Pasti Al-Barakah, Bandar Maran

Pasti Al-Barakah, Bandar Maran Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pasti Al-Barakah, Bandar Maran, School, Pasti Al-Barakah Bandar Maran, Maran.

26 MAC 2025 (RABU) 25 RAMADAN💐SOLAT HAJAT ANAK PASTI💐INFAK KASIH RAMADANSabda Rasulullah SAW : قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ...
27/03/2025

26 MAC 2025 (RABU)
25 RAMADAN

💐SOLAT HAJAT ANAK PASTI
💐INFAK KASIH RAMADAN

Sabda Rasulullah SAW :
قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏

Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan. (Riwayat Tirmizi)

Anak-anak Pasti diasuh untuk memahami kepentingan sedekah dan Infaq terutama di bulan Ramadan al-mubarak ini. Hebatnya Ibubapa anak-anak ini mendidik dari awal dalam bersedekah. Semoga anak-anak Pasti Al-Barakah, Bandar Maran terus cemerlang Dunia akhirat.

💐Mohon keberkatan untuk diri, Keluarga dan PASTI




Alhamdulillah...Terima kasih kepada Ibu Bapa pelajar Pasti Al-Barakah, Bandar Maran yang sudi menghulurkan duit raya unt...
27/03/2025

Alhamdulillah...
Terima kasih kepada Ibu Bapa pelajar Pasti Al-Barakah, Bandar Maran yang sudi menghulurkan duit raya untuk anak-anak.
Banyakkan bersedekah di bulan Ramadan. Lima hadith yang ingin saya kongsikan:

1. Rasulullah Menggandakan Amalan Sedekah Pada Bulan Ramadan

Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.

Riwayat Al-Bukhari (3554)

2. Sedekah Lebih Afdhal Pada Bulan Ramadan

Hadis riwayat Anas RA menyebutkan:

Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?. Jawab Nabi ﷺ: Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. Jawab Nabi ﷺ: Sedekah di bulan Ramadhan.

Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib.

3. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa

Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.

Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih.

4. Naungan Untuk Orang Bersedekah

Ibn ‘Uqbah bin Amir meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Setiap orang akan berada dalam naungan sedekah yang pernah dikeluarkannya pada hari kiamat hingga nasibnya ditentukan bersama yang lainnya” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim).

5. Allah Menggandakan Kebaikan (Termasuk Sedekah) Pada Bulan Ramadan

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’”

(Hadith Riwayat Muslim)

Salam Ramadan.

JUMAAT | 28/02/2025SOLAT SUNAT DHUHAHari ini pelajar Pasti Al-Barakah, Bandar Maran belajar cara Solat Sunat Dhuha. Anak...
28/02/2025

JUMAAT | 28/02/2025
SOLAT SUNAT DHUHA
Hari ini pelajar Pasti Al-Barakah, Bandar Maran belajar cara Solat Sunat Dhuha. Anak-anak PASTI dididik supaya sentiasa rasa terima kasih kepada Allah SWT atas segala berkah hidup dan rezeki yang diberikan.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya.
Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”





Pendaftaran pelajar baru 4,5 & 6 tahun bagi  tahun 2025 masih dibuka ❤️Kami ada kelas pagi (PASTI) , transit dan juga ke...
28/02/2025

Pendaftaran pelajar baru 4,5 & 6 tahun bagi tahun 2025 masih dibuka ❤️

Kami ada kelas pagi (PASTI) , transit dan juga kelas petang (KAFFAH).

Jika berminat boleh datang ke sekolah untuk ambil borang pendaftaran😊

💚💚PASTI AL-BARAKAH KG BERKAT 💚💚

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi no² yg tertera ya

🩵JOM DAFTAR BERSAMA PASTI💚

☎️☎️☎️
1) http://www.wasap.my/60199868744/AMBILBORANGPASTI2025

2) http://www.wasap.my/60133176607/AMBILBORANGPASTI2025

3) http://www.wasap.my/60199248903/AMBILBORANGPASTI2025

Address

Pasti Al-Barakah Bandar Maran
Maran
25600

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:00
Tuesday 07:30 - 05:00
Wednesday 07:30 - 05:00
Thursday 07:30 - 05:00
Friday 07:30 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Al-Barakah, Bandar Maran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share