03/12/2020
🌸السلام عليكم ورحمة الله وبركته🌸
Kepada:
Ibubapa/penjaga/murid
Sekolah Agama Al-imtiyaz Seri Kota Puteri
Tuan/puan,
PENANGGUHAN PENYERAHAN KERTAS SOALAN UJIAN PENILAIAN BILIK DARJAH (UPBD) TAHUN 2020 DARJAH 1 -5
Behubung perkara di atas adalah dirujuk.
Hal ini adalah dikeranakan terdapat dikalangan guru yang diarahkan menjalankan kuarantin selama 14 hari kerana menjadi kontak barisan kedua dengan pesakit covid 19. Dengan ini besarlah harapan kami agar ibubapa/penjaga & pelajar-pelajar agar dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan bagi kami warga Sekolah Agama Al-imtiyaz Seri Kota Puteri.
Pihak sekolah dengan ini menangguhkan tarikh penyerahan Kertas Soalan Ujian Penilaian Bilik Darjah (UPBD) sebagaimana ketetapan berikut:
🔖 *HARI : Ahad
🔖 *TARIKH : 20.12.2020
🔖 *MASA : 9.00 pagi hingga 12.00 Tengahari.
🔖 *TEMPAT : Dewan Terbuka.
🔖 *TARIKH PEMULANGAN : 27.12.2020/ Ahad (kesemua kertas soalan yg selesai dijawab hendaklah dipulangkan pd tarikh ini, kerana ianya menjadi kebergantungan bagi kenaikan kelas utk sesi 2021)
Bagi pelajar yg mempunyai adik beradik lebih dari seorang digalakkan seorang wakil untuk mengambil kesemua kertas soalan untuk pelajar yg terlibat.
Diharap dapat hadir dengan mematuhi S.O.P yg ditetapkan, memakai pelitup muka dan semua yg hadir juga dikehendaki mengambil suhu.
Sekian,Terima kasih.