SAR KAFA Ulu Jempol

Directions

SAR KAFA Ulu Jempol Sekolah Agama Rakyat Ulu Jempol

Alhamdulillah, selesai sudah Program Bengkel Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Kafa Peringkat Daerah Jengka 2026. Program ini ...
27/09/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Bengkel Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Kafa Peringkat Daerah Jengka 2026.

Program ini telah berlangsung dalam 3 sesi, melibatkan 15 orang peserta terpilih daripada setiap sekolah, dengan 5 orang peserta hadir bagi setiap sesi.

Tahniah dan syabas kepada semua anak-anak yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan komitmen. ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ“š

Terima kasih juga kepada para guru, urusetia dan penyelia serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga segala ilmu, tunjuk ajar dan pengalaman yang diperoleh dapat membantu anak-anak membuat persediaan yang lebih baik untuk menghadapi UPKK nanti.

Teruskan usaha dan jangan mudah mengalah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan buat semua anak-anak kita. ๐Ÿคฒ๐Ÿปโค๏ธ

JUC Daerah Jengka โ€” usaha hari ini, kejayaan esok! ๐Ÿ’ช๐Ÿปโœจ

๐ŸŒฟ Terima Kasih Atas Sumbangan Kuih Tepung Pelita ๐ŸŒฟAlhamdulillah, rezeki petang ini buat seluruh warga SAR KAFA Ulu Jempo...
18/09/2026

๐ŸŒฟ Terima Kasih Atas Sumbangan Kuih Tepung Pelita ๐ŸŒฟ

Alhamdulillah, rezeki petang ini buat seluruh warga SAR KAFA Ulu Jempol ๐Ÿฅฐ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada insan yang bermurah hati berkongsi kuih tepung pelita kepada semua pelajar dan guru SAR KAFA Ulu Jempol hari ini. ๐Ÿ’š

Terima kasih atas ingatan, keprihatinan dan kemurahan hati yang diberikan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan rezeki yang melimpah, kesihatan yang baik serta keberkatan dalam kehidupan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Sedap kuihnya, manis p**a dengan ukhuwah yang terjalin. โ˜บ๏ธ

โ€œYang memberi pasti akan menerima kembali, tidak semestinya daripada manusia, tetapi daripada Allah SWT dalam bentuk yang lebih baik.โ€

Jazakumullahu khairan kathira. ๐ŸŒน



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ Alhamdulillah, meriah sungguh Sambutan Hari Kemerdekaan SAR KAFA Ulu Jempol 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰Petang tadi anak-anak SAR KAFA...
15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ Alhamdulillah, meriah sungguh Sambutan Hari Kemerdekaan SAR KAFA Ulu Jempol 2026! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‰

Petang tadi anak-anak SAR KAFA Ulu Jempol sama-sama memeriahkan sambutan dengan pelbagai aktiviti menarik. Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan Lagu Sekolah, kemudian diteruskan p**a dengan pertandingan sajak. ๐ŸŽค๐Ÿ‘

Paling ditunggu-tunggu, acara pakaian dan tiru gaya tokoh kemerdekaan! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Macam-macam gaya ada petang tadi. Ada yang segak bergaya, ada yang penuh penghayatan, ada yang siap dengan gaya tersendiri. Yang penting, masing-masing sporting dan berani tampil ke hadapan. ๐Ÿ‘๐Ÿ˜†

Walaupun nampak santai dan penuh gelak tawa, sebenarnya banyak perkara yang anak-anak belajar hari ini adalah mengenali tokoh kemerdekaan, menghargai jasa pejuang terdahulu dan paling penting, menanam rasa cinta kepada tanah air dalam diri mereka. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Tahniah buat semua anak-anak yang mengambil bahagian. Yang menang kita ucapkan tahniah, yang belum menang jangan kecewa, yang penting berani mencuba dan memeriahkan program! ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜Š

Terima kasih kepada semua guru dan ajk pibg yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga kenangan petang ini menjadi memori manis buat anak-anak SAR KAFA Ulu Jempol. ๐Ÿฅฐ

Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
Merdeka! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ


๐ŸŒ™โœจ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ๏ทบ PERINGKAT SAR KAFA ULU JEMPOL 1448 Hโœจ๐ŸŒ™ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ูAssalamualaikum ...
28/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ๏ทบ PERINGKAT SAR KAFA ULU JEMPOL 1448 Hโœจ๐ŸŒ™

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan penuh rasa syukur dan kasih kepada junjungan besar Nabi Muhammad ๏ทบ, SAR KAFA Ulu Jempol telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah bagi memperingati serta menghayati perjuangan, akhlak dan sirah Rasulullah ๏ทบ.

๐Ÿ“… Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Al-Falah, SAR Ulu Jempol
๐Ÿ‘• Pakaian: Baju Melayu & Baju Kurung

๐ŸŽ‰ Pelbagai aktiviti menarik menanti para murid, antaranya:
๐Ÿ“– Tayangan video berkaitan Rasulullah ๏ทบ
๐ŸŽค Forum Bicara Nabi
๐ŸŒน Alunan Selawat
๐ŸŽถ Nasyid Penutup
โœจ Serta pengisian-pengisian menarik yang pastinya dapat menyemarakkan lagi rasa cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan perjuangan Baginda serta menjadikan Rasulullah ๏ทบ sebagai contoh dan teladan terbaik dalam kehidupan.

โ€œSesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimuโ€ฆโ€
(Surah al-Ahzab: 21)

๐Ÿ’š Ayuh semarakkan Sambutan Maulidur Rasul!
๐ŸŒน Berselawat, menghayati sirah dan menyuburkan cinta kepada Rasulullah ๏ทบ.

SALAM MAULIDUR RASUL ๏ทบ
Daripada warga SAR KAFA Ulu Jempol ๐Ÿค๐ŸŒ™

๐ŸŽ“ Tamat Sudah Peperiksaan Percubaan UPKK 2026Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Percubaan UPKK ...
18/08/2026

๐ŸŽ“ Tamat Sudah Peperiksaan Percubaan UPKK 2026

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari terakhir Peperiksaan Percubaan UPKK 2026 bagi murid-murid SAR KAFA Ulu Jempol, dengan kertas terakhir iaitu Bahasa Arab.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah berusaha, berjuang dan memberikan yang terbaik sepanjang tempoh peperiksaan. Semoga segala usaha, ulang kaji dan doa yang dipanjatkan membuahkan hasil yang cemerlang. ๐Ÿคฒ

Kini selesai sudah satu lagi langkah dalam perjalanan menuju UPKK 2026. Rehatlah seketika, tetapi jangan berhenti berusaha. Teruskan membuat persediaan dan perbaiki kelemahan sebelum menghadapi peperiksaan sebenar nanti.

โ€œUsaha, doa dan tawakal adalah kunci kejayaan.โ€

Semoga semua calon SAR KAFA Ulu Jempol dipermudahkan urusan, diberikan ketenangan hati dan dikurniakan kejayaan yang terbaik. Insya-Allah, kejayaan menanti! ๐ŸŒŸ

โœจ Alhamdulillah, selesai sudah kerja-kerja renovasi Dewan SAR KAFA Ulu Jempol.Renovasi ini telah dilaksanakan hasil dari...
17/07/2026

โœจ Alhamdulillah, selesai sudah kerja-kerja renovasi Dewan SAR KAFA Ulu Jempol.

Renovasi ini telah dilaksanakan hasil daripada peruntukan Kerajaan Negeri Pahang yang berjaya diperoleh melalui usaha dan permohonan YB Datoโ€™ Jasri Bin Jamaludin, Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Sentul.

Penambahbaikan ini merupakan hasil daripada perbincangan antara Guru Besar SAR KAFA Ulu Jempol bersama YB Datoโ€™ Jasri Bin Jamaludin, yang mengambil maklum akan keperluan menaik taraf dewan demi keselesaan dan kemudahan warga sekolah. Hasil perbincangan tersebut, permohonan telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Pahang dan diluluskan untuk pelaksanaan kerja-kerja renovasi.

Semoga penambahbaikan ini dapat menyediakan persekitaran yang lebih selesa, kondusif dan selamat untuk aktiviti pembelajaran, program sekolah serta pelbagai majlis yang diadakan di dewan ini.

๐Ÿ“ธ Berikut dikongsikan gambar sebelum dan selepas kerja-kerja renovasi dewan.

Pihak SAR KAFA Ulu Jempol merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas peruntukan yang diberikan serta kepada YB Datoโ€™ Jasri Bin Jamaludin atas usaha dan keprihatinan beliau dalam membantu merealisasikan penambahbaikan ini. Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi amal jariah yang memberi manfaat berpanjangan kepada seluruh warga sekolah.

*Sempat perhimpunan hari ini, guru besar merasmikan dewan baru bersama-sama anak murid SAR Kafa Ulu Jempol. ๐Ÿ˜

โœจ Alhamdulillah, selesai sudah Lawatan Sambil Belajar SAR Ulu Jempol ke Melaka 2026. ๐ŸšŒ๐Ÿ“šSetinggi-tinggi kesyukuran ke had...
28/06/2026

โœจ Alhamdulillah, selesai sudah Lawatan Sambil Belajar SAR Ulu Jempol ke Melaka 2026. ๐ŸšŒ๐Ÿ“š

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, rombongan pada Sabtu, 27 Jun 2026 telah berjalan dengan lancar dan selamat.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru, ibu bapa, pemandu bas serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sepanjang program ini. Semoga setiap perjalanan, pengalaman dan ilmu yang diperoleh menjadi kenangan indah serta memberi manfaat kepada semua murid.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita dalam melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan beramal.

โ€œMelaka Bersejarah, Ilmu Bertambah, Hati Terpaut Ukhuwah.โ€ โค๏ธ

๐Ÿคฒ Semoga kita dipertemukan lagi dalam program-program yang akan datang, insya-Allah.

Walaupun sambutan Hari Guru dah berlalu, ada cebisan ingatan buat guru-guru di SAR KAFA Ulu Jempol rasa dihargai. ๐Ÿ˜ŠTerim...
19/05/2026

Walaupun sambutan Hari Guru dah berlalu, ada cebisan ingatan buat guru-guru di SAR KAFA Ulu Jempol rasa dihargai. ๐Ÿ˜Š

Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi menghadiahkan 4 biji kek sempena Hari Guru hari tu. Simple je, tapi cukup bermakna buat kami semua. Kadang-kadang benda kecil macam ni lah yang buat hati cikgu berbunga. ๐Ÿ˜„

Semoga Allah murahkan rezeki, panjangkan umur dan permudahkan segala urusan semua yang memberi. Terima kasih atas ingatan dan kasih sayang yang tak putus-putus. โค๏ธ

Bismillahirrahmanirrahim.Hari ini bermulanya Ujian Pertengahan Tahun KAFA seluruh Pahang. Warga SAR KAFA Ulu Jempol turu...
18/05/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini bermulanya Ujian Pertengahan Tahun KAFA seluruh Pahang. Warga SAR KAFA Ulu Jempol turut mendoakan agar semua pelajar diberikan ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan serta memperoleh keputusan yang cemerlang.

Semoga segala usaha anak-anak pelajar, tunjuk ajar para guru serta doa daripada ibu bapa menjadi asbab kejayaan dunia dan akhirat.

Selamat menduduki peperiksaan buat seluruh pelajar KAFA, khususnya pelajar-pelajar SAR KAFA Ulu Jempol. Teruskan berusaha dan berikan yang terbaik! ๐Ÿ“šโœจ๐Ÿคฒ

Address

Ulu Jempol
Maran
26400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAR KAFA Ulu Jempol posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category