25/10/2022
Assalamualaikum w.b.t.
“Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah dengan sabar dan tenang” Saidina Umar Al-Khattab.
Panitia Pendidikan Islam mengucapkan sekalung ucapan tahniah buat 4 orang murid Islam SJKC Masai yang telah terpilih mewakili Daerah Pasir Gudang Ke Kem Fitrah Kasih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Negeri Johor 2022 yang diadakan pada 4-5 Oktober 2022.
Bukan dengan itu sahaja, salah seorang murid SJKC Masai,
Tiara Khaliesah Binti Thaufan dinobatkan Peserta Terbaik Kem (Perempuan).
Kejayaan buat semua. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada kejayaan yang akan datang.