SJKT MASAI SKK JOHOR

SJKT MASAI SKK JOHOR

Share

Tentang aktiviti dan hebahan berita berkaitan SJKT MASAI Memaparkan aktiviti sepanjang tahun di Sjkt Masai.

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 06/05/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉
Pencapaian Pertandingan Inovasi Antarabangsa 2026 🌟

💡 International Invention, Innovation & Design Competition (Hybrid Mode)
📅 27 April 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada murid-murid PPKI SJKT Masai atas pencapaian cemerlang dalam pertandingan inovasi peringkat antarabangsa ini.

🏆 Pencapaian Membanggakan – Kategori Junior Innovator

🥇 2 Anugerah Emas
- Green Innovation
- Green Technology Innovation

🥈 3 Anugerah Perak
- Botanic Innovation
- Digital Learning Innovation
- Digital Learning Innovation

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada Guru Besar, barisan Penolong Kanan sekolah serta sokongan padu ibu bapa. 👏👏👏

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada:

Sumathi A/P Rajanthran (Penyelaras PPKI)
Utayatharani A/P Parati
Sunitha A/P Subramaniam
Ganga Devi A/P Suriyanarayanan
Kalah A/P Balakrishna
Hamizah Bt Mohamad (PPM)

atas komitmen, dedikasi dan kesungguhan dalam melatih serta membimbing murid-murid sehingga mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Terima kasih atas kecemerlangan yang dicapai dan inspirasi yang diberikan! 🌟

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk terus berusaha, berani mencuba dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. 🌟🌟🌟

Syabas dan tahniah! 👏
Teruskan melakar kejayaan! 💪

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 01/05/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Seluruh warga SJK (T) MASAI dengan penuh rasa bangga dan gembira merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

✨ MURID-MURID PPKI SJKT MASAI

MUHAMMAD QAYYUM AL BUKHARI BIN AEZAMI
MUHAMMAD AIMAN BIN AMIL HUSSIN
MOHAMMAD SYAFIQ FIRDAUS BIN MOHD JATIN
DENNISH RAJ A/L GANESH RAJ
HANIYA HAFIZAH BINTI HENDRA
MUHAMMAD ALF ALFIAN BIN ABDULLAH

📌 Program Inspirasi OKU 2026
Sempena Bulan Kesedaran Autisme Sedunia
🏃‍♂️ Pertandingan Sukaneka Citra Kasih

🏆 PENCAPAIAN YANG MEMBANGGAKAN:
🥇 JOHAN – PERMAINAN 1 (DARIPADA 6 SEKOLAH RENDAH)
🥇 JOHAN – PERMAINAN 2 (DARIPADA 6 SEKOLAH RENDAH)

🎬 PENCAPAIAN INDIVIDU:
SOWMIEYAH MARAN
🥈 NAIB JOHAN
Pertandingan Video Inspirasi OKU
Peringkat Daerah Pasir Gudang

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada Guru Besar, barisan Penolong Kanan sekolah,dan juga ibu bapa👏👏👏

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada
1.Sumathi A/P Rajanthran
2.Utayatharani A/P Parati
3.Sunitha A/P Subramaniam
4.Ganga Devi A/P Suriyanarayanan
5.Kalah A/P Balakrishna
6.Hamizah Bt Mohamad (PPM)
atas komitmen, dedikasi serta kesungguhan dalam melatih dan membimbing murid-murid sehingga berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan ini.
Terima kasih atas kecemerlangan yang dicapai dan inspirasi yang diberikan! 🌟

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk terus berusaha, berani mencuba dan melakar kejayaan yang lebih cemerlang🌟🌟🌟

29/04/2026


Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 29/04/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Seluruh warga
SJK (T) MASAI dengan penuh rasa bangga dan gembira merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

🥈 LENISHA ADRIA A/P VIMALAN

NAIB JOHAN
Pertandingan Dendangan Syair
Peringkat Negeri Johor 2026

🥉 MIRASSH RAO A/L YUVARAJAN

TEMPAT KETIGA
dalam Pertandingan Deklamasi Sajak
Peringkat Negeri Johor 2026

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada Guru Besar, barisan Penolong Kanan sekolah, guru-guru pembimbing dan juga ibu bapa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga dirakamkan kepada Cikgu Kalai Selvi Sugumaran dan Cikgu Nishanthini Ravi atas komitmen, dedikasi serta kesungguhan dalam melatih dan membimbing murid-murid sehingga berjaya mencapai kejayaan yang membanggakan ini.

Pencapaian ini membuktikan bahawa murid-murid SJK (T) Masai mampu bersaing dengan cemerlang di peringkat negeri serta terus mengharumkan nama sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha, berani mencuba dan melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi dan semoga terus melangkah lebih jauh dengan penuh gemilang! 🌟

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 29/04/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Seluruh warga
SJK (T) MASAI dengan penuh rasa bangga dan gembira merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada:

🥇 MIRASSH RAO A/L YUVARAJAN

JOHAN
Pertandingan Deklamasi Sajak (Kategori SJK) dalam Penggalakan Puisi Peringkat Daerah Pasir Gudang 2026

🥇 LENISHA ADRIA A/P VIMALAN

JOHAN
Pertandingan Dendangan Syair (Kategori SJK) dalam Penggalakan Puisi Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Pasir Gudang 2026

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, semangat juang yang tinggi serta bimbingan berterusan daripada Guru Besar, barisan Penolong Kanan sekolah, guru-guru pembimbing dan juga ibu bapa.

Sekalung penghargaan dan terima kasih yang setulusnya diucapkan kepada Cikgu Kalai Selvi Sugumaran dan Cikgu Nishanthini Ravi atas usaha,kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan untuk melatih serta membimbing murid-murid sehingga mencapai kejayaan yang amat membanggakan ini.

Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi inspirasi kepada semua murid untuk terus berusaha, berani mencuba dan mengharumkan nama sekolah.

Tahniah sekali lagi dan semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang!

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 24/04/2026

Vanakam 🙏🏻

Cabaran Paling Like
Pertandingan Reka Cipta Pinggan Sihat Menggunakan Bahan Kitar Semula

Kami memerlukan sokongan anda! Murid-murid kami telah bertungkus-lumus memberikan
yang terbaik untuk pertandingan ini. Jumlah ‘like’ terbanyak membolehkan anak murid kami
menerima “Anugerah Paling Popular”. Jadi tunggu apa lagi, mari kita bersatu hati
memberikan sokongan padu buat mereka!

Cara memberikan sokongan:
1. Like dan Follow page PMP Johor
https://facebook.com/pusatmaklumatpemakananjohor/
2. Like gambar yang anda ingin memberi sokongan.
3. Kongsi (Share) hantaran ini untuk hebahan lebih luas.
Setiap 'Like' daripada anda adalah pembakar semangat buat anak-anak didik kami untuk terus
berjaya.

Terima kasih atas sokongan ikhlas anda!

Tempoh pengumpulan LIKE di Facebook adalah sehingga 3 Mei 2026, 11:59:59pm.

22/04/2026

PERTANDINGAN SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLAD J ) PERINGKAT NEGERI

MUKESH A/L SARAWANAN
WAKIL SLAD J
SJKT MASAI

20/04/2026

🏆 PENCAPAIAN & PENYERTAAN MINGGU LEPAS

Nama Program : Program pembelajaran melalui aplikasi Skoolbeez.

Pencapaian: Seramai 85 orang murid telah berjaya memperoleh penarafan 5 bintang dalam aplikasi tersebut bagi sesi 2026.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi murid-murid dalam pembelajaran digital dan penglibatan aktif mereka dalam aktiviti yang disediakan.

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 13/01/2026

✨ 2026 ஆம் ஆண்டு கல்வித் தவணையின் முதல் நாள்
✨ Hari Pertama Pembukaan Sekolah Sesi 2026

மகிழ்ச்சியும் உற்சாகத்துடனும் 2026 ஆம் ஆண்டு கல்வித் தவணை இன்று இனிதே தொடங்கியது. இந்த ஆண்டு அனைத்து மாணவர்களுக்கும் அறிவை வளர்த்துக் கொண்டு, சிறந்த பண்புகளை உருவாக்கி, பல வெற்றிகளை அடையும் ஆண்டாக அமைய மனப்பூர்வமான வாழ்த்துகள். 🌟

Dengan penuh keceriaan dan suasana yang teratur, sesi persekolahan 2026 telah bermula dengan lancar. Semoga tahun ini menjadi wadah untuk menimba ilmu, membentuk sahsiah terpuji serta mencapai kejayaan yang gemilang buat semua warga sekolah. 🌟📘

Photos from SJKT MASAI SKK JOHOR's post 11/01/2026

✨ Majlis Perpisahan & Majlis Makan Malam Tahun 2025 ✨
Majlis khas untuk menghargai kenangan, jasa dan kebersamaan sepanjang tahun.
Semoga majlis ini menjadi detik indah yang terpahat dalam ingatan. 💚

📅 08.01.2026
🕡 6.30 – 10.00 malam
📍 WAN Hall, Taman Puteri Wangsa

11/01/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Masai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Jalan Sekolah
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00