SRIDI Pengkalan Berangan, Marang

SRIDI Pengkalan Berangan, Marang SRIDI Pengkalan Berangan merupakan satu institusi pendidikan peringkat rendah yang memberi penekanan terhadap pendidikan agama Islam dan bahasa Arab.

Selamat Datang & Selamat Berkhidmat di SRIDI Pengkalan Berangan kepada Cikgu Azmira Syazleen Bt Azizulrahim. Semoga deng...
14/06/2026

Selamat Datang & Selamat Berkhidmat di SRIDI Pengkalan Berangan kepada Cikgu Azmira Syazleen Bt Azizulrahim. Semoga dengan kehadiran cikgu ke sekolah kami akan menambahkan lagi kecemerlangan pelajar-pelajar.

01/06/2026

Patik mewakili Kerajaan Negeri dan rakyat Terengganu merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku.

Dirgahayu Tuanku!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Tengku Hasnah binti Tengku Lon...
30/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dengan penuh rasa dukacita, dimaklumkan bahawa Tengku Hasnah binti Tengku Long @ Kak Nah Pengusaha Kantin SRIDI Pengkalan Berangan, telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H.

Sehubungan itu, pihak SRIDI Pengkalan Berangan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan serta mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman.

Marilah kita sama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan buat Allahyarham.

اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها وأكرم نزلها ووسع مدخلها وأغسلها بالماء والثلج والبرد.

Al-Fatihah.

🌸✨ CUTI PERTENGAHAN TAHUN TELAH TIBA! ✨🌸Selamat bercuti buat seluruh warga SRIDI Pengkalan Berangan 💚Semoga cuti kali in...
22/05/2026

🌸✨ CUTI PERTENGAHAN TAHUN TELAH TIBA! ✨🌸

Selamat bercuti buat seluruh warga SRIDI Pengkalan Berangan 💚
Semoga cuti kali ini dipenuhi dengan kegembiraan, masa berkualiti bersama keluarga dan pengalaman yang bermakna buat anak-anak.

Gunakan masa cuti untuk:
📚 Mengulang kaji pelajaran
🕌 Menambah amalan dan ibadah
👨‍👩‍👧‍👦 Meluangkan masa bersama keluarga
🌈 Melakukan aktiviti yang sihat dan bermanfaat

Walau bercuti, jangan lupa teruskan belajar dan jaga diri baik-baik 😊

💫 Selamat bercuti dan jumpa semula di sekolah dengan semangat baharu! 💫

Lensa sekitar Sambutan Hari Guru SRIDIPB 2026. 🌷 Selamat Hari Guru 🌷“Guru Bitara, Nadi Negara”Setinggi-tinggi penghargaa...
18/05/2026

Lensa sekitar Sambutan Hari Guru SRIDIPB 2026.

🌷 Selamat Hari Guru 🌷

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua guru yang sentiasa mencurahkan ilmu, membimbing dengan penuh kasih sayang serta mendidik tanpa jemu demi melahirkan generasi yang cemerlang.

Guru ibarat akar yang sentiasa memberi kekuatan, makanan dan air, agar murid terus membesar mekar menjadi bunga yang indah dan harum di masa hadapan. 🌸

Terima kasih cikgu atas segala pengorbanan, kesabaran dan jasa yang tidak ternilai. Semoga semua guru sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa. Terima kasih juga ibu ayah semua atas perkongsian rezeki💐




🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹“Guru Bitara, Nadi Negara”Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh war...
16/05/2026

🌹 SELAMAT HARI GURU 2026 🌹

“Guru Bitara, Nadi Negara”

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, membimbing dengan penuh dedikasi serta mendidik dengan hati yang tulus. ✨

Menjadi seorang guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak, menyemai harapan dan membina generasi masa depan yang cemerlang. Setiap pengorbanan, kesabaran dan keikhlasan seorang guru amat besar nilainya dalam kehidupan anak-anak didik. 📚💚

Semoga seluruh guru sentiasa diberikan kekuatan, kebahagiaan, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan dalam mendidik dan berbakti.

Bittaufiq wannajah! 📖Selamat menghadapi Pentaksiran Pertengahan Tahun buat semua murid SRIDI Pengkalan Berangan. Semoga ...
14/05/2026

Bittaufiq wannajah! 📖

Selamat menghadapi Pentaksiran Pertengahan Tahun buat semua murid SRIDI Pengkalan Berangan. Semoga tenang menjawab soalan dan diberikan keputusan yang cemerlang.

🗓️ Tarikh: 14 - 21 Mei 2026

✨ Majlis Perpisahan & Meraikan Warga Pentadbir Baharu ✨📍 SRIDI Pengkalan Berangan📅 Rabu | 6 Mei 2026Warga SRIDI Pengkala...
10/05/2026

✨ Majlis Perpisahan & Meraikan Warga Pentadbir Baharu ✨

📍 SRIDI Pengkalan Berangan
📅 Rabu | 6 Mei 2026

Warga SRIDI Pengkalan Berangan telah mengadakan majlis bagi meraikan pertukaran beberapa orang guru yang telah banyak berjasa serta menyambut kehadiran pentadbir baharu sekolah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada:
🌸 Tc Suraya — Guru Besar
🌸 Ustaz Samraa’ — PK HEM
🌸 Muallimah Wahida
🌸 Ustaz Farman
🌸 Ustazah Munira
🌸 Cg Jariah

atas segala jasa, pengorbanan, ilmu dan kasih sayang yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di SRIDI Pengkalan Berangan. Semoga segala bakti yang ditaburkan menjadi amal jariah dan terus diberkati Allah SWT.

Pergi merantau membawa harapan,
Kenangan indah kekal tersimpan;
Jasa dan budi jadi ingatan,
Terpahat erat sepanjang zaman.

Warga sekolah juga mengalu-alukan kehadiran:
✨ Ustazah Aisyah binti Md Din sebagai Guru Besar baharu
✨ Ustaz Mohammad Hafiz sebagai PK HEM baharu

Semoga kehadiran barisan pentadbir baharu ini membawa sinar kecemerlangan, keberkatan dan terus memacu SRIDI Pengkalan Berangan ke arah yang lebih gemilang.

💐 “Yang pergi dikenang, yang datang diraikan.”





Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Guru Besar baharu Ustazah Nur Aisyah binti Md Din serta Peno...
10/05/2026

Selamat datang dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Guru Besar baharu Ustazah Nur Aisyah binti Md Din serta Penolong Kanan HEM baharu Ustaz Mohammad Hafiz bin Othman ke SRIDI Pengkalan Berangan.

Semoga kehadiran dan kepimpinan yang dibawa akan terus memacu kecemerlangan sekolah, memperkukuhkan sahsiah murid serta mewujudkan suasana pendidikan yang lebih cemerlang, harmoni dan diberkati.

Seluruh warga sekolah mendoakan agar dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dalam memimpin dan menerajui amanah ini dengan penuh dedikasi dan hikmah.

Selamat menjalankan tugas dan selamat menjadi sebahagian daripada keluarga besar SRIDI Pengkalan Berangan

Address

Marang
21400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6096191043

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRIDI Pengkalan Berangan, Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRIDI Pengkalan Berangan, Marang:

Shortcuts

Share