PASTI Al Huda Kedai Buluh

PASTI Al Huda Kedai Buluh Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) merupakan pusat pendidikan prasekolah milik Parti Islam Se-Malaysia.

All the best Nur Delisha Sofia & team ๐Ÿ€๐Ÿ’ช Wakil tunggal dari Pasti Al Huda & Pasti Dun Bukit Payong โ˜บ๏ธ
15/07/2026

All the best Nur Delisha Sofia & team ๐Ÿ€๐Ÿ’ช Wakil tunggal dari Pasti Al Huda & Pasti Dun Bukit Payong โ˜บ๏ธ

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH!    Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada dua permata Pasti Al Huda, Adik Nur Fate...
27/06/2026

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH!

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan kepada dua permata Pasti Al Huda, Adik Nur Fateema Raisya Binti Rumaizi dan Adik Nur Delisha Sofia Binti Mohd Faisal.

Atas kehebatan, semangat kesukanan dan kerjasama yang padu, adik-adik berjaya mengharumkan nama Pasti Al Huda apabila dinobatkan sebagai Johan Bola Jaring Kejohanan Sukan BSBJ Pasti Peringkat Negeri Terengganu.

Kecil-kecil dah berani mengorak langkah besar. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.

Teruskan usaha, raih kejayaan, bawa harum nama Pasti Al Huda! ๐Ÿ€๐Ÿ†.

Tahniah wira & wirawati gelanggang! Terima kasih atas keringat, disiplin & semangat berpasukan. Majlis keraian ini untuk...
17/06/2026

Tahniah wira & wirawati gelanggang!
Terima kasih atas keringat, disiplin & semangat berpasukan.
Majlis keraian ini untuk kalian!

15/06/2026

Keputusan bukan segalanya. Semangat awak semua yang cikgu sanjung. Awak semua hebat dimata cikgu ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ’œ. Kredit Video dari ayah pelajar Pasti Al Huda iaitu Encik Mohd Shahiran dan terima kasih kami ucapkan kerana merakam moments ini untuk dikenang.

Alhamdulillah. Selesai Pertandingan BSBJ peringkat Pasti Kawasan Marang.Tahniah buat semua pemain Bola Jaring Dun Bukit ...
14/06/2026

Alhamdulillah. Selesai Pertandingan BSBJ peringkat Pasti Kawasan Marang.

Tahniah buat semua pemain Bola Jaring Dun Bukit Payung.

Penghargaan setinggi-tingginya buat Cikgu atas dedikasi melatih pasukan bola jaring sekolah. Berkat tunjuk ajar, latihan berulang kali, dan dorongan tanpa jemu, anak-anak kini menguasai kemahiran asas hingga taktikal permainan dengan baik.

Kejayaan kecil mereka di gelanggang hari ini adalah hasil keringat dan bimbingan cikgu. Menang kalah adat pertandingan, tapi ilmu dan semangat yang cikgu tanam kekal selamanya.

Terima kasih cikgu.

31/05/2026

Alhamdulillah.

Dari Terengganu ke Bangkok.

Apa yang bermula dengan sebuah cita-cita untuk memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak Islam, semalam menerima pengiktirafan di pentas dunia.

Jabatan PASTI Negeri Terengganu dianugerahkan:

๐Ÿ† BEST PRESCHOOL OF THE YEAR
โ–ช๏ธWorld School Summit 2026, Bangkok, Thailand.

Anugerah ini bukan milik seorang individu.

Ia milik setiap guru yang ikhlas mendidik, setiap pengurus yang berkorban masa dan tenaga, setiap ibu bapa yang meletakkan kepercayaan, serta setiap anak-anak PASTI yang menjadi inspirasi perjuangan kami.

Sesungguhnya, apabila usaha disandarkan kepada Allah, tiada yang mustahil.

Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

Melahirkan Generasi Celik Al-Quran.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ„Semoga Aidiladha ini membawa sinar keimanan,melahirkan hati yang lebih ikhlas dalam ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H ๐ŸŒ™๐Ÿ„

Semoga Aidiladha ini membawa sinar keimanan,
melahirkan hati yang lebih ikhlas dalam pengorbanan,
serta mengeratkan kasih sayang sesama insan. ๐Ÿค

Allah SWT berfirman:

๏ดฟ ู„ูŽู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูŽ ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูุญููˆู…ูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽุง ุฏูู…ูŽุงู“ุคูู‡ูŽุง ูˆูŽู„ูŽู€ูฐูƒูู† ูŠูŽู†ูŽุงู„ูู‡ู ูฑู„ุชู‘ูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ูฐ ู…ูู†ูƒูู…ู’ ๏ดพ

โ€œMaksudnya: Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.โ€
โ€” Surah Al-Hajj : 37

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Semoga segala amal diterima dan diberkati Allah SWT. โœจ

๐ŸŒ™ Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah ๐ŸŒ™Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah merupakan antara hari yang sangat mulia di sis...
25/05/2026

๐ŸŒ™ Kelebihan Berpuasa Pada Hari Arafah ๐ŸŒ™

Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah merupakan antara hari yang sangat mulia di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, disunatkan untuk berpuasa pada hari tersebut kerana ganjaran dan kelebihannya amat besar.

Rasulullah ๏ทบ bersabda:

โ€œPuasa pada hari Arafah, aku berharap kepada Allah agar ia menjadi penghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
โ€” Hadis Riwayat Muslim

Puasa Hari Arafah bukan sahaja mendidik diri untuk meningkatkan ketakwaan, bahkan menjadi ruang untuk memperbanyakkan doa, zikir, istighfar serta amalan-amalan kebaikan. Mudah-mudahan kita semua diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah ini dengan penuh keikhlasan dan memperoleh keampunan serta rahmat daripada Allah SWT.

Semoga Hari Arafah menjadi medan untuk memperbaharui keimanan dan mendekatkan diri kepada-Nya. ๐Ÿคฒ

Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik 2026 Telah Selesai Dengan Jayanya ๐Ÿ•‹โœจSegala puji bagi Allah SWT kerana dengan ...
21/05/2026

Alhamdulillah, Program Simulasi Haji Cilik 2026 Telah Selesai Dengan Jayanya ๐Ÿ•‹โœจ

Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin-Nya, program simulasi haji cilik pada hari ini berjalan lancar dari awal hingga akhir.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anak-anak hebat yang telah menunjukkan semangat, disiplin dan kerjasama yang luar biasa sepanjang program. Walaupun masih kecil, kesungguhan korang dalam menunaikan setiap rukun simulasi membuatkan kami semua terharu dan bangga. Moga pengalaman ini menjadi memori indah dan benih kecintaan kepada ibadah haji yang akan membesar bersama korang, insyaAllah.

Tidak lupa juga penghargaan yang tidak terhingga buat ibu bapa dan penjaga yang memberi sokongan penuh, kerjasama, dan kepercayaan kepada pihak penganjur. Tanpa komitmen dan dorongan kalian, program ini tidak akan berjalan dengan sempurna. Terima kasih kerana bersama-sama mendidik anak-anak kita untuk mencintai agama sejak kecil.

Semoga Allah SWT menerima setiap usaha kecil ini, melipatgandakan pahalanya, dan menjadikan anak-anak kita dalam kalangan hamba-Nya yang soleh dan solehah. InsyaAllah suatu hari nanti, kita semua akan berpeluang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci yang sebenar.

Sekali lagi, terima kasih semua. Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿคฒ


Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Guru 2026 telah berjalan dengan lancar dan meriah. Setinggi-tinggi penghargaan diuca...
20/05/2026

Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Guru 2026 telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurus, guru-guru , dan pelajar atas kerjasama, sokongan dan kenangan indah yang dicipta bersama.

Terima kasih juga ibu bapa hebat!
Hari Guru kali ini jadi lebih bermakna dengan kejutan dan hadiah dari anda semua. Doa dan sokongan anda adalah hadiah paling besar buat kami sebagai pendidik.

Jasa dan pengorbanan anda semua amat kami hargai. Selamat Hari Guru buat semua pendidik!

Address

Lot 1004 Kampung Kedai Buluh
Marang

Opening Hours

Monday 07:45 - 05:15
Tuesday 07:15 - 05:15
Wednesday 07:45 - 05:15
Thursday 07:45 - 05:15
Friday 00:00 - 00:15
Sunday 07:45 - 05:15

Telephone

+60194305256

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Al Huda Kedai Buluh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Al Huda Kedai Buluh:

Share

Category