22/09/2026
๐ SETULUS PENGHARGAAN ๐
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram, barisan penceramah, fasilitator, guru pengiring serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Misi A+ PPD Baram yang telah berlangsung pada 17 hingga 18 September 2026 bertempat di SMK Long Lama.
Program ini telah melibatkan seramai 140 orang calon SPM daripada empat buah sekolah, iaitu SMK Tinjar, SMK TDLJ, SMK Long Bedian dan SMK Long Lama.
Fokus program melibatkan empat mata pelajaran utama, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik, sebagai usaha memperkukuh penguasaan akademik, meningkatkan keyakinan serta mempersiapkan para calon menghadapi SPM 2026.
Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua guru pengiring dan guru mata pelajaran yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung. Segala perkongsian ilmu, bimbingan, motivasi dan pengalaman yang dicurahkan amat bermakna dalam membantu para calon membuat persediaan yang lebih mantap.
Sesungguhnya, kejayaan program ini merupakan hasil kerjasama erat dan komitmen padu semua pihak dalam usaha membimbing dan menyokong anak-anak Baram menuju kecemerlangan.
Terima kasih atas segala jasa, usaha dan dedikasi yang telah dicurahkan. Semoga segala ilmu dan bimbingan yang diberikan menjadi bekalan berharga kepada para calon dalam menghadapi SPM 2026.
๐ TERIMA KASIH DAN SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT! ๐