Autaz Quranic Centre

Call Directions Website Contact the school

Autaz Quranic Centre NAK ANAK KHATAM AL-QURAN & BOLEH MEMBACA BUKU CERITA SEAWAL 5 TAHUN? AUTAZ QURANIC CENTRE sedia membantu! Hubungi Admin untuk dibantu
012-2899020

📢 AQC SEDANG MENCARI GURU AL-QURAN & IQRA’Kami membuka peluang kepada individu yang s**a mendidik, penyayang, sabar dan ...
08/09/2026

📢 AQC SEDANG MENCARI GURU AL-QURAN & IQRA’

Kami membuka peluang kepada individu yang s**a mendidik, penyayang, sabar dan mempunyai minat dalam pendidikan Al-Quran untuk menyertai team AQC.

📍 Autaz Quranic Centre, Kelulut, Marang
🕰 Part Time | Ahad – Selasa | 7.30 malam – 10.00 malam

Jika anda sedang mencari peluang untuk menambah pengalaman sambil sama-sama membimbing anak-anak mencintai Al-Quran, kami mengalu-alukan anda untuk menyertai AQC. 🌷

📲 Berminat? Hantar resume melalui link WhatsApp di bawah 👇👇👇

✨ Kekosongan adalah terhad. Boleh juga tag atau share kepada kenalan yang mungkin sedang mencari peluang mengajar Al-Quran.

Jom jadi sebahagian daripada team yang membina Generasi AlQuran.

🌸 Tahniah atas Kejayaan Mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran 🌸Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Madeena...
29/06/2026

🌸 Tahniah atas Kejayaan Mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran 🌸

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Madeena yang baru berusia 8 tahun atas kejayaan mengkhatamkan 30 juzuk Al-Quran. Semoga usaha, kesungguhan dan istiqamah ini menjadi asbab keberkatan hidup serta mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ingatlah, khatam Al-Quran bukanlah penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan untuk terus mencintai dan mendampingi Al-Quran sepanjang hayat. Teruskan membaca.

Jangan sesekali meninggalkan Al-Quran. Jadikan Al-Quran sebagai sahabat, peneman dan cahaya yang membimbing setiap langkah kehidupan.

Semoga Madeena terus membesar menjadi anak yang soleh/solehah, berakhlak mulia, menghormati ibu bapa dan guru, serta sentiasa istiqamah bersama Al-Quran hingga ke akhir hayat.

بارك الله فيك
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan mempermudahkan setiap urusanmu. Tahniah sekali lagi atas pencapaian yang sangat membanggakan ini.

👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 SYABAS & TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA :✨ MUHAMMAD IMAN HAKEEM BIN MOHD FADLI✨ MUHAMMAD KASYAF QURAISY BIN MOHD IZVA...
10/05/2026

👏🏻👏🏻👏🏻👏🏻 SYABAS & TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA :

✨ MUHAMMAD IMAN HAKEEM BIN MOHD FADLI
✨ MUHAMMAD KASYAF QURAISY BIN MOHD IZVA
✨ AHMAD HUSIN AL FAQIH BIN MOHD RANI
✨ AHMAD FARIZ BIN MOHD SALIMIN

KERANA BERJAYA MENAMATKAN SEMUA SILIBUS KELAS CEPAT MEMBACA DENGAN PENUH KOMITED. KAMI GURU AQC MENGUCAPKAN JUTAAN SYABAS & TAHNIAH

Tahniah juga kepada pelajar2 lain kerana menunjukkan prestasi yang sangat baik.

S**a saya ingatkan, anak anak boleh ulang bacaan di rumah & membaca buku cerita bersama ibubapa supaya lebih lancar, terutama bagi buku 6-8.

Semua pelajar boleh buat latihan semua bunyi dengan mendengar lagu ABU ADA AYAM DI YOUTUBE bagi lagi memudahkan pelajar untuk ingat semua sebutan bunyi fonik.

Semua pelajar yang lain juga boleh ulangkaji bacaan di rumah bersama ibubapa dengan merujuk video yang terdapat dalam Telegram.

Terima kasih.

(PELAJAR KHATAM IQRA & CEMERLANG AQC APRIL 2026 PAKEJ MENGAJI BASIC)SEKALUNG JUTAAN TAHNIAH & SYABAS UNTUK PELAJAR KHATA...
07/05/2026

(PELAJAR KHATAM IQRA & CEMERLANG AQC APRIL 2026
PAKEJ MENGAJI BASIC)

SEKALUNG JUTAAN TAHNIAH & SYABAS UNTUK PELAJAR KHATAM AL-QURAN/IQRA' SERTA NAIK IQRA' & JUZ PADA BULAN APRIL.

Tahniah diucapkan kepada 6 ORANG PELAJAR YANG BERJAYA KHATAM IQRA' pada bulan APRIL.

TAHNIAH juga diucapkan kepada 9 ORANG PELAJAR CEMERLANG AL-QURAN & 15 ORANG PELAJAR CEMERLANG IQRA' PADA BULAN APRIL.

Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar yang lain. Teruskan segala usaha kalian dalam mempelajari IQRA' DAN AL-QURAN..

TAHNIAH DARI KAMI WARGA PENDIDIK AQC.


(PELAJAR KHATAM IQRA & CEMERLANG )(PAKEJ KHATAM SETAHUN APRIL 2026)SEKALUNG JUTAAN TAHNIAH & SYABAS juga untuk PELAJAR K...
07/05/2026

(PELAJAR KHATAM IQRA & CEMERLANG )
(PAKEJ KHATAM SETAHUN APRIL 2026)

SEKALUNG JUTAAN TAHNIAH & SYABAS juga untuk PELAJAR KHATAM IQRA' SERTA NAIK IQRA' & JUZ PADA BULAN APRIL...

Semoga kecemerlangan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar yang lain. Teruskan segala usaha kalian dalam mempelajari IQRA DAN AL-QURAN..

TAHNIAH DARI KAMI WARGA PENDIDIK AQC.



22/04/2026

JANGAN TUNGGU ANAK TERUS KETINGGALAN DALAM BACAAN AL-QURAN

Setiap hari kita hantar anak ke sekolah…
Tapi kita tak tahu sebenarnya anak langsung tak membaca

Ada yang:
tak kenal huruf
tak tahu panjang pendek
kurang yakin membaca

Bila terlalu ramai dalam kelas…
anak mudah tercicir tanpa kita sedar

Di AQC, kami bantu anak:
✔ belajar secara berperingkat
✔ fokus & lebih yakin
✔ faham dengan cepat

“Dulu anak saya tak kenal huruf… sekarang dah boleh membaca sendiri "

📲 Klik WhatsApp sekarang
Slot sangat terhad setiap bulan

“Walaupun Raudhah Ramadhan telah berlalu…kenangan bersama anak-anak ini masih segar di hati kami 🤍Gelak tawa mereka,sema...
05/04/2026

“Walaupun Raudhah Ramadhan telah berlalu…
kenangan bersama anak-anak ini masih segar di hati kami 🤍

Gelak tawa mereka,
semangat mereka berpuasa,
dan usaha mereka mendekati Al-Quran…
Semuanya menjadi momen yang sangat bermakna.

Terima kasih ibu ayah yang mempercayai kami menjaga dan mendidik amanah kalian 🌙
Moga setiap ilmu, setiap ayat yang dipelajari…
menjadi pahala yang berpanjangan buat kita semua.”

Anjuran
Autaz Quranic Centre

PART ¹

Ramai anak-anak sekarang boleh mengaji…tapi masih belum betul dari segi bacaan solat & asas fardhu ainSebab tu di AQC, k...
05/04/2026

Ramai anak-anak sekarang boleh mengaji…

tapi masih belum betul dari segi bacaan solat & asas fardhu ain

Sebab tu di AQC, kami tambah 1 hari khas kelas Fardhu Ain

Dalam kelas ni, anak akan belajar:
✨ Cara solat dengan betul (amali & praktikal)
✨ Bacaan solat & pembetulan
✨ Asas tajwid
✨ Jawi dari asas
✨ Akidah & Ibadah
✨ Adab & Akhlak

👉 Bukan sekadar mengaji, tapi bina asas agama anak secara lengkap

Hanya tambah 1 hari seminggu sahaja
Jika ibu ayah nak anak bukan sekadar pandai mengaji Al-Quran tapi faham & amal, ini peluang terbaik ❤️

Pengambilan 15 orang 1 kelas, umur 5 - 15 tahun sahaja.

👉www.wasap.my/60122899020/AsasFardhuain

Alhamdulillah… dengan izin Allah, 2 orang lagi permata AQC berjaya khatam Al-Quran 30 juz 💛Bukan sekadar khatam…✨ dalam ...
04/04/2026

Alhamdulillah… dengan izin Allah, 2 orang lagi permata AQC berjaya khatam Al-Quran 30 juz 💛
Bukan sekadar khatam…
✨ dalam tempoh kurang setahun!

TAHNIAH UNTUK ADIK HAZIQ & ADIK AL AMIN....

Dari mula belajar…
hingga mampu membaca dengan lancar, penuh keyakinan dan kefahaman…
ini bukan usaha biasa… ini hasil kesungguhan, disiplin & doa yang berterusan 🤲🏻

📖 Setiap huruf yang dibaca
📖 Setiap ayat yang diulang
📖 Setiap air mata & usaha

Semuanya menjadi saksi perjalanan hebat seorang anak menuju Al-Quran ❤️

Terima kasih juga kepada ibu bapa yang tidak pernah putus memberi sokongan…
Kerana kejayaan ini adalah hasil kerjasama anak, ibu bapa & guru 🤍

✨ Inilah bukti… anak kita mampu khatam Al-Quran dalam masa yang singkat, jika dibimbing dengan cara yang betul
Semoga Al-Quran menjadi sahabat setia dalam hidupmu…
dan menjadi penyelamat di akhirat kelak 🤲🏻

🌟 AQC – Melahirkan Generasi Cinta Al-Quran 🌟

Address

Lot 1586A Kg Kelulut
Marang
21600

Opening Hours

Monday 14:30 - 22:30
Tuesday 14:30 - 22:30
Wednesday 14:30 - 22:30
Thursday 14:30 - 22:30
Sunday 14:30 - 22:30

Telephone

+601115779522

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Autaz Quranic Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Autaz Quranic Centre:

Shortcuts

Share

Category