16/07/2026
ππ πππππππππ ππππππππ πππππ ππ πππππ ππππ πππππ ππππππ ππππ ππ
Alhamdulillah, buat pertama kalinya SK Bandar Seri Alam telah menghantar wakil ke Kejohanan Pingpong Bawah 12 Tahun MSSD Pasir Gudang 2026 yang berlangsung pada 2 Julai 2026 di SJKC Foon Yew 5. Penyertaan ini merupakan satu pengalaman baharu yang amat bermakna buat warga BARSA serta menjadi langkah permulaan dalam melahirkan lebih ramai bakat pingpong pada masa akan datang.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemain yang telah membawa nama BARSA dengan penuh semangat dan keyakinan:
π Muhammad Fateh Hizqil bin Mohd Jufri (6 Adab)
π Muhammad Aqiff Aqif Isyraf bin Mat Nawi (6 Adab)
π Muhammad Zulfahmi bin Muhammad Zulfakar (5 Azam)
Sekalung penghargaan kepada jurulatih, Cikgu Norhasliza binti Rosli, atas bimbingan dan komitmen yang diberikan sepanjang persiapan kejohanan. Terima kasih juga kepada pihak pentadbir, guru-guru dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak-anak BARSA.
Walaupun ini merupakan penyertaan pertama BARSA dalam kejohanan ini, keberanian untuk mencuba adalah satu langkah yang sangat membanggakan. Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi dan melahirkan lebih ramai pemain pingpong yang cemerlang pada masa akan datang. Teruskan berjuang, BARSA! π€²