Kelab Doktor Muda SK Gong Nangka

Kelab Doktor Muda SK Gong Nangka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Doktor Muda SK Gong Nangka, Education, KG GONG NANGKA, Marang.

TAHNIAH anak-anak Doktor Muda yang bertugas hari ini. Terima kasih diucapkan kepada warga SK Sungai Puteri, Rompin, Paha...
09/08/2026

TAHNIAH anak-anak Doktor Muda yang bertugas hari ini. Terima kasih diucapkan kepada warga SK Sungai Puteri, Rompin, Pahang atas kunjungan ke Pusat Kesihatan Az Zahrawi sempena Lawatan Penanda Aras ke SK Gong Nangka, Marang pada 9 Ogos 2026.

​Semoga sesi jalinan dan perkongsian ini membawa impak positif buat kedua-dua sekolah. Selamat pulang dan moga selamat sampai ke destinasi!


05/08/2026
Tahniah anak2 Doktor Muda bertugas untuk program hari iniKEMPEN CARA HIDUP SIHAT 2026 Hari : RabuTarikh : 5 Ogos 2026Ant...
05/08/2026

Tahniah anak2 Doktor Muda bertugas untuk program hari ini

KEMPEN CARA HIDUP SIHAT 2026

Hari : Rabu
Tarikh : 5 Ogos 2026

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
🩺 Ceramah Kesihatan yang telah disampaikan oleh En. Mohd Abidi bin Salahuddin, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pejabat Kesihatan Daerah Marang.
💉 Saringan Kesihatan.
📚 Pameran Kesihatan.
💊 Pameran Kenali Ubat Anda.

PERJUMPAAN KELAB DOKTOR MUDA KALI KE-8📌 Tarikh: 4 Ogos 2026📌 Tajuk: Skop 10 – Kenali Ubat Anda📌 Penceramah: Puan Zulaikh...
04/08/2026

PERJUMPAAN KELAB DOKTOR MUDA KALI KE-8

📌 Tarikh: 4 Ogos 2026
📌 Tajuk: Skop 10 – Kenali Ubat Anda
📌 Penceramah: Puan Zulaikha, Pegawai Farmasi, Klinik Kesihatan Marang

Kelab Doktor Muda SK Gong Nangka telah mengadakan Perjumpaan Kali Ke-8 dengan pengisian yang memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan mengenali ubat, cara penggunaan yang betul, penyimpanan ubat yang selamat serta amalan penggunaan ubat secara berhemah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Zulaikha atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Terima kasih juga kepada semua guru dan ahli Kelab Doktor Muda yang telah menjayakan perjumpaan ini.

Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dan diamalkan dalam kehidupan seharian bagi melahirkan murid yang lebih peka terhadap kesihatan serta penggunaan ubat yang selamat.

"Kenali Ubat Anda, Gunakan Ubat Dengan Betul."


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Kelab Doktor Muda SK Gong Nangka atas komitmen, kerjasama...
22/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua Ahli Kelab Doktor Muda SK Gong Nangka atas komitmen, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan dalam membantu menjayakan Program Jom Berus Gigi 2026.

Terima kasih kerana menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan dalam memupuk amalan penjagaan kesihatan pergigian serta menyemai budaya hidup sihat di sekolah.

Semoga pengalaman yang diperoleh dapat meningkatkan keyakinan, kemahiran kepimpinan dan semangat sukarelawan dalam diri setiap ahli. Teruskan berbakti dan menjadi ejen perubahan ke arah melahirkan warga sekolah yang sihat, ceria dan berilmu.

22/07/2026

Program Jom Berus Gigi
Rabu / 22 Julai 2026

Pusat Kesihatan Az Zahrawi
21/07/2026

Pusat Kesihatan Az Zahrawi

Watch, follow, and discover more trending content.

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK SALAK NAMA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN...19 JULAI 2026 / AHAD​Pihak pengurusan dan seluruh war...
19/07/2026

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK SALAK NAMA, REMBAU, NEGERI SEMBILAN...

19 JULAI 2026 / AHAD

​Pihak pengurusan dan seluruh warga SK Gong Nangka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Salak Nama atas kesudian mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pusat Kesihatan Az Zahrawi.Mereka disambut oleh ahli Kelab Doktor Muda yang bertugas pada hari ini.

​Semoga sesi perkongsian amalan terbaik dan pertukaran idea ini dapat memberikan impak yang positif serta memperkukuh lagi hubungan baik antara kedua-dua institusi.


Perjumpaan Kelab Doktor Muda ke 7Kesihatan Pergigian
14/07/2026

Perjumpaan Kelab Doktor Muda ke 7
Kesihatan Pergigian

Address

KG GONG NANGKA
Marang
21600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Doktor Muda SK Gong Nangka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category