Dana Maahad Tahfiz Asy-Syatibi

Dana Maahad Tahfiz Asy-Syatibi Ditubuhkan sejak 2007 untuk mencari kewangan bagi menampung pembelanjaan kepada Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.

29/07/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ustaz Mohd Zahani Bin Abdul Ghani, Pengetua Tahfiz Asy-Syatibi atas penerimaan Anugerah Khas Pendidikan : Kepimpinan Sekolah Swasta.

Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk terus memimpin dengan cemerlang dan membawa SMA Tahfiz Asy-Syatibi ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang.

JAMUAN SAMBIL MENDERMA | JUALAN MEJA 2026Mari bersama kami memeriahkan Jamuan Sambil Menderma dengan menempah meja atau ...
26/07/2026

JAMUAN SAMBIL MENDERMA | JUALAN MEJA 2026

Mari bersama kami memeriahkan Jamuan Sambil Menderma dengan menempah meja atau menyertai sebagai individu.

Setiap penyertaan anda bukan sekadar menikmati hidangan, malah menjadi tanda sokongan kepada usaha mendidik generasi huffaz Al-Quran di Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.

🍽 Jualan Meja
β€’ RM400 satu meja
β€’ RM50 seorang

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Untuk tempahan meja dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
013-7875043 (Sdr. Syazwanie)
"Sambil menjamu selera, sambil berkongsi pahala. Jom bersama kami menjayakan program ini." 🀲

23 Julai 2026 | Khamis Solat Hajat dan Doa untuk KDYMM Sultan Terengganu telah dilaksanakan oleh semua pelajar Maahad Ta...
23/07/2026

23 Julai 2026 | Khamis

Solat Hajat dan Doa untuk KDYMM Sultan Terengganu telah dilaksanakan oleh semua pelajar Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.

21 Julai 2026 | Selasa Bengkel Pemantapan Tajwid Siri 2 melibatkan semua pelajar.
22/07/2026

21 Julai 2026 | Selasa

Bengkel Pemantapan Tajwid Siri 2 melibatkan semua pelajar.

20 Julai 2026 | Isnin Program Ceramah Penjagaan Gigi dan Pemeriksaan Gigi Percuma dengan kerjasama Pejabat Pergigian Mar...
21/07/2026

20 Julai 2026 | Isnin

Program Ceramah Penjagaan Gigi dan Pemeriksaan Gigi Percuma dengan kerjasama Pejabat Pergigian Marang melibatkan semua pelajar.

20/07/2026
16 Julai 2026 | Khamis Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Asas Pendawaian Elektrik Domestik yang ...
19/07/2026

16 Julai 2026 | Khamis

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Majlis Penutup Kursus Asas Pendawaian Elektrik Domestik yang diadakan di Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) setelah berlangsung selama 12 hari, bermula 5 hingga 16 Julai 2026.

Sepanjang program ini, seramai 13 orang pelajar Tingkatan 4 telah mengikuti pembelajaran secara teori dan latihan praktikal sebagai pendedahan awal dalam bidang pendawaian elektrik domestik.

Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh menjadi bekalan berharga serta membuka ruang kepada para pelajar untuk terus mengembangkan potensi diri pada masa hadapan.

Semoga pengalaman yang dilalui sepanjang kursus ini menjadi inspirasi untuk terus menimba ilmu, membina kemahiran dan melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran serta bersedia menghadapi cabaran dunia kerjaya.

"BERILMU, BERIMAN, BERAMAL, BERISTIQAMAH"

JAMUAN SAMBIL MENDERMA | JUALAN MEJA 2026Mari bersama kami memeriahkan Jamuan Sambil Menderma dengan menempah meja atau ...
09/07/2026

JAMUAN SAMBIL MENDERMA | JUALAN MEJA 2026

Mari bersama kami memeriahkan Jamuan Sambil Menderma dengan menempah meja atau menyertai sebagai individu.

Setiap penyertaan anda bukan sekadar menikmati hidangan, malah menjadi tanda sokongan kepada usaha mendidik generasi huffaz Al-Quran di Maahad Tahfiz Asy-Syatibi.

🍽 Jualan Meja
β€’ RM400 satu meja
β€’ RM50 seorang

Kami juga membuka peluang tajaan bagi:
βœ… Kuih-muih
βœ… Bahan mentah masakan seperti beras, minyak masak dan lain-lain
βœ… Minuman
βœ… Buah-buahan

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.

Untuk tempahan meja dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
013-7875043 (Sdr. Syazwanie)
"Sambil menjamu selera, sambil berkongsi pahala. Jom bersama kami menjayakan program ini." 🀲

08 Julai 2026 | Rabu Hari ini merupakan hari pertama Ujian Bertulis bagi Modul Perkembangan Pembelajaran (MPP3) Percubaa...
08/07/2026

08 Julai 2026 | Rabu

Hari ini merupakan hari pertama Ujian Bertulis bagi Modul Perkembangan Pembelajaran (MPP3) Percubaan SPM 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketenangan hati, kefahaman dalam menjawab setiap soalan, serta membuahkan hasil yang terbaik atas segala usaha yang telah dilakukan.

"BERILMU, BERIMAN, BERAMAL, BERISTIQAMAH"

πŸ“ HARI PERTAMA | KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIKAlhamdulillah, hari pertama Kursus Asas Pendawaian Elektrik Dom...
06/07/2026

πŸ“ HARI PERTAMA | KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK DOMESTIK

Alhamdulillah, hari pertama Kursus Asas Pendawaian Elektrik Domestik telah bermula dengan jayanya di Terengganu Skills Development Centre (TESDEC).

Seramai 13 orang pelajar Tingkatan 4 berpeluang mengikuti latihan ini bagi menimba ilmu, meningkatkan kemahiran teknikal serta memperoleh pendedahan awal dalam bidang pendawaian elektrik domestik.

Program ini akan berlangsung selama 12 hari, bermula 5 Hingga 16 Julai 2026, dengan pengisian pembelajaran secara teori dan praktikal bagi memperkukuh kemahiran para pelajar dalam bidang pendawaian elektrik domestik.

Semoga program ini memberi manfaat yang besar kepada semua peserta dan menjadi bekalan ilmu serta kemahiran yang berguna pada masa hadapan.

"BERILMU, BERIMAN, BERAMAL, BERISTIQAMAH"

Address

Jalan Alor Lit, Bukit Payong
Marang
21400

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 15:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+60137875043

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dana Maahad Tahfiz Asy-Syatibi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share