Gen-Uniqpreneur Uitm Pasir Gudang

Gen-Uniqpreneur Uitm Pasir Gudang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Gen-Uniqpreneur Uitm Pasir Gudang, Education, UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, Jalan Purnama, Masai.

Gen-Uniqpreneur Uitm Pasir Gudang
- Mempromosi produk OKU
- Berada di bawah program Mahasiswa Harapan Masyarakat 2020 (MHM) yang dianjurkan oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)

12 April 2021 | 1 Ramadan 1442H 🌙 SAMBUTAN BULAN RAMADAN 🌙MAKNA RAMADHAN🌝Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik...
12/04/2021

12 April 2021 | 1 Ramadan 1442H

🌙 SAMBUTAN BULAN RAMADAN 🌙

MAKNA RAMADHAN🌝

Ramadhan membawa maksud panas yang sangat terik. Dinamakan demikian kerana pada bulan tersebut di tanah Arab kebiasaanya cuaca adalah panas, terik dan kering. Maka makna panas tersebut diharapkan dapat membakar segala kekotoran dosa orang yang berpuasa dan yang menghidupkan ibadah di sepanjang bulan Ramadan. Umat Islam DIWAJIBKAN untuk berpuasa pada bulan Ramadhan.

Firman Allah dalam Q.S. Al-Baqarah ayat 183 yaitu:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Artinya: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

2 April 2021 | Jumaat"Hari Kesedaran Autisme Sedunia"🌹APAKAH AUTISME ?🔅 Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepan...
02/04/2021

2 April 2021 | Jumaat

"Hari Kesedaran Autisme Sedunia"

🌹APAKAH AUTISME ?

🔅 Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat. Ini bermakna autisme memberi kesan kepada perkembangan otak dan mempengaruhi keupayaan anak untuk berkomunikasi, berinteraksi secara sosial dan belajar seperti anak biasa.

🌹FAKTA MENGENAI AUTISME

🔅 Autisme tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Autisme dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.

🔅 Autisme muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.

🔅 Autisme adalah gangguan spektrum. Ini bermakna bahawa sesetengah individu terjejas dengan autisme pada tahap yang rendah, sesetengah di peringkat sederhana dan sesetengah di tahap yang tinggi.

28 Mac 2021 | Malam 15 Sya'ban 1442HMalam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailat...
28/03/2021

28 Mac 2021 | Malam 15 Sya'ban 1442H

Malam Nisfu Syaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Berikut adalah amalan-amalan yang boleh dikerjakan:

1⃣ Solat Sunat Nisfu Syaban
2⃣ Membaca Surah Yasin Sebanyak 3 Kali
Bacalah Yasin dengan niat supaya:
🌝Allah memanjangkan umur serta dapat beribadat
🌝Menambah rezeki
🌝Ditetapkan dan meningkatkan iman dan mati dalam husnul khatimah
3⃣ Doa Nisfu Syaban

28/03/2021

28 MAC 2021 | AHAD

Bahasa Isyarat : Angka 🔢👏🏻

Ahad | 14 Mac 2021Jom Belajar Bahasa Isyarat😍✨Kami team Gen-Uniqpreneur, bercadang untuk menjadikan hari ini sebagai har...
14/03/2021

Ahad | 14 Mac 2021

Jom Belajar Bahasa Isyarat😍✨

Kami team Gen-Uniqpreneur, bercadang untuk menjadikan hari ini sebagai hari untuk belajar bahasa Isyarat. Jadi, pada hari ini kita akan belajar asas bahasa Isyarat iaitu cara mengenal huruf😊

Puasa pada 27 bulan Rejab sama seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa s...
10/03/2021

Puasa pada 27 bulan Rejab sama seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.

Dan Ini, Amalan Malam Rejab =)

1.Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.

2.Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.

3.Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..

4.Berdoa.

5.Memohon keampunan diri dan ibu bapa.

6.Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY !!🎉Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan kepada semua kaum wanita daripada kami, Team Ge...
08/03/2021

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY !!🎉

Selamat Hari Wanita Sedunia diucapkan kepada semua kaum wanita daripada kami, Team Gen-Uniqpreneur UiTM Pasir Gudang🤗✨

FUN FACT FOR TODAY🥳🥳Tahukah anda bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia juga jatuh pada hari sabtu iaitu hari terakhir pada bu...
06/03/2021

FUN FACT FOR TODAY🥳🥳

Tahukah anda bahawa Hari Kemerdekaan Malaysia juga jatuh pada hari sabtu iaitu hari terakhir pada bulan Ogos 1957. Ini menunjukkan berakhirlah penjajahan keatas Tanah Melayu dan kekal sehingga kini😉

Sabtu | 6 Mac 2021Coffee is life☕Kehidupan ini penuh dengan pelbagai cabaran yang mewujudkan segala pahit manis dalam ha...
06/03/2021

Sabtu | 6 Mac 2021

Coffee is life☕

Kehidupan ini penuh dengan pelbagai cabaran yang mewujudkan segala pahit manis dalam hari-hari kita. Segala perkara baik dan buruk yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. sentiasalah bersyukur dan redha akan ketentuannya.

Have a great weekend🤗🌹

FUN FACT FOR TODAYY 🥳🥳Tahukah anda terdapat beberapa agama dan negara yang mengambil hari sabtu sebagai hari ke-7 dalam ...
06/03/2021

FUN FACT FOR TODAYY 🥳🥳

Tahukah anda terdapat beberapa agama dan negara yang mengambil hari sabtu sebagai hari ke-7 dalam seminggu. Perkataan sabtu diambil daripada bahasa arab iaitu, as-sabt. Hari sabtu juga diambil sebagai hari untuk berehat daripada melakukan pekerjaan dan menggunakan hari tersebut untul meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.😉

Selamat berhujung minggu☺️🤗

5 MAC 2021 | JUMAATSalam Jumaat Semua 😇🌹firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 11,yang bermaksud:-"Sesungguhnya Allah ti...
05/03/2021

5 MAC 2021 | JUMAAT

Salam Jumaat Semua 😇🌹

firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 11,yang bermaksud:-

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka",

Jadikan petikan ayat ini untuk menguatkan semangat diri sendiri dalam melalui apa-apa situasi sekalipun dan jangan berputus asa kerana Allah membenci orang-orang yang berputus asa.

p/s; gambar adalah daripada sumber carian google
p/s; petikan daripada sumber google

5 MAC 2021 | JUMAATSalam Jumaat Semua🌹😇Seperti yang kita tahu, solat jumaat merupakan satu kewajipan yang amat dituntut ...
05/03/2021

5 MAC 2021 | JUMAAT

Salam Jumaat Semua🌹😇

Seperti yang kita tahu, solat jumaat merupakan satu kewajipan yang amat dituntut dalam agama Islam.
Firman Allah SWT,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ
maksud:wahai orang-orang yang beriman! Apanila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah( dengan mengerjakan sembahyang jumaat). -Surah al-Jumu'ah (9)

Berdasarkan pada penjelasan di atas maka bagi seseorang yang cacat anggota fizikalnya, dia tidaklah termasuk keuzuran yang dibenarkan untuk meninggalkan solat Jumaat, tetapi jika keuzurannya termasuk seperti mana yang dinyatakan di atas maka ia diharuskan untuk meninggalkan solat Jumaat.
Kami nyatakan kepada saudara, pertama perlu niat untuk ke masjid bagi mendirikan solat Jumaat. Keduanya, jika tiada orang yang boleh membantu untuk sampai ke masjid serta masyaqqah kerana keadaan fizikal seperti saudara nyatakan, makanya gugurlah solat Jumaat ke atas saudara.
Semoga Allah SWT kurniakan taufik dan hidayah kepada kita serta istiqamah dalam mengamali perintah Tuhan. Amin.

p/s; gambar adalah daripada sumber carian google
p/s; sumber rujukan laman web rasmi pejabat m***i wilayah persekutuan

Address

UiTM Cawangan Johor, Kampus Pasir Gudang, Jalan Purnama
Masai
81750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gen-Uniqpreneur Uitm Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category