SK Merchang (Official)

SK Merchang (Official) MAKLUMAT SEKOLAH SK Merchang adalah antara sekolah yang terbesar di antara sekolah di daerah Marang. Ianya mempunyai 7 blok. Bandar terdekat adalah Bandar Marang.

Blok yang tertinggi mengandungi 4 tingkat. Sekolah ini mempunyai guru sebanyak 50 orang, dengan kapasiti sekolah sebanyak 658 orang. Sekolah ini terletak 45 km daripada Dungun dan 45 km daripada Kuala Terengganu.

Buletin Semerc
11/08/2026

Buletin Semerc

🌟 Selamat Datang ke SK Merchang! 🌟Warga SK Merchang menyambut ketibaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu, Cikg...
09/08/2026

🌟 Selamat Datang ke SK Merchang! 🌟

Warga SK Merchang menyambut ketibaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran yang baharu, Cikgu Kamaruzaman bin Chik @ Ismail ke SK Merchang.

Kami amat berbesar hati menerima kehadiran beliau dalam keluarga besar SK Merchang. Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan komitmen yang dibawa, beliau dapat bersama-sama memacu kecemerlangan sekolah serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan seluruh warga sekolah. 🤝📚

Selamat datang dan selamat menjalankan amanah, Cikgu Kamaruzaman bin Chik @ Ismail! 💐

“Bersama Melangkah, Membina Kecemerlangan.”





09/08/2026
🌟 KEM JATI DIRI AWAL REMAJA 2026 🌟Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Jati Diri Awal Remaja pada 7 hingg...
09/08/2026

🌟 KEM JATI DIRI AWAL REMAJA 2026 🌟

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Kem Jati Diri Awal Remaja pada 7 hingga 8 Ogos 2026 bertempat di Intan Homestay & Roomstay, Merchang.

Program ini diadakan sebagai satu usaha untuk membentuk generasi muda yang mempunyai sahsiah terpuji, jati diri yang kukuh serta mampu mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

💫 Antara objektif utama kem ini adalah untuk:
✨ Membina sahsiah mulia dalam diri murid
✨ Memperkasa jati diri dan keyakinan diri
✨ Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
✨ Memupuk semangat kerjasama dan saling membantu
✨ Membentuk sikap bertanggungjawab dan berdikari

Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan sepanjang program, memberikan peluang kepada murid untuk belajar, berinteraksi, bekerjasama serta membina pengalaman yang bermakna bersama rakan-rakan.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan nilai positif yang diperoleh sepanjang kem ini dapat menjadi bekalan kepada murid dalam melangkah ke alam remaja dengan lebih yakin, matang dan berakhlak mulia. 🌱

Tahniah dan syabas kepada semua murid atas komitmen dan semangat yang ditunjukkan sepanjang program! 👏






Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat SK Merchang telah berlangsung dengan jayanya pada 29 hingga 31 Julai 2026 di Bukit...
07/08/2026

Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat SK Merchang telah berlangsung dengan jayanya pada 29 hingga 31 Julai 2026 di Bukit Besi Exotic Agro Resort, Dungun.

Program ini telah melibatkan semua murid Tahun 6 bersama guru-guru SK Merchang sebagai usaha memupuk semangat kepimpinan, disiplin, kerjasama serta jati diri dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti perkhemahan yang mencabar dan menyeronokkan.

Sepanjang tiga hari dua malam, para peserta berpeluang menimba pengalaman berharga, mengukuhkan semangat berpasukan serta membina keyakinan diri dalam suasana pembelajaran di luar bilik darjah.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang perkhemahan ini menjadi bekalan bermakna untuk masa hadapan.

Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru serta pihak yang telah menjayakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat SK Merchang 2026.





🏕️ Perkhemahan KOROBORI Pengakap 2026Tahniah dan syabas kepada 6 orang murid SK Merchang yang telah menyertai Perkhemaha...
07/08/2026

🏕️ Perkhemahan KOROBORI Pengakap 2026

Tahniah dan syabas kepada 6 orang murid SK Merchang yang telah menyertai Perkhemahan KOROBORI Pengakap yang berlangsung pada 28 hingga 31 Julai 2026 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail.

Turut mengiringi kontinjen ialah 3 orang guru SK Merchang yang bukan sahaja berperanan sebagai guru pengiring, malah turut diberi amanah sebagai petugas sepanjang perkhemahan tersebut.

Semoga penyertaan ini menjadi pengalaman yang bermakna dalam membentuk sahsiah, meningkatkan kemahiran kepengakapan, serta memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan jati diri dalam kalangan murid.

Syabas kepada semua peserta dan guru yang telah mengharumkan nama SK Merchang. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan menjadi inspirasi kepada warga sekolah untuk terus aktif dalam bidang kokurikulum.

💥💥 Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada adik Nur Damia Khalishah Binti Mohamad Nasir wakil dari SK Merchang  dalam Perta...
06/08/2026

💥💥 Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada adik Nur Damia Khalishah Binti Mohamad Nasir wakil dari SK Merchang dalam Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah Peringkat daerah Marang pada 5 dan 6 Ogos 2026 atas pencapaian mendapat 💥JOHAN💥 peringkat Daerah dan akan mewakili Daerah Marang ke peringkat negeri.

Terima kasih juga di ucapkan kepada pihak pentadbir yang banyak memberi sokongan dan kecaknaan. Tidak lupa jutaan terima kasih kepada guru pembimbing Cikgu Omi Kalsom Bt Mohamad dan guru pengiring Cikgu Noraida Binti Mohd Zin di atas komitmen dan usaha yang di curahkan. ❤️

Tarikh : 5&6 Ogos 2026
Hari : Rabu & Khamis
Tempat : SK Marang

Murid ini akan mewakili daerah Marang ke peringkat negeri.

Syabas dan tahniah diucapkan!

🎉🎉Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada adik Nur Fitiya Arissa bt Zamri wakil dari SK Merchang  dalam Pertandingan Pidato...
06/08/2026

🎉🎉Tahniah dan Syabas di ucapkan kepada adik Nur Fitiya Arissa bt Zamri wakil dari SK Merchang dalam Pertandingan Pidato Sekolah Rendah Peringkat daerah Marang pada 3 dan 4 Ogos 2026 atas pencapaian mendapat 💥NAIB JOHAN💥 peringkat Zon B dan tersenarai dalam 5 pemidato terbaik daerah Marang.

Terima kasih juga di ucapkan kepada guru pembimbing Cikgu Mohd Shahir dan guru pengiring Cikgu Sara di atas komitmen dan usaha yang di curahkan. ❤️

Tarikh pertandingan: 3-4 Ogos 2026.
Hari: Isnin & Selasa.
Tempat: PPD Marang (Lama)

Tahniah dan syabas diucapkan!

BULETIN SEMERCH MINGGU 26 2026
02/08/2026

BULETIN SEMERCH MINGGU 26 2026

DOA CEGAH BULI 🤲
02/08/2026

DOA CEGAH BULI 🤲

Address

SK Merchang, Merchang
Marang
21610

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Merchang (Official) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category