23/08/2022
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
PERMOHONAN KE MRSM TINGKATAN 1&4, AMBILAN 2023
Permohonan dibuka: Ogos-September
Permohonan ditutup: November
✅️Permohonan secara dalam talian (online) sepenuhnya.
✅️ Tarikh permohonan dibuka dan ditutup secara rasmi akan dimaklumkan kemudian oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA .
✅ ️Laman rasmi permohonan hanya diaktifkan apabila permohonan telah dibuka secara rasmi. Saya bagi link siap-siap. 😁😁
👇👇👇👇👇
https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm
✅️ Sebelum dapat mengakses sepenuhnya sistem borang permohonan MRSM, pemohon hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai pengguna untuk permohonan kemasukan ke MRSM, pautan (link) daftar pengguna disertakan di laman sistem permohonan yang sama.
✅️ Selepas pemohon berjaya mendaftar sebagai pengguna dan mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) sistem borang permohonan online MRSM dengan menggunakan kata laluan tersebut untuk mengisi dan melengkapkan setiap maklumat yang diperlukan.
✅️ Kemasukan ke MRSM mewajibkan semua calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi dan minat calon.
✅️ UKKM melibatkan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris serta Ujian Keperibadian.
✅️Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab p**a diwajibkan untuk menduduki Ujian Hafazan sebagai syarat tambahan.
✅️ Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM.
‼️Keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
‼️ Pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lebih awal bagi mengelakkan sebarang masalah dan memudahkan urusan UKKM dilaksanakan dengan sempurna.
Good luck 😁😁😁
5. Calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 1 2022 atau lahir pada 2 Jan 2006 hingga 1 Jan 2007 bagi calon Tingkatan 4 2022.