18/04/2026
Kategori B: Tarian Tradisional Melayu
Tajuk Karya: Lara Samudera
Koreografer & Makeup: Cikgu Gilligivray Christian Tawau Gabby Christian Tawau
Hairdresser & Busana: Saiful dan Fitri Rose
SK Good Shepherd juga telah mewakili PPD Baram ke Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Malaysia (TA’SEEM) 2026 peringkat negeri Sarawak dan berjaya menduduki 10 teratas bagi kategori ini secara keseluruhan.
Pertama kalinya Ayden Anyie anak Harisson dan Athaleah Schem Jenny (murid tahun 4) sebagai penari tahun ini dan terus berjaya ke peringkat ini. Semasa di pertandingan peringkat daerah, mereka berdua berjaya merangkul anugerah:-
1. Penari Lelaki Terbaik✅
2.Busana Terbaik✅
3. Persembahan Duo Terbaik✅
4. Johan keseluruhan✅
Sekali lagi terima kasih kepada Puan Geraldene Subang Guru Besar SK Good Shepherd, Cikgu Sandra Randie yang bertungkus lumus menyediakan dan mencari dana pasukan, cikgu Emylia Evylin, Cikgu Ettyca Gracesia dan Puan RamSall RS dan seluruh warga SK Good Shepherd yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung kerana bersama-sama menguruskan pasukan tarian sekolah pada tahun ini.
Semoga Tuhan membalas kebaikan dan pengorbanan kalian. Kejayaan ini milik kita bersama.