11/04/2026
JAMUAN HARI RAYA MTBJ 2026 π
Pihak pengurusan MTBJ dan barisan guru-guru ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibubapa/penjaga yang telah menyumbang rezeki.. π€
sama ada dalam bentuk makanan, minuman mahupun sumbangan lain bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini...
Sesungguhnya, segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan amat bermakna dan menceriakan lagi sambutan anak-anak kita.
Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT. π»
Terima kasih atas sokongan yang berterusan.
Sekian, terima kasih π
15/03/2026
PROGRAM IFTAR & KHATAM AL-QURAN 2026 ππ
π
Tarikh M : 13 Mac 2026, Jumaat
π
Tarikh H : 23 Ramadan 1447
π Masa: 5.30 petang - 10:0 malam
π Tempat: Dewan makan MTBJ
Program Iftar & Khatam Al-Quran telah diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memupuk amalan membaca dan menghayati Al-Quran dalam kalangan warga sekolah.
Antara pengisian program ialah majlis Khatam Al-Quran, agihan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf, berbuka puasa bersama serta solat Maghrib, Isyak dan Terawih secara berjemaah dan diakhiri dengan Moreh.
Semoga program seperti ini dapat menyemai nilai keinsafan, mengeratkan ukhuwah serta menyuburkan semangat kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. β¨π€²
Terima kasih diucapkan kepada semua penginfaq. Moga kalian dipermudahkan urusan, dimewahkan rezeki seperti air zam zam, dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya dunia akhirat. Moga dengan bersedekah di bulan puasa ini menjadi asbab kalian ditarik ke dalam syurga π€²π»
INFAQ MADRASAH :
01030002689714
(Bank Muamalat Malaysia Berhad)
Madrasah Tahfiz Bustanul Jannah
17/01/2026
Salam Israk Mikraj
Israk Mikraj mendidik jiwa beriman, membina akhlak, dan mengajar kita menjaga solat sebagai amanah agung dari Allah ο·».
29/12/2025
β¨ Hari Pengesahan MTBJ β¨
Satu langkah bermakna dalam perjalanan madrasah kami ke arah kecemerlangan dan keberkatan.
π
4 Januari 2026
Doakan agar segala urusan dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. π€²
28/12/2025
πΈ Abadikan gambar kenangan MTBJ 2025 πΈ
Momen manis bersama rakan-rakan sekolah diabadikan dalam gambar kenangan ini. π
Semoga menjadi kenangan indah untuk diingati. ππ
Setiap detik manis ini kami rakam supaya ibu bapa dapat menyimpan kenangan sekolah anak-anak sebagai memori yang berkekalan.
18/12/2025
π€Ήπ» SUKANEKA AKHIR TAHUN MTBJ π€Ήπ»
Tarikh : Rabu, 17 Disember 2025
Tempat : MTBJ
Alhamdulillah, telah berlangsung acara sukaneka MTBJ dengan penuh gelak tawa, semangat kesukanan dan kerjasama antara murid-murid dari semua kumpulan.
Pelbagai acara mencabar dan menghiburkan telah dijalankan dan murid-murid menunjukkan usaha terbaik mereka sehingga ke akhir acara.
Tahniah kepada semua yang terlibat !
Kemenangan dikira berdasarkan jumlah gula-gula yang dikumpul setiap kumpulan.
Acara sukaneka :
π¬ Masukkan gula-gula di dalam bungkusan dan ikat.
π€Ήπ» Kutip gula-gula dalam tepung.
πͺ Tiup belon sehingga pecah.
π Keputusan Akhir Sukaneka 2025 :
π₯ Matahari : 49 π¬
π₯ Melati : 48 π¬
π₯ Teratai : 40 π¬
π
Mawar : 20 π¬
ποΈ Kemboja : 17 π¬
27/11/2025
π³π» SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2025 π§π»
Hari Kanak-Kanak Sedunia disambut pada 20 November setiap tahun bagi menggalakkan kesedaran tentang isu-isu yang dihadapi oleh kanak-kanak di seluruh dunia terutamanya hak asasi dan kesejahteraan mereka.
Oleh itu, pihak Madrasah menjemput 2anggota polis untuk menyedarkan pelajar-pelajar tentang BULI.
Apa itu buli ? Jenis-jenis buli? Kesan buli kepada mangsa? Akibat membuli?
Tarikh : Rabu, 26 November 2025
Tema : Kesedaran Buli & Keselamatan Diri di Sekolah
Penceramah : Pegawai Polis
30/10/2025
π PERTANDINGAN PRA HUFFAZ π
Pada 30 Oktober 2025, Khamis.
Madrasah telah mengadakan pertandingan pra huffaz dengan 3 kategori.
Kategori A : Juz 29,30 & 1
Kategori B : Surah Ad Dhuha - An Nas
Kategori C : An Naba - Al Lail
Program ini bertujuan untuk memberi semangat kepada pelajar lain menghafaz Al Quran.
Semoga Al Quran menjadi peneman hidup kita di dunia & akhirat.
Berikut 10 nama calon pra huffaz 2025 :
Kategori A -
1. Solihuddin
2. β Aaqilah humayra
3. β Shahrul Ridhwan
Kategori B -
1. Alif Sulaiman
2. β Muhammad Afsar Arsyad
3. β Yasmeen Umairah
4. β Muhammad Iman Qalish
Kategori C -
1. Muhammad Adam Qausar
2. β Muhammad Amzar Firash
3. β Nor Aftiha Balqis
03/10/2025
Alhamdulillah, menikmati hidangan tengahari dari penginfaq..
Jazakallahu khairan, semoga penginfaq diluaskan rezeki dan dipermudahkan segala urusan π€²π»
18/09/2025
ποΈ MTBJ KONGSI REZEKI ποΈ
18 September 2025,
Muara Steamboat & grill.
Makan tengahari bersama kakitangan MTBJ dan salam perpisahan kepada Ustaz Hakimie.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hakimie atas sumbangan dan komitmen yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di MTBJ.
Akhir Kata, Semoga Selamat Maju Jaya dan sentiasa berbakti kepada anak bangsa.
Semoga MTBJ maju jaya πͺπ».