SK Long Seridan

Directions

SK Long Seridan SK Long Seridan was opened in 1961 by the name "Long Seridan Lower Primary School".

📌 Majlis Makan Beradab (SisKA) Part II🗓️ 20 Ogos 2026📍 Dewan makan, SKLS Adat dan santun disemai, secebis kenangan kampu...
21/08/2026

📌 Majlis Makan Beradab (SisKA) Part II
🗓️ 20 Ogos 2026
📍 Dewan makan, SKLS

Adat dan santun disemai, secebis kenangan kampung diukir bersama.

Majlis Makan Beradab merupakan salah satu aktiviti SisKA yang dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada murid untuk menghayati adab, kesopanan dan disiplin dalam suasana majlis rasmi.

✨ Objektif pelaksanaan:
• Mendedahkan murid kepada etika dan adab makan yang betul.
• Memupuk nilai kesopanan dan disiplin semasa majlis rasmi.
• Meningkatkan keyakinan diri murid dalam situasi sosial.
• Mengeratkan hubungan antara murid dan warga sekolah.

✨Aktiviti :
• Sesi Makan Berasab
• Malam Ini Kita Punya (Fashion Show Murid)
• Nasi Temuan (Staf)

Dengan mengangkat tema “Orang Kampung”, majlis berlangsung dalam suasana yang santai, mesra dan penuh nilai kebersamaan. Tema ini turut membawa kita kembali kepada keindahan kehidupan kampung yang sederhana, sopan dan kaya dengan nilai kekeluargaan.

Semoga pengalaman ini menjadi secebis kenangan indah buat anak-anak, di samping menyemai nilai adab dan santun yang akan terus dibawa dalam kehidupan seharian.

Adat dijunjung, santun disemai, kenangan kampung tersemat di hati. 🌾💚

📌 Majlis Makan Beradab (SisKA) Part I🗓️ 20 Ogos 2026📍 Dewan makan, SKLS Adat dan santun disemai, secebis kenangan kampun...
21/08/2026

📌 Majlis Makan Beradab (SisKA) Part I
🗓️ 20 Ogos 2026
📍 Dewan makan, SKLS

Adat dan santun disemai, secebis kenangan kampung diukir bersama.

Majlis Makan Beradab merupakan salah satu aktiviti SisKA yang dilaksanakan bagi memberi pengalaman kepada murid untuk menghayati adab, kesopanan dan disiplin dalam suasana majlis rasmi.

✨ Objektif pelaksanaan:
• Mendedahkan murid kepada etika dan adab makan yang betul.
• Memupuk nilai kesopanan dan disiplin semasa majlis rasmi.
• Meningkatkan keyakinan diri murid dalam situasi sosial.
• Mengeratkan hubungan antara murid dan warga sekolah.

✨Aktiviti :
• Sesi Makan Berasab
• Malam Ini Kita Punya (Fashion Show Murid)
• Nasi Temuan (Staf)

Dengan mengangkat tema “Orang Kampung”, majlis berlangsung dalam suasana yang santai, mesra dan penuh nilai kebersamaan. Tema ini turut membawa kita kembali kepada keindahan kehidupan kampung yang sederhana, sopan dan kaya dengan nilai kekeluargaan.

Semoga pengalaman ini menjadi secebis kenangan indah buat anak-anak, di samping menyemai nilai adab dan santun yang akan terus dibawa dalam kehidupan seharian.

Adat dijunjung, santun disemai, kenangan kampung tersemat di hati. 🌾💚

📌 Sambutan Hari Lahir (Prasekolah)🗓️ 12 Ogos 2026📍Prasekolah Cerdik, SKLSHari yang penuh keceriaan dan bermakna buat ana...
21/08/2026

📌 Sambutan Hari Lahir (Prasekolah)
🗓️ 12 Ogos 2026
📍Prasekolah Cerdik, SKLS

Hari yang penuh keceriaan dan bermakna buat anak-anak Prasekolah. Sambutan hari lahir menjadi ruang untuk kita meraikan setiap anak dengan penuh kasih sayang, di samping mengeratkan hubungan antara murid dan warga sekolah.

Turut diadakan Ceramah Kesihatan sebagai usaha memberi pendedahan awal kepada murid tentang kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Semoga anak-anak terus membesar dengan sihat, ceria dan menjadi insan yang hebat. 🌈

📌 Program H.A.D.I.R🗓️ 07 Ogos 2026 📍Dewan Makan, SKLSSekolah Kebangsaan Long Seridan berbesar hati menerima kunjungan Dr...
19/08/2026

📌 Program H.A.D.I.R
🗓️ 07 Ogos 2026
📍Dewan Makan, SKLS
Sekolah Kebangsaan Long Seridan berbesar hati menerima kunjungan Dr. Henry Kota Pirak, Pensyarah Cemerlang IPG Kampus Miri, yang telah menyampaikan perkongsian yang sangat bermakna menerusi Program HADIR.

Perkongsian beliau memberikan pendedahan dan panduan kepada warga sekolah, khususnya dalam memahami peranan ibu bapa dan sekolah sebagai satu pasukan dalam menyokong perkembangan serta kejayaan anak-anak.

📌 Fokus perkongsian merangkumi:
✅ Peranan ibu bapa dalam pendidikan anak
✅ Pembentukan sahsiah & disiplin
✅ Strategi menyokong pencapaian akademik
✅ Pembangunan holistik murid

Sesungguhnya, pendidikan bukan hanya tentang pencapaian akademik, tetapi turut melibatkan pembentukan sahsiah, disiplin, emosi, potensi dan jati diri murid secara menyeluruh.

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Henry Kota Pirak atas perkongsian ilmu, pandangan dan inspirasi yang sangat bermanfaat. Semoga perkongsian ini menjadi pemangkin kepada kerjasama yang lebih erat antara sekolah, ibu bapa dan komuniti demi masa depan anak-anak yang lebih gemilang.




SKLS : Spark - Kind - Limitless - Self confident

Anie Henry
08/08/2026

Anie Henry

📌 Program Jalinan bersama IPG Kampus Sarawak, Miri (Teaching School Fasa 1)🗓️ 4-5 Ogos 2026📍Dewan Makan & Padang, SKLSSK...
07/08/2026

📌 Program Jalinan bersama IPG Kampus Sarawak, Miri (Teaching School Fasa 1)
🗓️ 4-5 Ogos 2026
📍Dewan Makan & Padang, SKLS

SK Long Seridan telah menerima kunjungan daripada warga IPG Kampus Sarawak, Miri sempena pelaksanaan Program Sekolah Pengajar Peribumi yang berlangsung selama dua hari.

Program ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi pendidikan guru dengan sekolah, di samping berkongsi ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, khususnya di sekolah pedalaman.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para pensyarah dan guru pelatih yang telah hadir menjayakan program ini:
• Dr. Henry Kota Pirak
• Dr. Magdeline Nor
• Dr. Edmund Austrus
• En. Heritos Muling
• En. Matthew Curtice
• Cik Desbriyani Maripa (Guru Pelatih)

Aktiviti yang telah dijalankan :
• Kajian Tindakan & Inovasi - Meningkatkan kompetensi guru
• Kemenjadian murid - sukaneka dan ceramah motivasi
• Robotik - guru dan murid

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi melahirkan generasi murid yang berilmu, berdaya saing dan berpotensi tinggi.

Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bersama warga SK Long Seridan. Semoga segala usaha yang dilaksanakan membawa manfaat kepada semua.




SKLS : Spark - Kind - Limitless - Self Confident

📌 Sambutan Hari Lahir Jan - Jun 2026🗓️ 16 Julai 2026📍 Dewan Makan, SKLSSekalung ucapan Selamat Hari Lahir kepada murid-m...
07/08/2026

📌 Sambutan Hari Lahir Jan - Jun 2026
🗓️ 16 Julai 2026
📍 Dewan Makan, SKLS

Sekalung ucapan Selamat Hari Lahir kepada murid-murid SK Long Seridan yang lahir pada bulan Januari hingga Jun.

Semoga sentiasa sihat, ceria, dan terus melakar kejayaan dalam setiap impian.

Terus bersinar dan menjadi kebanggaan sekolah ✨





SKLS : Spark - Kind - Limitless - Self confident

Address

SK Long Seridan
Marudi
98050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Long Seridan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category