Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2

Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2

Share

Sekolah Agam Bandar Seri Alam 2 Sekolah Agama ini telah dibiayai penuh oleh Jabatan Agama Islam Johor.

�Pada 1 Jun 2021, Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2 telah mula beroperasi tetapi pelajar-pelajar tidak dibenarkan ke sekolah memandangkan keadaan wabak covid-19 dan pelajar-pelajar hanya mengikuti pembelajaran dirumah sahaja.

�Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2 juga dibina atas tapak tanah wakaf di Jalan Rimbun 16 Bandar Seri Alam.

30/03/2026

Tahniah diucapkan kepada calon SDKA 2025
SABSA2 semoga terus melangkah untuk menjadi yang terbaik!!

04/09/2025

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H / 2025M

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzab: 21)

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Pengarah dan seluruh warga Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mengucapkan Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam.

Mari kita meneladani akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperkukuhkan iman, menyemai kasih sayang serta menyuburkan nilai ihsan dalam kehidupan seharian.


03/09/2025

Begitu tinggi darjat seorang ibu hingga Rasulullah SAW mendahulukannya tiga kali sebelum ayah. Kerana pada rahimnyalah kita dikandung, pada tubuhnya kita ditanggung, dan dengan kasih sayangnya kita dibesarkan.

Hargai serta doakan dan bahagiakanlah ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Itulah jalan menuju keberkatan hidup dan keredhaan Allah SWT.

Bagi yang telah kehilangan, jangan pernah berhenti menghadiahkan doa. Sesungguhnya doa anak soleh menjadi bekalan yang terus mengalir buat kedua ibu bapanya di alam sana.







Photos from Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2's post 02/09/2025

Alhamdulillah selesai program bersama anak-anak Tadika Agama Islam Johor ( TAJ ) dengan aktiviti Treasure Hunt sempena Hari Kebangsaan.

SELASA | 2.09.2025

Hari ini suasana di Tadika Agama Islam Johor sungguh meriah! 🎉 Aktiviti yang penuh semangat, mereka berlari mencari “harta karun” sambil menyelesaikan pelbagai cabaran kecil 🕵🏻‍♀️✨.

Tahniah diucapkan kepada guru TAJ Nurdiyana Muhammad Nasir dan rakan gurunya yang berjaya menganjurkan aktiviti yang menarik ini. Senyuman dan tawa yang terukir jelas menunjukkan betapa mereka seronok belajar tentang erti kemerdekaan melalui cara yang kreatif dan menyeronokkan.

Semoga pengalaman manis ini menjadi kenangan indah dalam perjalanan awal mereka sebagai generasi pewaris bangsa. 🌟

01/09/2025

Selamat menduduki Peperiksaan Lisan SDEA & SDKA✨

Semoga diberikan ketenangan, kelancaran dalam pertuturan dan keyakinan ketika menjawab. Insya-Allah, kejayaan menanti anda.”

Chayoookk !!!!

Photos from Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2's post 29/08/2025

📣 SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN YANG KE-68🇲🇾✨💖

Jumaat | 29.08.2025

Alhamdulillah, Program Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2025 peringkat sekolah telah berlangsung dengan penuh warna-warni, meriah dan semangat patriotisme yang tinggi.

Semua aktiviti ini berjaya menyemai rasa cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta, Malaysia. 🌺
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua guru, murid, ibu bapa serta pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

"Malaysia MADANI, Rakyat Disantuni"

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




24/08/2025

Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2 bersatu dalam membentras semua bentuk buli. Di sebalik senyuman mereka, mungkin ada tangisan yang disembunyikan. Buli bukan sekadar sakit fizikal tapi trauma yang menghantui jiwa.

💔 Jangan jadi punca seseorang hilang harapan.
✋ Hentikan Buli
# JOHORSAFEZONE
# BULI BUKAN BUDAYA KITA

Photos from Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2's post 17/08/2025

Part 5 . See you in next event ! 🔥

Photos from Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2's post 17/08/2025

Wajah ceria pelajar-pelajar penerima anugerah cemerlang dan para penerima cabutan bertuah.✨🔥

Part 4

Photos from Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2's post 17/08/2025

Wajah ceria pelajar-pelajar penerima anugerah cemerlang.✨🔥

Part 3

Photos from Sekolah Agama Bandar Seri Alam 2's post 17/08/2025

Wajah ceria pelajar-pelajar penerima anugerah cemerlang.✨🔥

Part 2

Want your school to be the top-listed School/college in Masai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Jalan RIMBUN 16
Masai
81750

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00