26/04/2024
DOSA pertama yang dilakukan oleh MAKHLUK Allah adalah SOMBONG / EGO.
Sifat ini akan sentiasa dihiasi oleh Iblis laknatullah kepada manusia.
Antara cara nak atasi sifat sombong adalah berkorban. Semoga dengan korban tersebut mampu menghakis sifat sombong dek kerana cintakan harta yang melampau.
“Ustaz, ade je orang berkorban yang sombong. Dia cakap dia paling banyak berkorban tahun ini. Tempat dialah yang paling banyak bahagian yang orang sertai. Dia cakap lembu dialah yang paling besar dan gemuk. Haaa, canne tuu?”
Itulah… iblis tak pernah tidur untuk lalaikan manusia. Jika dia tidak mampu menjauhkan kita dengan ibadah, dia akan pastikan ibadah kita plak yang rosak. Jika dia tak mampu pesongkan akidah kita, dia akan berusaha merosakkan ibadah kita.
Dengan hanya satu jarum, SOMBONG!
Merasa diri baik. Merasa diri bagus. Merasa diri sempurna. Merasa diri mampu segalanya. Merasa diri yang betul.
Menidakkan kemampuan orang lain. Menjatuhkan orang. Mengenepikan kebaikan orang. Mengambil hak orang.
Jadi, marilah berkorban! Hayati makna korban. Berkorban bukan bererti sembelih haiwan berkaki empat yang halal dimakan kemudian ambil sedikit manfaatnya untuk diri sendiri sahaja.
Kalau ini yang kita faham, tidak hairanlah ramai yang berkorban saban tahun tetapi syakhsiahnya, pola pemikirannya masih di takuk yg sama.
Sembelihan haiwan korban dengan erti kata sembelihan sifat-sifat mazmumah yang ada di dalam diri dengan niat mempersembahkan pengabdian tersebut kepada Allah.
Lihat bagaimana Nabi Ibrahim AS sanggup menyembelih anaknya. Bukan tidak sayangkan anak. Ingat senang nak dapat Nabi Ismail tu?
Berdoa nak anak tak pernah putus, dapat khabar akan dikurniakan anak waktu tu umurnya dah tua. Dah dapat anak diperintahkan tinggalkan anak isteri di tempat jauh, tiada orang, tiada makanan dan perlindungan. Bila dah besar jumpa balik dan diperintahkan p**a untuk sembelih. Ehhh, senang ke nak hadapi semua ni?
Nabi Ibrahim AS mampu hadapinya kerana dia tahu tujuan hidupnya. Pengabdian kepada Robbul Jalil. Dia korbankan segalanya kepada Allah TANPA MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN!
Rentetan itulah Allah kurniakan gelaran nama yang baik, Al Kholil (Teman) dan darjat buat Nabi Ibrahim AS sekeluarga!
Semoga kita menghayati makna korban yang sebenar!!
**************************
In shaa Allah, saya dan team akan laksanakan ibadah korban di Kemboja dan Mekah pada tahun ini.
Saya akan fly ke Kemboja dan menguruskan sendiri korban di sana. Ingin sertai kami sila DM saya.
Syukran Jazilan!
Abu Mukmin ☺️
Rindu Arwah Ayahanda