PASTI Al-Itqan Rusila

Directions Contact the school

PASTI Al-Itqan Rusila Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PASTI Al-Itqan Rusila, Nursery, PASTI AL ITQAN, , KAMPUNG RUSILA, Marang.

𝒜𝓁𝒽𝒶𝓂𝒹𝓊𝓁𝒾𝓁𝓁𝒶𝒽 🤲💚Syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki. Tahniah kepada anak-anak 𝑷𝑨𝑺𝑻𝑰 𝑨𝒍-𝑰𝒕𝒒𝒂𝒏 𝑹𝒖𝒔𝒊𝒍𝒂...
11/07/2026

𝒜𝓁𝒽𝒶𝓂𝒹𝓊𝓁𝒾𝓁𝓁𝒶𝒽 🤲💚

Syukur ke hadrat Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki. Tahniah kepada anak-anak 𝑷𝑨𝑺𝑻𝑰 𝑨𝒍-𝑰𝒕𝒒𝒂𝒏 𝑹𝒖𝒔𝒊𝒍𝒂 yang telah mewakili PASTI dalam 𝑷𝒓𝒐𝒈𝒓𝒂𝒎 𝑨𝒍𝒂𝒎 𝑹𝒊𝒂 𝑷𝑨𝑺𝑻𝑰 𝑷𝒆𝒓𝒊𝒏𝒈𝒌𝒂𝒕 𝑫𝑼𝑵 𝑹𝒉𝒖 𝑹𝒆𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈 pada hari ini.✨

Alhamdulillah, hasil usaha dan doa semua, anak-anak berjaya membawa pulang:

🥇 𝑱𝒐𝒉𝒂𝒏 – 𝑨𝒛𝒂𝒏
🥈 𝑵𝒂𝒊𝒃 𝑱𝒐𝒉𝒂𝒏 – 𝑺𝒂𝒋𝒂𝒌 𝑳𝒆𝒍𝒂𝒌𝒊
🥉 𝑻𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕 𝑲𝒆𝒕𝒊𝒈𝒂 – 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒎 𝑱𝒂𝒎𝒂𝒊𝒆
🎖️ 𝑺𝒂𝒈𝒖𝒉𝒂𝒕𝒊 – 𝑺𝒂𝒋𝒂𝒌 𝑷𝒆𝒓𝒆𝒎𝒑𝒖𝒂𝒏
🎖️ 𝑺𝒂𝒈𝒖𝒉𝒂𝒕𝒊 – 𝑯𝒂𝒇𝒂𝒛𝒂𝒏 𝑳𝒆𝒍𝒂𝒌𝒊 & 𝑷𝒆𝒓𝒆𝒎𝒑𝒖𝒂𝒏

Tahniah kepada semua peserta. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, tetapi keberanian untuk mencuba, keyakinan untuk tampil di hadapan, serta pengalaman yang diperoleh adalah kemenangan yang paling bermakna.🥳

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus melatih anak-anak dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Tidak dilupakan juga kepada semua ibu bapa atas doa, sokongan dan kerjasama yang diberikan sepanjang persiapan hingga hari pertandingan.💐

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk anak-anak terus berusaha menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia dan cemerlang di dunia serta akhirat.🤲🏻

Tahniah sekali lagi buat semua warga PASTI Al-Itqan Rusila! 💚🌹

ᴘᴇꜱᴛᴀ ʙᴜᴀʜ-ʙᴜᴀʜᴀɴ ᴍᴜʀɪᴅ ᴘᴀꜱᴛɪ ᴀʟ ɪᴛQᴀɴ🧺Alhamdulillah, Program Pesta Buah-Buahan telah berlangsung dengan meriah pada har...
07/07/2026

ᴘᴇꜱᴛᴀ ʙᴜᴀʜ-ʙᴜᴀʜᴀɴ ᴍᴜʀɪᴅ ᴘᴀꜱᴛɪ ᴀʟ ɪᴛQᴀɴ🧺

Alhamdulillah, Program Pesta Buah-Buahan telah berlangsung dengan meriah pada hari ini. 🌸

Murid-murid bukan sahaja berpeluang menikmati pelbagai buah-buahan tempatan yang segar, malah turut mengenali nama, rasa dan khasiat setiap buah. Aktiviti ini dapat memupuk amalan pemakanan sihat serta menanam rasa syukur atas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa dan pihak yang telah memberi kerjasama serta menyumbang buah-buahan sehingga program ini berjalan dengan lancar.

Semoga anak-anak terus membesar menjadi generasi yang sihat tubuh badan, cerdas minda dan tetap imannya. 🍎🍇✨

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada barisan Pemuda Rusila dan Padang Kapas yang sentiasa istiqamah menjayakan r...
27/06/2026

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada barisan Pemuda Rusila dan Padang Kapas yang sentiasa istiqamah menjayakan rutin gotong-royong serta semua yang turut sama menghulurkan tenaga.

Usaha membersihkan dan menceriakan fasiliti PASTI ini adalah demi memastikan keselesaan, kebersihan dan keselamatan para pelajar.✨

Semoga setiap keringat yang dicurahkan menjadi amal soleh dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT. 🤲💚

26/06/2026

TAHNIAH PASTI KAWASAN MARANG JUARA BOLA JARING SERTA JUARA KESELURUHAN (BERSAMA) SUKPA BSBJ TERENGGANU 2026.

25/06/2026

SEMANGAT MEMBARA! 🔥

Alhamdulillah, sedikit keraian buat pemain-pemain sukan BSBJ PASTI AL-ITQAN yang telah mewakili dan berusaha bersungguh-...
24/06/2026

Alhamdulillah, sedikit keraian buat pemain-pemain sukan BSBJ PASTI AL-ITQAN yang telah mewakili dan berusaha bersungguh-sungguh di Kejohanan BSBJ Peringkat DUN baru-baru ini.🏀⚽

Terima kasih atas semangat, komitmen dan usaha yang ditunjukkan. Semoga terus melakar kejayaan pada masa akan datang.✨

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙"Setiap langkah kecil ke arah kebaikan adalah sebuah hijrah yang bernilai di sisi Allah."Semo...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙

"Setiap langkah kecil ke arah kebaikan adalah sebuah hijrah yang bernilai di sisi Allah."

Semoga anak-anak PASTI terus membesar menjadi generasi soleh dan solehah yang cintakan ilmu, Al-Quran dan akhlak mulia.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H✨

14/06/2026
Setiap kejayaan anak-anak bermula dengan perhatian, kasih sayang dan kerjasama daripada ibu bapa serta guru.✨Alhamdulill...
11/06/2026

Setiap kejayaan anak-anak bermula dengan perhatian, kasih sayang dan kerjasama daripada ibu bapa serta guru.✨

Alhamdulillah, Temu Murni Pelajar 5 & 6 Tahun berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir untuk berkongsi pandangan, mendengar perkembangan anak-anak dan bersama-sama mencari yang terbaik buat mereka.🌸

Semoga usaha kecil hari ini menjadi asbab kejayaan besar anak-anak pada masa hadapan. Kerjasama Anda, Kejayaan Anak Kita.✨

🎒✨ Selamat Kembali Ke Sekolah! ✨🎒Yeay! Sekolah dah bermula! 😍Selamat datang semula anak-anak PASTI AL-ITQAN RUSILA. Semo...
06/06/2026

🎒✨ Selamat Kembali Ke Sekolah! ✨🎒

Yeay! Sekolah dah bermula! 😍

Selamat datang semula anak-anak PASTI AL-ITQAN RUSILA. Semoga semuanya hadir dengan wajah ceria, semangat baru dan hati yang gembira untuk belajar bersama kawan-kawan dan guru-guru tersayang. 💚💛

Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah anak-anak dalam menuntut ilmu.

Address

PASTI AL ITQAN, , KAMPUNG RUSILA
Marang
21080

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Al-Itqan Rusila posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Al-Itqan Rusila:

Shortcuts

Share

Category