SMK Merchang

Directions

SMK Merchang SMK MERCHANG

πŸ“š INISIATIF BELANJAWAN MADANI SIRI 1 SMK MERCHANGPemantapan PdP Guru dan Reformasi MindaAlhamdulillah, SMK Merchang teru...
27/09/2026

πŸ“š INISIATIF BELANJAWAN MADANI SIRI 1 SMK MERCHANG

Pemantapan PdP Guru dan Reformasi Minda

Alhamdulillah, SMK Merchang terus melangkah dalam usaha memperkasa profesionalisme guru dan meningkatkan kualiti pendidikan melalui Inisiatif Belanjawan MADANI Siri 1 yang bertemakan Pemantapan PdP Guru dan Reformasi Minda.

Program yang berlangsung pada 26 September 2026 ini melibatkan dua slot utama:

πŸ”Ή Slot 1: Standard Kualiti@Sekolah (SK@S)
πŸ‘¨β€πŸ« Fasilitator: Cg. Ashari bin Ngah
(SIP Partners PPD Marang)

πŸ”Ή Slot 2: Pemantapan profesionalisme dan kepimpinan pendidikan
πŸ‘©β€πŸ« Cg. Zahidah Binti Mustaffa – KP 2027
πŸ‘©β€πŸ« Cg. Tengku Nurul Ana Binti Raja Sulaiman – DELIMA 3.0
πŸ‘¨β€πŸ« YM Tengku Mohd Nazari bin Tengku Ngah – Pementoran KP 2027

Semoga perkongsian ilmu, pengisian dan refleksi yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam amalan PdP yang lebih berkualiti, kreatif dan bermakna demi kemenjadian murid.

🌟 Guru Berkualiti, PdP Berkualiti, Murid Berkualiti!

SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA! πŸ’™πŸ’›








BENGKEL PEMERKASAAN KEMAHIRAN ROBOTIKSMK MERCHANG 2026πŸ“… Tarikh: 25 September 2026⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hariπŸ“ ...
27/09/2026

BENGKEL PEMERKASAAN KEMAHIRAN ROBOTIK
SMK MERCHANG 2026

πŸ“… Tarikh: 25 September 2026
⏰ Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Pusat Sumber Sekolah, SMK Merchang

Kelab Robotik SMK Merchang telah melaksanakan Bengkel Pemerkasaan Kemahiran Robotik sebagai usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kecekapan murid dalam pengendalian robot. Murid turut diberi pendedahan secara teori dan hands-on meliputi aspek pengendalian, pemasangan, penyelenggaraan serta penyelesaian masalah robot.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Zulkarnain daripada Syarikat Robotik Ikedo Kogeki, selaku Ketua Kontinjen Robotik Kebangsaan. Perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman beliau telah memberikan pendedahan yang bermanfaat dalam memperkukuh penguasaan dan kompetensi murid dalam bidang robotik.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Zulkarnain atas kesudian berkongsi ilmu dan membimbing murid sepanjang bengkel berlangsung. Semoga program ini terus menyemarakkan minat, kreativiti dan budaya STEM dalam kalangan murid SMK Merchang.

🌟 MAJLIS PENUTUP KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 πŸŒŸπŸ“ Anggulia Beach ResortπŸ“… 25 September 2026Alhamdulillah, telah berlangsun...
26/09/2026

🌟 MAJLIS PENUTUP KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 🌟

πŸ“ Anggulia Beach Resort
πŸ“… 25 September 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Penutup Kem Gilap Permata SPM Siri 2 yang melabuhkan tirai program selama tiga hari, bermula 23 hingga 25 September 2026.

Sepanjang kem ini, para calon SPM 2026 SMK Merchang telah mengikuti pelbagai pengisian akademik, motivasi dan aktiviti yang bertujuan membina keyakinan diri, meningkatkan semangat serta mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM.

πŸŽ™οΈ Dalam ucapan penutup, Tuan Pengetua menitipkan pesanan yang penuh makna kepada para calon agar mempunyai semangat yang luar biasa dalam mengejar impian.

Antara intipati pesanan beliau:

✨ Jadilah insan yang mempunyai semangat luar biasa. Contohilah mereka yang serba kekurangan dan tidak sempurna dari segi fizikal, namun tetap mampu mencapai impian kerana usaha dan keazaman yang tinggi.

πŸ’ͺ Ubah nasib keluarga menjadi lebih baik. Kemiskinan dan kesusahan bukanlah penghalang kepada kejayaan. Sebaliknya, jadikan kesusahan sebagai pembakar semangat untuk mengubah kehidupan.

πŸ† Tanamkan semangat untuk menang dan jangan mudah berputus asa. Kejayaan memerlukan ketekunan, kesabaran dan keberanian untuk terus bangkit setiap kali menghadapi cabaran.

🧠 Sedarlah tentang potensi diri dan buang pemikiran yang membataskan diri. Tinggalkan mentaliti yang rendah dan sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.

πŸš€ Ambil peluang yang ada sekarang. Jangan bertangguh dan jangan menunggu masa yang sempurna. Buktikan bahawa kita mampu melakukan sesuatu yang hebat melalui usaha dan kesungguhan.

🌟 β€œKejayaan yang luar biasa pasti akan hadir daripada usaha yang luar biasa, walaupun kita hanyalah insan-insan biasa.”

Semoga segala ilmu, pengalaman, nasihat dan semangat yang diperoleh sepanjang Kem Gilap Permata SPM Siri 2 menjadi bekalan kepada semua calon untuk terus melangkah dengan yakin menuju kejayaan.

🎯 SPM 2026 β€” Usaha luar biasa, kejayaan luar biasa!

πŸ”₯ SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA! πŸ”₯






🌟 KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 – HARI KEDUA πŸŒŸπŸ“ Anggulia Beach ResortπŸ“… 24 September 2026Memasuki hari kedua, para calon S...
25/09/2026

🌟 KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 – HARI KEDUA 🌟

πŸ“ Anggulia Beach Resort
πŸ“… 24 September 2026

Memasuki hari kedua, para calon SPM 2026 SMK Merchang terus bersemangat mengikuti pelbagai slot pengisian yang disusun bagi memantapkan persediaan menghadapi peperiksaan.

πŸ“š Antara pengisian hari kedua:
πŸ”¬ Slot Sains – memperkukuh kefahaman dan penguasaan konsep.
πŸ“– Slot Sejarah – memantapkan pengetahuan dan teknik menjawab soalan.
πŸ‡¬πŸ‡§ Slot Bahasa Inggeris – meningkatkan penguasaan serta keyakinan dalam Bahasa Inggeris.
πŸ”₯ BBQ – aktiviti santai dan mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.

Semoga setiap ilmu, pengalaman dan kenangan yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam SPM 2026. πŸ’ͺ✨

🎯 Fokus, usaha dan terus melangkah!

πŸ”₯ SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA! πŸ”₯






🌟 KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 πŸŒŸπŸ“… Hari Pertama | 23 September 2026πŸ“ Anggulia Beach ResortAlhamdulillah, hari pertama Kem...
25/09/2026

🌟 KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 🌟
πŸ“… Hari Pertama | 23 September 2026
πŸ“ Anggulia Beach Resort

Alhamdulillah, hari pertama Kem Gilap Permata SPM Siri 2 berlangsung dengan penuh semangat dan penglibatan aktif daripada calon-calon SPM 2026 SMK Merchang.

πŸ“Œ Antara aktiviti yang dijalankan:

πŸ“ 1. Pendaftaran Peserta
Para peserta mendaftar dan membuat persediaan untuk mengikuti program.

πŸ“ 2. Slot Matematik
Memantapkan kefahaman serta kemahiran menyelesaikan soalan Matematik.

πŸƒβ€β™‚οΈ 3. Riadah
Aktiviti santai dan menceriakan bagi menyegarkan minda serta mengeratkan hubungan antara peserta.

πŸ“š 4. Slot Bahasa Melayu
Pengukuhan kemahiran dan strategi menjawab soalan Bahasa Melayu SPM.

βš—οΈ 5. Slot Kimia
Meningkatkan pemahaman konsep serta persediaan menghadapi peperiksaan Kimia.

Semoga setiap ilmu, pengalaman dan aktiviti yang diperoleh sepanjang kem ini menjadi bekalan berharga buat semua calon dalam menggapai kejayaan SPM 2026. πŸ’ͺ✨

πŸ”₯ SPM 2026 – USAHA, DOA, JAYA!
πŸ† SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA!






🌟 KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 πŸŒŸπŸ“ Anggulia Beach ResortπŸ“… 23 – 25 September 2026Sedang berlangsung Kem Gilap Permata SPM ...
25/09/2026

🌟 KEM GILAP PERMATA SPM SIRI 2 🌟

πŸ“ Anggulia Beach Resort
πŸ“… 23 – 25 September 2026

Sedang berlangsung Kem Gilap Permata SPM Siri 2 yang melibatkan calon-calon SPM 2026 SMK Merchang.

Program ini menjadi platform untuk meningkatkan motivasi, memantapkan persediaan akademik serta membina keyakinan diri para calon dalam menghadapi SPM 2026.

πŸ’ͺ Teruskan melangkah dengan penuh semangat, fokus dan disiplin.
🎯 Usaha hari ini, kejayaan esok!

Semoga semua calon SPM 2026 terus gigih berusaha dan mencapai kejayaan yang diimpikan. ✨

πŸ”₯ SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA! πŸ”₯





✨ SELAMAT KEMBALI GURU-GURU & STAF PENCEN EX-MERCHANG! ✨23 September 2026 menjadi satu hari yang cukup bermakna apabila ...
23/09/2026

✨ SELAMAT KEMBALI GURU-GURU & STAF PENCEN EX-MERCHANG! ✨

23 September 2026 menjadi satu hari yang cukup bermakna apabila warga SeMerchang berpeluang meraikan dan menyambut kembali guru-guru serta staf yang pernah mencurahkan bakti di SMK Merchang. ❀️

🀝 Majlis Mini Reunion & Makan Tengah Hari ini bukan sekadar pertemuan, tetapi menjadi ruang untuk mengimbau kembali kenangan, mengeratkan silaturahim dan menyambung ukhuwah yang tidak pernah terputus.

Terima kasih atas segala jasa, ilmu, pengorbanan dan kenangan yang telah ditinggalkan. Sekali menjadi warga SeMerchang, selamanya tetap dalam ingatan. 🫢

Semoga pertemuan ini menjadi kenangan indah dan hubungan silaturahim terus terjalin walau di mana berada.

🌿 Selamat datang kembali ke SeMerchang!
πŸ’™πŸ’› SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA! πŸ’™πŸ’›







πŸ‡²πŸ‡Ύ UCAPAN TERIMA KASIH, TIDAK TERHINGGA! β€οΈπŸ’™πŸ’›Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru dan w...
21/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ UCAPAN TERIMA KASIH, TIDAK TERHINGGA! β€οΈπŸ’™πŸ’›

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru dan warga SMK Merchang atas kerjasama, komitmen dan usaha yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2026. πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Semangat patriotisme, kebersamaan dan kecintaan kepada negara yang ditunjukkan menjadi kekuatan dalam membina generasi yang berjiwa merdeka, bersemangat waja dan cintakan Malaysia.

Terima kasih atas segala sumbangan masa, tenaga dan idea. Semoga semangat ini terus mekar dan menjadi inspirasi kepada seluruh warga sekolah. πŸŒΊπŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat menyambut Bulan Kebangsaan 2026!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰







πŸ“š KEM AKU NAK SIJIL SIRI 2 (BAHASA MELAYU) | SPM 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨Telah berlangsung Kem Aku Nak Sijil Siri 2 (Bahasa Melayu) pada...
16/09/2026

πŸ“š KEM AKU NAK SIJIL SIRI 2 (BAHASA MELAYU) | SPM 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Telah berlangsung Kem Aku Nak Sijil Siri 2 (Bahasa Melayu) pada 15 September 2026 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat, SMK Merchang, melibatkan seramai 34 orang murid Tingkatan 5.

Program anjuran Unit Kurikulum ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran asas Bahasa Melayu SPM, membimbing murid menguasai teknik menjawab soalan dengan betul dan berkesan serta meningkatkan keyakinan dan motivasi untuk mencapai sekurang-kurangnya tahap lulus dalam peperiksaan SPM.

🎯 Melalui bimbingan dan latihan berfokus, murid dapat mengenal pasti kelemahan masing-masing serta memperkukuh kemahiran yang masih belum dikuasai.

Semoga usaha yang berterusan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan anak-anak SPM 2026. Teruskan berusaha, jangan mudah berputus asa! πŸ’ͺπŸ“–

SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA! πŸ†πŸ”₯






πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽΆ MERIAHNYA PERTANDINGAN NYANYIAN & PERSEMBAHAN LAGU PATRIOTIK SMK MERCHANG! 🎀Telah berlangsung Pertandingan Nyanyian ...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽΆ MERIAHNYA PERTANDINGAN NYANYIAN & PERSEMBAHAN LAGU PATRIOTIK SMK MERCHANG! 🎀

Telah berlangsung Pertandingan Nyanyian dan Persembahan Lagu Patriotik SMK Merchang yang pastinya menceriakan suasana dengan persembahan penuh semangat, kreativiti dan kecintaan kepada tanah air. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Pertandingan bertemakan Patriotik/Kemerdekaan ini melibatkan penyertaan semua Unit 1M1S dengan persembahan yang mengangkat semangat cintakan negara, bangsa dan bahasa.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas keberanian, kreativiti dan semangat patriotik yang ditonjolkan! πŸ‘πŸŒŸ

Semoga semangat cintakan Malaysia terus subur dalam jiwa seluruh warga SEMERCHANG. πŸ‡²πŸ‡Ύ

Cintai Negara, Bangsa dan Bahasa! ❀️
πŸ’™πŸ’› SEMERCHANG LUAR BIASA, MENTALITI JUARA! πŸ†







Address

SMK MERCHANG
Marang
21610

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Merchang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category