01/05/2026
Unit Hal Ehwal Islam UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang
Page ini ditubuhkan bertujuan untuk memberitahu info-info dan program-programpengimarahan Pusat Islam UiTM Caw. Johor Kampus Pasir Gudang.
01/05/2026
30/04/2026
PROGRAM KAMI MAMPU MENGUBAH 2.0
'DARI UJIAN KEPADA KEJAYAAN'
Jumpa kita malam ini ye...
23/04/2026
Terima kasih banyak PIJ semoga dipermudahkan perlaksanaan ibadah korban 1447H
17/04/2026
Alhamdulillah... Rezeki anak-anak mahasiswa mahasiswi hari ini 17 April 2026 di Pusat Islam.
Terima kasih banyak Jabatan Agama Islam Negeri Johor .
13/04/2026
Alhamdulillah... Kuliah maghrib mingguan bagi minggu ke3 sesi Mac 2026.
Terima kasih banyak penceramah Dan peninfaq Tabung Amanah Pusat Islam
10/04/2026
10/04/2026
10 April 2026 - Program Infaq Jumaat sumbangan Dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor untuk anak-anak mahasiswa mahasiswi UiTM Kampus Pasir Gudang bagi bulan April 2026.
Terima kasih banyak barisan anak-anak persatuan Mahasiswa Pusat Islam (LPI) yang membantu mengagihkan makanan kepada rakan-rakan pelajar.
09/04/2026
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله
*Selamat datang Dan kembali kepada Mahasiswa/Mahasiswi bagi sesi Mac – Julai 2026*🥰🥰🥰
Permohonan Zakat Dan sedekah adalah Salah satu inisiatif bagi meringankan Pelajar Muslim yang mempunyai masalah kewangan.🛒🛒
UiTM Cawangan Johor menyediakan pelbagai saluran dalam membantu pelajar Dan Salah satunya adalah permohonan Zakat secara atas talian (Online).
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Johor bagi sesi Mac – Julai 2026 kini dibuka.
🌟🌟Tempoh permohonan: *26 Mac 2026 hingga 24 April 2026*🌟🌟
Justeru itu, kepada Mahasiswa Dan Mahasiswi yang mempunyai masalah kewangan boleh memohon Zakat di https://ezakat.uitm-itms.com/login.php
Bagi pelajar yang belum membayar yuran Pengajian, boleh membuat penangguhan bayaran yuran di https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/ dan mendapatkan maklumat dari Pejabat Bahagian Hal Ehwal Akademik.
*sebarang persoalan atau masalah boleh hubungi kami di talian Pejabat Hal Ehwal Islam ( atau Whatsapp business)*📞📞
07-3818038
07-3818051
Sekian, terima kasih
09/04/2026
9 April 2026 bersamaan 20 Syawal 1447H - berkongsi rezeki Dari peninfaq Tabung Amanah Pusat Islam bersama pelajar mahasiswa mahasiswi yang berpuasa 6 di bulan syawal. Masih belum terlambat meraikan Dan berkongsi rezeki bersama mereka.
Terima kasih kepada Anak-anak persatuan Mahasiswa Pusat Islam (LPI) yang sudi turun padang membantu mengagihkan makanan kepada rakan-rakan yang berpuasa.
Puasa enam hari di bulan Syawal memiliki kedudukan yang sangat istimewa dalam Islam. Selepas sebulan kita berhempas-pulas menahan nafsu di bulan Ramadan, puasa sunat ini hadir sebagai pelengkap dan penyempurna ibadah tersebut.
Ganjaran Pahala Seperti Setahun Suntuk
Ini adalah kelebihan yang paling masyhur. Mengikut hitungan matematik akhirat, setiap kebaikan digandakan sepuluh kali lipat. Ramadan (30 hari) bersamaan 300 hari, dan 6 hari Syawal bersamaan 60 hari. Jumlahnya 360 hari—genap setahun.
Dari Abu Ayyub Al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, ianya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun." (HR. Muslim)
Tanda Syukur dan Penerimaan Amalan
Melakukan ibadah sunat sejurus selepas ibadah wajib adalah tanda bahawa seseorang itu bersyukur atas kekuatan yang diberikan untuk berpuasa di bulan Ramadan. Para ulama juga menyebut bahawa istiqamah dalam melakukan ketaatan (seperti puasa Syawal) adalah salah satu tanda bahawa amalan Ramadan kita diterima oleh Allah SWT.
Menampung Kekurangan Amalan Ramadan
Sama seperti solat sunat rawatib yang menampung kekurangan dalam solat fardu, puasa enam ini berfungsi untuk menampung sebarang lompang atau kekurangan yang berlaku secara tidak sengaja semasa kita berpuasa fardu di bulan Ramadan (seperti kata-kata yang sia-sia atau pandangan yang tidak terjaga).
Mengekalkan Momentum Ibadah
Ramai orang merasa "lemau" atau hilang fokus sebaik sahaja Ramadan berakhir.
...
03/04/2026
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh Dan Salam 14 Syawal 1447H bersamaan 3 April 2026M.
Terima kasih banyak Jabatan Agama Islam Negeri Johor atas sumbangan bagi program Infaq Jumaat bagi Pusat Islam UiTM Kampus Pasir Gudang.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
Pusat Islam UiTM Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, Jalan Purnama
Masai
81750