatan semua kelas

Syarat Pertandingan
📌 Setiap kelas perlu menghantar seorang wakil.
📌Perlu memakai pakaian mengikut tema.

📝 Pertandingan pada
18 September 2026

Terima kasih

📢 PERTANDINGAN INFOGRAFIK MALAYSIA 🇲🇾Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dijemput semua murid Tahap 2 untuk menyertai Pe...
21/08/2026

📢 PERTANDINGAN INFOGRAFIK MALAYSIA 🇲🇾

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dijemput semua murid Tahap 2 untuk menyertai Pertandingan Infografik Malaysia sempena Bulan Kebangsaan. 🎨🇲🇾

📌 Pilih satu tema: Permainan, makanan, pakaian & alat muzik tradisional
📌 Poster tak perlu dicetak.
📌 Pendaftaran dan penghantaran hasil karya melalui link Google Form:

https://forms.gle/gnArio8zrx2GyAnL7

📌Pastikan link yang di share telah ditetapkan "anyone with the link can view".

Kerjasama dan sokongan ibu bapa amat dihargai. ❤️🇲🇾

Jenis-jenis Ubat Nyamuk & Semburan Aerosol yang boleh digunakan untuk mencegah gigitan nyamuk.Bersama Cegah Aedes, Cegah...
21/08/2026

Jenis-jenis Ubat Nyamuk & Semburan Aerosol yang boleh digunakan untuk mencegah gigitan nyamuk.

Bersama Cegah Aedes, Cegah Denggi!

Terima kasih
Unit Cegah Aedes & Denggi

BAZAR BUKU ANTARABANGSA JOHOR 2026.📅 21 – 25 Ogos 2026📍 Paradigm Mall, Johor Bahru⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam🇲🇾 Bersempen...
21/08/2026

BAZAR BUKU ANTARABANGSA JOHOR 2026.

📅 21 – 25 Ogos 2026
📍 Paradigm Mall, Johor Bahru
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam

🇲🇾 Bersempena dengan Bulan Kebangsaan, pengunjung dialu-alukan untuk tampil dengan pakaian tradisional masing-masing dan abadikan kenangan indah bersama keluarga dan rakan-rakan di Bazar Buku Antarabangsa Johor! 📸

Jadikan hujung minggu anda lebih bermakna dengan buku, ilmu, budaya dan aktiviti untuk seisi keluarga.

📢 Jangan lupa! 21 – 25 Ogos 2026 di Paradigm Mall, Johor Bahru.
JOM, DATANG BERAMAI-RAMAI!

Address

Jalan Ketapang
Masai
81750

Telephone

+6073871587

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Taman Rinting 3 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SK Taman Rinting 3:

Shortcuts

Share