25/07/2026
Majlis Keraian Untuk Kamu, Wirawati - Wirawati PASTI AL HUDA 2026
Alhamdulillah.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua wakil pelajar PASTI AL-Huda yang telah berjuang bermula dengan mewakili Pasti dun,Pasti kawasan hinggalah Pasti negeri bagi sukan Bola Jaring.
Terima kasih atas komitmen, disiplin, kerjasama berpasukan dan semangat kesukanan yang tinggi yang telah ditunjukkan. Walaupun penat, kamu tetap senyum. Walaupun kalah menang, kamu tetap tabah.
Majlis keraian ini khas untuk kamu. Sebagai tanda penghargaan dan rasa bangga kami. Kerana bagi kami, kamu semua adalah pemenang. Menang kerana berani mencuba, menang kerana menjaga adab, menang kerana mengharumkan nama PASTI 🥰🥰
Teruskan usaha. Kami sentiasa di belakang kamu.