06/04/2026
Pakaian Tercantik Raya 2026 😍🤩
Comelnya semua kanak-kanak dan teachers 😎🫶🏻
Keedsflix Playschool Bandar Seri Alam adalah taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). No Perakuan: J/TI 037/2025
Nama Taska: Taska Buruj Ilmu.
Waktu Operasi:
Isnin - Jumaat
07:00 pg - 6:00 ptg
Waktu Cuti:
Sabtu, Ahad & Cuti Umum.
06/04/2026
Pakaian Tercantik Raya 2026 😍🤩
Comelnya semua kanak-kanak dan teachers 😎🫶🏻
06/04/2026
🌙✨ Salam Aidilfitri daripada Keedsflix Playschool Bandar Seri Alam ✨🌙
Di hari yang penuh barakah ini, kami seluruh warga Keedsflix Playschool Bandar Seri Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua ibu ayah dan anak-anak yang kami sayangi 💚
Terima kasih kerana terus mempercayai kami menjadi sebahagian daripada perjalanan awal pembelajaran si kecil.
Setiap senyuman, gelak tawa, dan perkembangan anak-anak di playschool ini adalah hadiah paling bermakna buat kami sebagai pendidik ❤️
Semoga Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kasih sayang yang melimpah buat seluruh keluarga.
Semoga anak-anak kita terus membesar menjadi insan yang ceria, beradab dan penuh keyakinan 🌷
Maaf jika ada salah dan silap dari pihak kami sepanjang mendidik dan membimbing anak-anak.
🍶✨ Aktiviti Hari Ini: Buat Susu Kurma Sendiri!
Hari ni anak-anak bukan sekadar minum susu…
mereka buat sendiri susu kurma dengan tangan kecil mereka 🤍
Bila anak kacau, tuang dan blend sendiri, sebenarnya banyak perkembangan yang berlaku:
🥛 Feature: Aktiviti hands-on bancuh susu kurma
💡 Advantage: Anak belajar ikut langkah & arahan dengan fokus
🌱 Benefit: Tingkatkan kemahiran motor halus & keyakinan diri
🌴 Feature: Kenal bahan semula jadi seperti kurma
💡 Advantage: Anak faham makanan sunnah & khasiatnya
🌱 Benefit: Tanam nilai Islamik dan gaya hidup sihat sejak kecil
👩🏻🏫 Feature: Aktiviti ikut silibus & milestone perkembangan
💡 Advantage: Belajar sambil bermain, bukan sekadar minum
🌱 Benefit: Anak lebih berani mencuba dan seronok datang sekolah
Anak tak lambat…
Cuma bila diberi peluang buat sendiri, mereka akan lebih yakin dan berdikari.
Nak anak belajar sambil rasa dihargai dan disayangi?
Jom datang tengok sendiri suasana di cawangan kami 🌟
Alhamdulillah 🥰 hari ni anak 2 tahun buat Puzzle ABC sendiri…
Nampak macam main biasa je, tapi sebenarnya besar sangat impaknya untuk perkembangan awal mereka 💛
Aktiviti ni sebahagian daripada modul rasmi Keedsflix KeedSeeds khas untuk umur 1–4 tahun ✨
🧩 Feature: Puzzle ABC hands-on, anak cari & padankan huruf pada tempat yang betul
🧠 Advantage: Latih fokus, koordinasi mata-tangan & kenal huruf melalui pergerakan
💛 Benefit: Anak lebih cepat ingat ABC, lebih yakin mencuba dan tak mudah putus asa
Bila anak pegang huruf, cuba padankan, salah sikit… cuba lagi —
di situlah proses pembelajaran sebenar berlaku 🤍
13/02/2026
Ahad lepas… riuh rendah, pasir melekat sana sini, baju basah lencun… tapi senyuman anak-anak, MasyaAllah tak ternilai 🤍
Program MessyKeeds Playnest di Forest City Waterpark bukan sekadar messy play biasa.
Setiap aktiviti dirancang bersama developmental therapist — fokus pada sensori, motor, bahasa, sosial dan emosi anak.
✨ Bila anak main air & pasir
→ Feature: Aktiviti sensori berpandu
→ Advantage: Rangsang saraf & koordinasi badan
→ Benefit: Anak lebih fokus, lebih tenang & lebih cepat respon
✨ Bila anak main dalam group kecil
→ Feature: Social setting berstruktur
→ Advantage: Belajar tunggu giliran & berkomunikasi
→ Benefit: Keyakinan diri makin meningkat
✨ Bila parent ada sesi coaching
→ Feature: Konsultasi & screening red flag
→ Advantage: Ibu ayah lebih faham milestone sebenar anak
→ Benefit: Tak perlu banding-banding, kita tahu arah perkembangan anak sendiri
Inilah bezanya program yang ada struktur & objektif perkembangan — bukan sekadar playdate.
Terima kasih semua parents yang hadir dan beri kepercayaan 🤍
Jumpa lagi untuk sesi seterusnya — insyaAllah lebih seronok, lebih bermakna.
Nak join next intake atau nak tahu aktiviti akan datang?
Boleh WhatsApp kami terus 📲 017-5121807
🧺 Sambung main jual beli…
Yang comel tu bukan sebab barang mainan je 😄
Sebab masa ni anak umur 2 tahun tengah belajar dunia sebenar —
belajar hulur barang,
belajar tunggu giliran,
belajar sebut perkataan mudah walaupun masih pelat ❤️
Ada anak yang mula berani cakap,
ada yang belajar sabar bila kawan ambil dulu,
ada yang senyum bila cikgu puji kecil-kecil 🥹
Nampak macam main,
tapi sebenarnya otak, emosi & sosial anak tengah berkembang serentak.
Di usia 2 tahun,
kami tak kejar pandai membaca.
Kami jaga rasa selamat, seronok & keyakinan diri dulu 🌱
Sebab bila asas emosi kuat,
belajar selepas ni jadi lebih mudah.
Anak kecil tak perlukan tekanan.
Dia cuma perlukan ruang untuk membesar dengan gembira 💛
30/12/2025
✨MAJLIS APRESIASI 3 TAHUN 2025✨
Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir ke Majlis Apresiasi hari ini 🤍
Kehadiran, senyuman dan sokongan ibu bapa sangat bermakna buat kami dan anak-anak.
Suasana hari ini jadi lebih meriah kerana ibu ayah yang sentiasa supportive dan percaya pada perjalanan kecil anak-anak.
Terima kasih kerana berjalan bersama kami 💐
16/12/2025
✨ Parents–Teacher Meeting 2.0
Terima kasih kami ucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir ke Parents–Teacher Meeting 2.0🫶
Sokongan dan kerjasama ibu ayah amat bermakna dalam membantu perkembangan anak-anak di Keedsflix Playschool Bandar Seri Alam.
Bersama kita bina asas pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak 💛
Semoga perbincangan ini memberi manfaat dan kefahaman yang lebih jelas tentang perkembangan si kecil.
Terima kasih kerana terus mempercayai kami 🌈
keedsflixplayschool
keedsflixbandarserialam