SK Long Sepiling, Baram, Sarawak

SK Long Sepiling, Baram, Sarawak Laman Facebook Rasmi SK Long Sepiling

27/02/2022

Cuti sekolah...

Sekalung penghargaan kepada semua yang telah membantu Projek Sepiling Young Engineer.Harapan saya dan juga guru-guru di ...
13/09/2019

Sekalung penghargaan kepada semua yang telah membantu Projek Sepiling Young Engineer.

Harapan saya dan juga guru-guru di SK Long Sepiling, kami menyemai minat dan dengan harapan minat mereka berterusan dan mempunyai impian menceburi diri dalam bidang STEM.

Murid-murid di pedalaman juga boleh, yang penting komitmen dari semua warga sekolah dalam usaha menyediakan peluang dan kesamarataan akses kepada murid-murid pedalaman.

Dalam hal ini sokongan dan kepercayaan pentadbir sekolah, masyarakat serta pembabitan badan korporat, tokoh tempatan juga banyak membantu kami dalam merealisasikan impian.

Terima kasih kepada Utusan Borneo
Terima kasih kepada semua

23/08/2019

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Jepak Holding Sdn. Bhd. diatas sumbangan yg diberikan kepada pasukan Sepiling Young Engineers yg bertanding di Grand Final Petrosains RBTX Challenge 2019. Pada tahun ini kami berada dlm final dua kategori..kategori junior innovation dan robotracer junior. Terima kasih Dr Gabriel Walter kerana prihatin terhadap keperluan anak anak Sarawak.
Thank you.

Salam...hari ini 15 Ogos 2019..bermakna tinggal satu minggu sahaja lagi sebelum anak anak Sepiling berentap di pentas fi...
15/08/2019

Salam...hari ini 15 Ogos 2019..bermakna tinggal satu minggu sahaja lagi sebelum anak anak Sepiling berentap di pentas final Petrosains RBTX Challenge 2019.
Utk tahun ini kami layak ke final utk 2 kategori iaitu Robotracer dan Inovasi. Ianya melibatkan 2 pasukan berbeza dari Kelab Sepiling Young Engineers.
Pasukan Inovasi terdiri drpd pelajar2 perempuan yg dibimbing oleh Cikgu Syahmi dan Cikgu Siti Zulaikha.
Pelajar terlibat:
1. Dysebel Dau Seman (Tahun 3)
2. Cecilia Nora ( T.6)
3. Eunice Ulau Will (T.6)

Pasukan Robotracer p**a adalah dibawah bimbingan Cikgu Md. Saffuan dan Cikgu Md Khalid.
Pelajar terlibat;
1. Qaiza Adam Luhat (T.6)
2. Daryel Felicia ( T.5)
3. Dean Ryan ( T.4)
4. Qaize Asyraff @ Kallang (T.3)

Utk menghadirkan diri ke final bagi sekolah kecil seperti kami bukanlah satu perkara yang mudah. Kos yg agak tinggi diperlukan bagi menampung perjalanan, makanan, penginapan, peralatan dan bermacam lagi persediaan. Untuk penerbangan pergi balik sahaja kosnya mencecah hampir RM5,000. Kos keseluruhan berdasarkan perkiraan awal mencecah RM11,000.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Jepak Holdings Sdn Bhd. Kerana sudi utk menyumbang bagi menampung sebahagian kos utk menghantar pasukan-pasukan ini ke final nanti. Terima kasih kepada semua yg telah menyumbang kepada Sepiling Young Engineers. Doakan kejayaan kami di pentas final robotracer dan innovation di Petrosains RBTX Challenge 2019 pada 23 dan 24 Ogos ini.

Tq YB Datu' Dr. Penguang Manggil
Tq Maester
Tq Jepak Holdings Sdn Bhd
Tq everybody.
Doakan kejayaan kami.


Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk persiapan Team N.E.D Innovation sebelum ke Shah Alam.N.E.D Innovation dianggo...
08/08/2019

Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk persiapan Team N.E.D Innovation sebelum ke Shah Alam.

N.E.D Innovation dianggotai oleh Nora, Eunice dan Dau dibawah bimbingan cikgu Syahmi. N.E.D Innovation akan bersama-sama 9 sekolah lain di Peringkat Kebangsaan nanti.

Doakan kejayaan kami
Sepiling Young Engineer

KEPUTUSAN PETROSAINS RBTX ROBOTRACER KESELURUHANBerita gembira ini saya ingin kongsikan dengan rakan-rakanTapi boleh tak...
01/08/2019

KEPUTUSAN PETROSAINS RBTX ROBOTRACER KESELURUHAN

Berita gembira ini saya ingin kongsikan dengan rakan-rakan

Tapi boleh tak rakan-rakan bantu untuk saya capai 1001 SHARE sebagai tanda sokongan kepada Sepiling Young Engineer dan bagi membantu kami mencapai sasaran RM1001 sahaja lagi.

Kutipan sekarang RM5014 / RM6015

Setelah sekian Lama saya menanti keputusan, akhirnya 1 daripada 2 Pasukan Robotracer telah terpilih untuk ke pusingan akhir di Stadium Malawati, Shah Alam pada 24 Ogos 2019.

Tahniah kepada SEPILING TRACER 2 yang dianggotai oleh adik Qaiza Adam Luhat dan Darryel Kelas Felycia Purai. Anda berjaya membuktikan kebolehan anak-anak murid dari pedalaman.

Saya mohon bantuan rakan-rakan untuk
SHARE dan LIKE

Supaya ramai lagi yang tahu mengenai Projek Sepiling Young Engineer

Klik di sini untuk mendapat maklumat mengenai Sepiling Young Engineer dan memberi sumbangan

https://www.100percentproject.org/en/SepilingYoungEngineers

TERIMA KASIH dan SAYU KENEP

Hari ini dengan Team Junior Innovate.SK Long Sepiling menghantar 2 kump**an ke pertandingan Junior Innovate1. Cikgu Saff...
24/07/2019

Hari ini dengan Team Junior Innovate.
SK Long Sepiling menghantar 2 kump**an ke pertandingan Junior Innovate

1. Cikgu Saffuan
- Dyesebel Dau Seman (9 tahun)
- Grace Puyang Lahung (11 tahun)

2. Cikgu Zulaikha Izlin Rusman
- Cecilia Nora (12 tahun)
- Eunice Ulau Will (12 tahun)

Untuk pertandingan ini peserta dikehendaki8 mencipta Permainan dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula dengan embedded system.

Waktu petang kami luangkan masa lebih kurang 2 jam untuk siapkan projek. InsyaAllah pasukan ini akan ke Miri pada 2 Ogos 2019 dan pertandingan berlangsung pada 3 - 4 Ogos 2019 di Pustaka Miri.

Harapan saya bukanlah kami juara, menang emas, tetapi "proses" semasa menghasilkan permainan, ada masa gagal, ada masa terpaksa buat semula, ada hari kami test permainan ok, tiba-tiba tak ok.

Doakan kami ye.

UPDATE 19 JULAI 2019PLEASE SHARESupaya ramai yang tahu dan dapat beri sumbangan kepada Projek Sepiling Young Engineer. T...
19/07/2019

UPDATE 19 JULAI 2019

PLEASE SHARE
Supaya ramai yang tahu dan dapat beri sumbangan kepada Projek Sepiling Young Engineer.

TERKINI RM4374 daripada RM6015 telah berjaya dikumpulkan (kira-kira 72%)

Sasaran kami untuk menamatkan kempen Projek Sepiling Young Engineer dalam masa terdekat.

Seterusnya, Sepiling Young Engineer akan menghantar murid ke pertandingan
Junior Innovate 3 & 4 Ogos 2019 di Miri.

Terima kasih daripada
🙋‍♂️Sepiling Young Engineer🙋‍♀️

đź’»Share tanda sokongan anda kepada kami

đź’»Klik pada pautan ini untuk memberi sumbangan

https://www.100percentproject.org/en/SepilingYoungEngineers

Address

SK Long Sepiling, D/A PPD Baram
Marudi
98050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Long Sepiling, Baram, Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category