ADTEC JTM Kampus Marang

Call Directions Website

ADTEC JTM Kampus Marang Institusi Latihan TVET Awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia

Lawatan Pemantauan Latihan Industri ADTEC JTM Kampus MarangADTEC JTM Kampus Marang telah melaksanakan lawatan pemantauan...
04/10/2026

Lawatan Pemantauan Latihan Industri ADTEC JTM Kampus Marang

ADTEC JTM Kampus Marang telah melaksanakan lawatan pemantauan latihan industri bagi pelajar yang sedang menjalani latihan industri di sekitar daerah Dungun dan Marang pada 24 hingga 30 September 2026.

Lawatan ini melibatkan pelajar daripada ADTEC JTM Kampus Kuala Terengganu, ADTEC JTM Kampus Mersing, ADTEC JTM Kampus Kuantan dan ADTEC JTM Kampus Ipoh yang sedang menjalani latihan industri di pelbagai syarikat dan organisasi berkaitan.

Lawatan ini bertujuan untuk memantau perkembangan pelajar sepanjang tempoh latihan industri, mendapatkan maklum balas daripada pihak industri serta memastikan objektif latihan industri dapat dicapai dengan berkesan. Selain itu, sesi perbincangan bersama pihak majikan turut diadakan bagi memperkukuh hubungan kerjasama antara institusi latihan dengan pihak industri.

ADTEC JTM Kampus Marang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak industri atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam membimbing para pelajar sepanjang menjalani latihan industri.





KURSUS INDUSTRIAL AUTOMATION (ASAS ELEKTRO-PNEUMATIK) BERJAYA DILAKSANAKANADTEC JTM Kampus Marang telah berjaya melaksan...
02/10/2026

KURSUS INDUSTRIAL AUTOMATION (ASAS ELEKTRO-PNEUMATIK) BERJAYA DILAKSANAKAN

ADTEC JTM Kampus Marang telah berjaya melaksanakan Kursus Industrial Automation (Asas Elektro-Pneumatik) pada September 2026 bertempat di Bengkel Teknologi Mekatronik, ADTEC JTM Kampus Marang.

Kursus yang melibatkan seramai 24 orang pelajar Kolej Vokasional Wakaf Tembesu ini bertujuan memberi pendedahan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang automasi industri, khususnya berkaitan aplikasi asas elektro-pneumatik yang merupakan antara teknologi penting dalam sektor perindustrian masa kini.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah mengikuti sesi pembelajaran teori dan latihan amali yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman iaitu Encik Mohd Khairil Amirul bin Mohd Aziz. Pengisian kursus memberi peluang kepada peserta untuk memahami konsep serta aplikasi sistem automasi secara lebih mendalam dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif.

ADTEC JTM Kampus Marang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini serta berharap ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam pengajian dan kerjaya mereka pada masa hadapan.






PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MASJID KAMPUNG BATU 9, IBOK, CHUKAI, KEMAMANAlhamdulillah, pada 1 Oktober 20...
01/10/2026

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) MASJID KAMPUNG BATU 9, IBOK, CHUKAI, KEMAMAN

Alhamdulillah, pada 1 Oktober 2026 (Khamis), ADTEC JTM Kampus Marang telah berjaya melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Masjid Kampung Batu 9, Ibok, Chukai, Kemaman.

Program yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang ini merupakan salah satu inisiatif ADTEC JTM Kampus Marang dalam memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan dan khidmat sosial. Program ini turut menjadi platform untuk menyemai nilai kesukarelawanan, semangat kerjasama serta budaya prihatin dalam kalangan warga ADTEC.

Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat di samping mengeratkan hubungan antara institusi dan komuniti ke arah melahirkan masyarakat yang lebih sejahtera dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan program ini.

โ€œPekerja MADANI KESUMA Bangsaโ€






KURSUS ASAS PEMBUATAN CENDERAHATI BERASASKAN 3D PRINTING๐Ÿš€ Berminat untuk mempelajari teknologi percetakan 3D dan menghas...
30/09/2026

KURSUS ASAS PEMBUATAN CENDERAHATI BERASASKAN 3D PRINTING

๐Ÿš€ Berminat untuk mempelajari teknologi percetakan 3D dan menghasilkan cenderahati kreatif sendiri?

ADTEC JTM Kampus Marang membuka peluang kepada individu yang ingin menambah kemahiran dalam bidang teknologi pembuatan digital melalui Kursus Asas Pembuatan Cenderahati Berasaskan 3D Printing.

Sepanjang kursus, peserta akan didedahkan kepada asas teknologi 3D Printing, proses penyediaan reka bentuk, penggunaan perisian berkaitan serta pengendalian mesin 3D Printer untuk menghasilkan produk cenderahati yang berkualiti dan mempunyai nilai komersial.

โœ… Latihan secara praktikal (hands-on)
โœ… Kemahiran selaras dengan keperluan industri semasa
โœ… Pendedahan kepada teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0)
โœ… Sesuai untuk individu yang ingin meningkatkan kemahiran atau meneroka peluang keusahawanan

๐Ÿ“ Tempat: ADTEC JTM Kampus Marang
๐Ÿ“ Pendaftaran: Melalui portal PERKESO LindungKerjaya

Daftar sekarang di:
Portal LindungKerjaya PERKESOโ ๏ฟผ

โš ๏ธ Syarat Permohonan: Mendapat pengesahan kelayakan daripada PERKESO.

Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari teknologi pembuatan masa hadapan dan meningkatkan kebolehpasaran anda bersama ADTEC JTM Kampus Marang.

KURSUS OVERHAUL AUTOMATIC GEARBOX MODEL F4A4 SERIES BERJAYA DILAKSANAKANADTEC JTM Kampus Marang telah berjaya melaksanak...
30/09/2026

KURSUS OVERHAUL AUTOMATIC GEARBOX MODEL F4A4 SERIES BERJAYA DILAKSANAKAN

ADTEC JTM Kampus Marang telah berjaya melaksanakan Kursus Overhaul Automatic Gearbox Model F4A4 Series (Mitsubishi, Proton dan Hyundai) secara fizikal dengan kerjasama PERKESO melalui program LindungKerjaya.

Kursus ini memberi pendedahan secara teori dan amali berkaitan proses pembongkaran, pemeriksaan komponen, diagnosis kerosakan serta pemasangan semula transmisi automatik model F4A4 yang digunakan secara meluas dalam pelbagai model kenderaan Mitsubishi, Proton dan Hyundai.

Program ini telah dikendalikan oleh Puan Wan Nor Hidayah binti Wan Mukhtar selaku pengajar kursus yang berkongsi kepakaran serta pengalaman industri bagi memastikan peserta memperoleh kemahiran yang diperlukan dalam bidang penyelenggaraan dan pembaikan transmisi automatik.

Walaupun disertai oleh seorang peserta, pelaksanaan kursus secara individu membolehkan sesi pembelajaran yang lebih fokus, interaktif dan memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan bimbingan secara terus sepanjang latihan dijalankan.

Tahniah kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus ini dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program latihan kemahiran ini.

30/09/2026

๐—›๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ง๐—จ๐—๐—จ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—– ๐—๐—ง๐—  ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ ๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š

Sedutan perkongsian Ketua Pengarah JTM mengenai perancangan memperkukuh penawaran program dan kerjasama industri di ADTEC JTM Kampus Marang.

๐ŸŽ“ Program Diploma Bakal Ditawarkan

๐Ÿงช Diploma Teknologi Polimer
๐Ÿ›ข๏ธ Diploma Teknologi Minyak dan Gas (Lukisan Perpaipan)

โœจ Nilai Tambah Teknologi Polimer

๐Ÿ› ๏ธ Pembuatan produk berasaskan fiberglass bagi memperluas kemahiran praktikal dan kompetensi pelajar.

๐Ÿค Kolaborasi Strategik Bersama PROTON

Memperkukuh hubungan institusiโ€“industri dalam pembangunan kemahiran, perkongsian kepakaran dan pendedahan teknologi sebenar kepada pelajar.

๐Ÿ“ข Memperkasa TVET, Memenuhi Keperluan Industri Masa Hadapan.

โ€œ๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จโ€
โ€œ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ,
๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃโ€

#๐—๐—ง๐— ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—–๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐—  #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐„๐๐€๐’๐Š๐€๐ ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐—ž๐—˜๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—œโ€ผ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ 2027โœ ๐ค๐ž ๐‘จ๐‘ซ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ช ๐‘ฑ๐‘ป๐‘ด ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘บ ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ (๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ท ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต...
30/09/2026

๐‰๐€๐๐†๐€๐ ๐‹๐„๐๐€๐’๐Š๐€๐ ๐๐„๐‹๐”๐€๐๐† ๐—ž๐—˜๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—œโ€ผ

๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ฐ ๐‰๐€๐๐”๐€๐‘๐ˆ 2027โœ ๐ค๐ž ๐‘จ๐‘ซ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ช ๐‘ฑ๐‘ป๐‘ด ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ด๐‘ท๐‘ผ๐‘บ ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ (๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ท ๐‘ด๐‘จ๐‘น๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ), ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐’๐”๐Œ๐๐„๐‘ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐‘๐Œ๐Ž๐‡๐Ž๐๐€๐ ๐Ž๐๐‹๐ˆ๐๐„โ€ผโ€ผ
===========================================
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mempelawa kepada semua pelajar lepasan SPM & SKM yang ingin melanjutkan pengajian ke Program TVET peringkat Sijil di:

๐ŸŽ“ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐† (๐ˆ๐‹๐ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†) ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐ˆ๐ƒ๐€๐๐†:-
โ™ฆ TEKNOLOGI POLIMER
โ™ฆ TEKNOLOGI MEKATRONIK
โ™ฆ TEKNOLOGI AUTOMOTIF SERVIS
โ™ฆ TEKNOLOGI MINYAK & GAS (LUKISAN PERPAIPAN)

๐˜๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฃ๐ข๐š๐ง ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€!!!!
๐Ÿ”นAsrama Sebilik 2 orang disediakan
๐Ÿ”นMakan & Minum disediakan
๐Ÿ”นElaun Bulanan disediakan
๐Ÿ”นKemudahan Wifi dan Fasiliti Sukan Yang lengkap
๐Ÿ”นPeralatan Latihan Yang Berteknologi Tinggi

โ— ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง ๐๐ข๐›๐ฎ๐ค๐š ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ข 1 ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ 2026 UNTUK ๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐’๐๐Œ & ๐‹๐„๐๐€๐’๐€๐ ๐’๐Š๐Œ
โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข
โ—Sila layari PORTAL UP TVET atau klik link berikut:-
https://mohon.tvet.gov.my

https://forms.gle/wxowof5deSxDLg877
untuk membuat permohonan
โ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ขโ€ข

๐‘บ๐’†๐’ƒ๐’‚๐’“๐’Œ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’”๐’†๐’Ž๐’–๐’‚. ๐‘บ๐’†๐’Ž๐’๐’ˆ๐’‚ ๐’Ž๐’†๐’๐’…๐’‚๐’‘๐’‚๐’• ๐’Ž๐’‚๐’๐’‡๐’‚๐’‚๐’•๐’๐’š๐’‚โ€ผโ€ผ
Terima Kasih.

โ€œ๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จโ€
โ€œ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ,
๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃโ€
#๐—๐—ง๐— ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—–๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐—  #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Œ๐„๐๐€๐ˆ๐Š๐“๐€๐‘๐€๐… ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐ˆ๐Š๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†...
29/09/2026

๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐Œ๐„๐๐€๐ˆ๐Š๐“๐€๐‘๐€๐… ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐๐€๐ˆ๐Š๐ˆ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐€๐Œ๐€๐‘๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†

Berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf dan Membaiki Sistem Amaran Kebakaran, sebagai satu lagi usaha berterusan dalam memastikan tahap keselamatan, kesiapsiagaan dan kesejahteraan warga kampus sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia, bersama Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu, serta barisan pengurusan dan pegawai yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan.

Projek menaiktaraf dan membaiki sistem amaran kebakaran ini dilaksanakan bagi memastikan sistem keselamatan kebakaran di ADTEC JTM Kampus Marang berfungsi dengan lebih efektif, sistematik dan memenuhi keperluan keselamatan semasa.

Majlis penyerahan ini turut menandakan selesainya pelaksanaan projek serta penyerahan kemudahan yang telah dinaik taraf kepada pihak ADTEC JTM Kampus Marang untuk dimanfaatkan dan disenggara dengan sebaiknya.

Peningkatan sistem ini amat penting dalam memperkukuh aspek keselamatan dan pengurusan risiko, khususnya bagi memastikan amaran awal dapat diberikan sekiranya berlaku kecemasan, sekali gus membantu tindakan penyelamatan dan pengurusan kecemasan dilaksanakan dengan lebih pantas dan teratur.

ADTEC JTM Kampus Marang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu, pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan projek ini berjaya disiapkan.

Semoga kemudahan yang telah dinaik taraf ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi sebahagian daripada komitmen berterusan ADTEC JTM Kampus Marang dalam menyediakan persekitaran kampus yang selamat, kondusif dan berkualiti kepada seluruh warga.

Keselamatan Tanggungjawab Bersama.

โ€œ๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จโ€
โ€œ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ,
๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃโ€
#๐—๐—ง๐— ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—–๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐—  #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†ADTEC JTM Kampus Maran...
29/09/2026

๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐„๐๐“๐„๐Œ๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐€๐ƒ๐“๐„๐‚ ๐‰๐“๐Œ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Œ๐€๐‘๐€๐๐†

ADTEC JTM Kampus Marang berbesar hati menerima Lawatan Kerja YBhg. Datoโ€™ Hj. Mohamad Zahri bin Hj. Samingon, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

Lawatan ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuh hubungan antara pengurusan tertinggi JTM dengan warga ADTEC JTM Kampus Marang, di samping memberi ruang untuk berkongsi perkembangan, pencapaian serta hala tuju kampus dalam memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Antara pengisian sepanjang lawatan kerja ini ialah:

๐Ÿ”น Sesi bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan ADTEC JTM Kampus Marang bagi membincangkan perkembangan semasa, pengurusan serta perancangan strategik kampus.

๐Ÿ”น Sesi menandatangani plak โ€œThe Golden Flowโ€ sebagai simbolik pelancaran mercu tanda bagi kursus Teknologi Minyak dan Gas.

๐Ÿ”น Sesi bersama warga ADTEC JTM Kampus Marang, yang memberi peluang kepada warga kampus mendengar amanat, perkongsian serta aspirasi daripada kepimpinan tertinggi JTM.

Lawatan ini turut menjadi pemangkin kepada seluruh warga ADTEC JTM Kampus Marang untuk terus memberikan komitmen terbaik, memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta meningkatkan kecemerlangan dalam penyampaian latihan kemahiran kepada negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datoโ€™ Ketua Pengarah JTM atas kesudian meluangkan masa mengadakan lawatan kerja ke ADTEC JTM Kampus Marang.

Semoga kunjungan ini terus memperkukuh semangat kebersamaan dalam memacu kecemerlangan TVET dan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk negara.

โ€œ๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จโ€
โ€œ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ,
๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃโ€
#๐—๐—ง๐— ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—–๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐—  #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Marang dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran YBrs. Encik Sutekno b...
27/09/2026

Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Marang dengan penuh hormat dan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran YBrs. Encik Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KESUMA serta YBhg. Datoโ€™ Haji Mohamad Zahri bin Haji Samingon, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) ke ADTEC JTM Kampus Marang bersempena Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf dan Membaiki Sistem Amaran Kebakaran di ADTEC JTM Kampus Marang.

Kunjungan ini amat bermakna dalam memperkukuh komitmen terhadap keselamatan, kesejahteraan dan penyediaan kemudahan latihan yang kondusif untuk seluruh warga kampus.

Semoga lawatan dan majlis ini berlangsung dengan lancar serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan ADTEC JTM Kampus Marang dalam memperkasakan pendidikan dan latihan TVET negara.

Selamat datang ke ADTEC JTM Kampus Marang!

โ€œ๐™€๐™ข๐™ฅ๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™Ž๐™ ๐™ž๐™ก๐™ก๐™จ, ๐™„๐™œ๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š๐™จโ€
โ€œ๐™ˆ๐™š๐™ข๐™ฅ๐™š๐™ง๐™ ๐™–๐™จ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ข๐™–๐™๐™ž๐™ง๐™–๐™ฃ,
๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ข๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ˆ๐™–๐™จ๐™– ๐™ƒ๐™–๐™™๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃโ€
#๐—๐—ง๐— ๐— ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐——๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ž๐—จ
#๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง #๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ
#๐—๐—ง๐—  #๐—”๐——๐—ง๐—˜๐—–๐—๐—ง๐—  #๐—ž๐—ฆ๐—  #๐—๐— ๐—ง๐—œ
#๐—น๐—ถ๐—ณ๐—ฒ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—น๐—ฒ๐—ฎ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ
#๐—ฆ๐—ธ๐—ถ๐—น๐—น๐˜€๐Ÿฐ๐—”๐—น๐—น

Address

Bukit Parit
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6096189000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ADTEC JTM Kampus Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category