Sri Darul Quran Marang

Sri Darul Quran Marang SEKOLAH RENDAH ISLAM DARUL QURAN

23/05/2026

Jadi Cikgu Best Sebab…… 🧐😆

SAMBUTAN HARI GURU SRIDQAcara permainan guru-guru tahun ini amat mencuit hati 😆 Cikgu-cikgu sporting habis, tak kering g...
22/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SRIDQ

Acara permainan guru-guru tahun ini amat mencuit hati 😆 Cikgu-cikgu sporting habis, tak kering gusi anak-anak ketawa dengan gelagat semua.

Yang penting, kumpulan Cikgu Mudir dapat juaraaa 🥳🤩🏆

SAMBUTAN HARI GURU SRIDQ“Pendidik Rabbani, Malaysia Sejahtera”Sambutan hari guru tahun ini diserikan dengan tema pakaian...
22/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SRIDQ

“Pendidik Rabbani, Malaysia Sejahtera”

Sambutan hari guru tahun ini diserikan dengan tema pakaian ‘White and Blue Denim’. Acara gimik dan pemotongan kek disempurnakan oleh Cikgu Mudir sendiri, Tn Hj Ramli bin Jusoh.

Sambutan juga diceriakan lagi dengan persembahan murid yang mencuit hati dan ucapan hari guru oleh murid-murid SRIDQ, termasuk alumni tahun pertama ☺️

☕️🍫 Terima kasih pemilik Kopi Saigon Kelulut atas hadiah kopi ais dan coklat ais buat seluruh warga SRIDQ ☺️ Moga dilimp...
22/05/2026

☕️🍫

Terima kasih pemilik Kopi Saigon Kelulut atas hadiah kopi ais dan coklat ais buat seluruh warga SRIDQ ☺️ Moga dilimpahkan lagi rezeki buat ibu bapa pelajar SRIDQ yang sentiasa berkongsi rezeki dengan guru-guru 🤲🏻

SAMBUTAN HARI GURU SRIDQ 2026
21/05/2026

SAMBUTAN HARI GURU SRIDQ 2026

LENSA KOKURIKULUM 📷Hari: SelasaTarikh: 19 Mei 2026Aktiviti sembelihan ayam dijalankan bagi memberi pendedahan kepada mur...
19/05/2026

LENSA KOKURIKULUM 📷

Hari: Selasa
Tarikh: 19 Mei 2026

Aktiviti sembelihan ayam dijalankan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah penyembelihan yang menepati syariat Islam serta memupuk penghayatan terhadap tuntutan halal, kebersihan dan ihsan dalam kehidupan seharian. Semoga ilmu yang dipelajari menjadi amalan yang bermanfaat.

🐔🐔

HARI MENGUNDI SRIDQ 🗳️Semalam, murid-murid SRIDQ sudah mengundi calon-calon guru pilihan mereka. Kategori anugerah guru ...
13/05/2026

HARI MENGUNDI SRIDQ 🗳️

Semalam, murid-murid SRIDQ sudah mengundi calon-calon guru pilihan mereka.

Kategori anugerah guru yang diundi tahun ini ialah:

🔖 Guru Paling Sopan
🔖 Guru Paling Penyabar
🔖 Guru Paling Kelakar
🔖 Guru Paling Bergaya
🔖 Guru Paling Garang
🔖 Guru Paling Popular

Seronok nampaknya murid-murid tahun 1 yang kali pertama mengundi sebegini 😊 Guru-guru pun boleh tahan juga sesi mengempen 😆

Pelancaran Program 3K – Kebersihan, Kesihatan Dan KeselamatanProgram ini bertujuan membentuk kesedaran warga sekolah ten...
05/05/2026

Pelancaran Program 3K – Kebersihan, Kesihatan Dan Keselamatan

Program ini bertujuan membentuk kesedaran warga sekolah tentang pentingnya menjaga kebersihan, mengamalkan gaya hidup sihat serta memastikan keselamatan sentiasa diutamakan.

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung MIBG Kali Kedua berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan buat YB Dr Muhammad Khalil b...
04/05/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung MIBG Kali Kedua berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan buat YB Dr Muhammad Khalil bin Abdul Hadi atas kesudian merasmikan mesyuarat agung MIBG Sekolah Rendah Islam Darul Quran kali kedua bagi sesi ini.

Syukran jazilan kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberi sokongan padu demi kebaikan anak-anak. Perkongsian pandangan dan kerjasama yang terjalin ini amat bermakna dalam usaha kita bersama membentuk kecemerlangan anak-anak pelajar.

Terima kasih juga kepada semua guru dan jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan mesyuarat agung MIBG kali kedua ini.

MESYUARAT AGUNG MAJLIS IBU BAPA DAN GURU (MIBG) KALI KEDUA SESI 2026Sekolah Rendah Islam Darul QuranHari: SabtuTarikh: 2...
02/05/2026

MESYUARAT AGUNG MAJLIS IBU BAPA DAN GURU (MIBG) KALI KEDUA SESI 2026
Sekolah Rendah Islam Darul Quran

Hari: Sabtu
Tarikh: 2 Mei 2026
Tempat: Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Quran

Address

Masjid Rhu Muda
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 16:00

Telephone

+6096181148

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sri Darul Quran Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sri Darul Quran Marang:

Shortcuts

Share